18 May 2024

mengenai penggunaan istilah “type-C” oleh admin laman Facebook DarSA Fried Chicken (DFC) telah menjadi perhatian utama dan tular di media sosial

KENYATAAN MEDIA 
Jumaat 10 Mei 2024 
                                                               
DarSA Fried Chicken (DFC) Komited Terhadap Penambahbaikan Berterusan dan Menghargai Sokongan Pelanggan

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2024 – DarSA Fried Chicken (DFC) mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan orang ramai atas segala komen, maklumbalas, dan  cadangan yang telah dikongsikan menerusi platform media  sosial Facebook. Kami berusaha untuk membuat penambahbaikan berterusan pada perkhidmatan dan menu kami untuk meningkatkan kepuasan & keselesaan pelanggan. Dari hari pembukaan sehingga kini, kami telah meningkatkan jumlah staf yang bertugas dari 20 orang sehari kepada 30 orang sehari dengan setiap shif dijalankan oleh 15 orang. Kami juga akan memberikan  latihan berkala kepada staf kami untuk meningkatkan kualiti layanan mereka kepada pelanggan. 

DFC mengambil maklum pandangan pelanggan mengenai harga menu set kami. Sebelum penetapan harga, kami telah melakukan kajian terperinci dan mendapati harga set menu kami lebih rendah  hampir15 peratus berbanding dengan pesaing kami khasnya dari  syarikat makanan segera jenama antarabangsa. Kami percaya harga yang ditetapkan adalah wajar dan mesra pelanggan, walaupun  ketika ini menghadapi situasi kenaikan harga barangan dan kos penyediaan yang tidak menentu. 

Beberapa hari yang lalu, isu mengenai penggunaan istilah “type-C” oleh admin laman Facebook kami telah menjadi perhatian utama dan tular di media  sosial. 

Kami mengambil isu ini dengan serius dan ingin menjelaskan bahawa individu tersebut tidak memiliki  latihan  atau pengalaman dalam mengendalikan media  sosial. 

Tindakan tersebut tidak mencerminkan pandangan atau nilai-nilai yang dipegang oleh DFC. Sebagai tindakan tegas, pengurusan tertinggi telah memutuskan untuk memindahkan individu tersebut ke bahagian lain. 

Kami amat menyesali kejadian ini dan mengambil tanggungjawab penuh atas kesilapan yang berlaku, serta memohon maaf kepada semua yang terkesan mahupun terguris hati. Kami berjanji bahawa insiden seperti ini tidak akan berulang di masa depan.

Sebagai tindakan proaktif, kami telah membentuk satu pasukan yang berpengalaman untuk menguruskan dan memastikan pengurusan komunikasi dan media  sosial yang lebih berkesan. Pengurusan tertinggi DFC akan melakukan pemantauan yang lebih ketat terhadap semua kandungan, maklum balas, dan komen yang dihasilkan oleh pasukan ini. 

Setiap hantaran dan maklumbalas harus terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pengurusan tertinggi sebelum disiarkan, untuk memastikan kesesuaian dan kepatuhan terhadap standard etika kami.

Kami juga ingin menegaskan bahawa DFC menolak sebarang tuduhan yang mengaitkan  kami dengan isu perkauman atau keagamaan dan kami tidak membeza-bezakan pelanggan kami. Sebagai  syarikat milik 100% Bumiputera, kami terharu menerima sokongan dari semua lapisan masyrakat & kaum di Malaysia. Komitmen kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi adalah selaras dengan semangat perpaduan dan saling menghormati, yang merupakan asas konsep Malaysia Madani. 

Sekali lagi, terima kasih atas sambutan luar biasa sejak pembukaan kami. Sebagai tanda penghargaan, DFC akan membuka cawangan kedua di Lembah Klang dalam beberapa bulan akan  datang. Maklumat lanjut akan diumumkan menerusi media  sosial rasmi kami.

Kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak untuk sebarang kolaborasi perniagaan. Selain itu, besar harapan DFC untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada mereka yang telah kehilangan pekerjaan.

Sokongan daripada pelanggan dan rakyat Malaysia sangat kami hargai supaya lebih banyak penambahbaikan dan kualiti perkhidmatan dapat dilakukan seterusnya membawa DFC menjadi satu jenama tempatan yang mampu menerokai dan bersaing di pasaran global.


Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ustaz Mohammad Faiz Zuhdi – CEO DarSA Group Sdn Bhd 
Telefon     : 014-2709 592 (Hotline) 
E-mel : dfcbukitberuntung@gmail.com
Alamat : No. 1 Jalan Adenium 1A, Bukit Beruntung 48300 Rawang, Selangor 

Sekian, terima kasih.

-TAMAT-

Pakcik Ethopia tak pakai kotinos ( crown daun olive tu ) di kepala

Kontroversi b0lk0t Zus Coffee!?

Baru2 ni, syarikat coffee Zus, produk buatan Malaysia dilanda kontroversi pula kerana berkolaborasi dengan Adidas. Yang juga antara jenama tersenarai b0lk0t.

Ramailah yang marah dan kata nak b0lk0t!

Jujurnya, saya tak pernah pun mencuba Zus sebab kat Dubai tak ada. Kalau Starbucks tu dah memang tersenarai dalam senarai b0lk0t.

Sebabkan ramai b0lk0t Starbucks la, Zus Coffee meningkat keuntungan sebab dilihat sebagai alternatif kedai coffee. Dan keuntungan mereka berlipatkali ganda meningkat! 

Dengan pantas pengurusan Zus meminta maaf kerana terlepas pandang isu ini dan berjanji tak akan buat lagi. Ada yang kata mereka takut kena b0lk0t. Sebab tu cepat2 minta maaf.

Apa pendapat anda?

Penangan b0lk0t hari ini memang membuatkan pemilik syarikat dan jenama lebih berhati-hati. Perniagaan yang untung berjuta, boleh ranap jatuh mendadak penangan b0lk0t.

Oleh kerana b0lk0t...

Keuntungan Starbucks telah jatuh 15% sejak beberapa bulan lalu. Beratus juta juga tu! Tapi Starbucks (US) tak mengaku sebab b0lk0t. Kata mereka sebab "perubahan cuaca" dan kurang orang melawat kedai...

Manakala big boss Starbucks Malaysia Tan Sri Vincent Tan juga minta orang ramai tidak b0lk0t Starbucks. Maklumlah mengalami kerugian berpuluh juta ringgit.

McDonalds juga mencatat kejatuhan keuntungan. Sehingga syarikat utama (US) membeli cawangan-cawangan di Israhell. Yang ni saya tak berapa jelas. Kenapa depa beli ya? Ada yang kata sebab nak bail-out dan bantu cawangan Israhell. Hmmm... kalau betul...

Dulu2 usaha b0lk0t orang acah2 je tak serious sejak saya menulis mengenai ini lebih 10 tahun lalu. Tapi kali ini impaknya sehingga pemilik perniagaan pun lebih takut pada impaknya. Betul tak? 

Anda sudah b0lk0t/tak beli jenama apa sejak beberapa bulan lepas? Cuba share!

Betul la apa orang kata "Hit them where it hurts most - their pockets!". Bila mereka nampak keuntungan akan jatuh, mereka akan lebih berhati-hati.

=======

Hari ini saya akan kendalikan kelas online percuma untuk mereka yang nak mulakan perniagaan online dari rumah, tapi tak tahu langkah pertama dan tak tahu nak jual apa.

Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan online dari rumah, jom sertai kelas percuma "Nak Jual Apa? Mulakan Perniagaan dari ZERO!". Saya kongsikan langkah pertama untuk anda mulakan perniagaan dari rumah! 

Jommm daftar di : 
👉 www.NakJualApa.com

-ik
dubai


Satu yang saya tak berkenan sangat dengan Zus Coffee ni adalah masa depa spin kata logo mereka BUKAN berdasarkan dewa "Zues" dan come up dengan alasan itu Pakcik Kaldi yang jumpa coffee di Ethiopia.

Come on la, Pakcik Ethopia tak pakai kotinos ( crown daun olive tu ) di kepala ya. Tu dah memang terang2 dewa Zeus.

Tapi, kalau sebab logo je, bukanlah sebab untuk di boikot atau tak minum... cuma saya tak berkenan sebab depa spin! Pendapat peribadi je... apa pun, moga apa sahaja perniagaan buatan Malaysia bertambah maju!

#xray #kingtut #Tutankhamun #kingTutankhamun #goldenmask #archaeologist #tamadun #mesir #mesir #purbamesir #sejarah #sejarah

X-ray telah diambil ke atas topeng emas Tutankhamun Topeng Emas Raja Tutankhamun seperti yang ditunjukkan dalam x-ray sehingga baru-baru ini ahli arkeologi percaya bahawa topeng itu dibuat daripada satu bahagian tetapi agak mengejutkan apabila topeng itu dikenakan x. -pemeriksaan sinar.


Yang mengejutkan ialah topeng tersebut; mengandungi lebih daripada satu bahagian yang dikimpal dengan kimpalan yang sangat tepat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 

Ketika itu semua orang hairan dengan apa yang telah dicapai oleh tamadun Mesir purba dari segi pengetahuan dan kemajuan dalam bidang aloi dan industri emas.


 #xray #kingtut #Tutankhamun #kingTutankhamun #goldenmask #archaeologist #tamadun #mesir #mesir #purbamesir #sejarah #sejarah

Masih tiada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh Vincent Tan ataupun Berjaya Food sendiri,



B0!k0t besar-besaran telah jejaskan business Tan Sri Vincent Tan dan nak swastakan semula syarikat?

Taikun dan usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, dikatakan berhasrat untuk menswastakan semula syarikat Berjaya Food Bhd, dan mengeluarkan syarikat tersebut daripada Bursa Malaysia.

Menurut sumber daripada mereka yang mempunyai pengetahuan berkenaan perkara ini, Vincent Tan berhasrat untuk melakukan “buy-out” saham Berjaya Food Bhd, dan seterusnya mengeluarkan syarikat itu daripada Bursa Malaysia.

Berjaya Food Bhd merupakan pemilik kepada jenama francais terkenal di Malaysia, seperti Starbucks, Kenny Rogers dan Jollibean.

Apa itu penswastaan? Penswastaan merujuk kepada pertukaran status sebuah syarikat daripada syarikat umum ataupun “public” kepada syarikat swasta atau di Malaysia lebih dikenali sebagai syarikat sdn bhd.

Apabila ini berlaku, maka syarikat itu akan dikeluarkan daripada Bursa atau pasaran saham, juga dipanggil sebagai “delisting”. 

Syarikat yang telah delisted kemudiannya tidak lagi tertakluk kepada kawalselia Bursa, dan sahamnya tidak lagi akan didagangkan.

Mengapa sebuah syarikat umum ataupun public, ingin menukar status kembali kepada syarikat sdn bhd?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan keadaan tersebut, antaranya, 

1. Langkah Strategik,
2. Penjimatan Modal Syarikat 
3. Pematuhan dan Kawalselia

Oleh yang demikian, walaupun kita tak dapat pastikan kesahihannya mengenai kesan boikot cadangan untuk menswastakan semula Berjaya Food Bhd mungkin dibuat bagi tujuan untuk menstrukturkan semula bisnes Berjaya Food Bhd yang terjejas, dan untuk memastikan kelansungan bisnes tersebut. 

Sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh Vincent Tan ataupun Berjaya Food sendiri, namun ianya merupakan sesuatu yang menarik untuk kita tunggu dan lihat.

Kredit Post
AKMAL SK 
CORPORATE LAWYER

Follow AKMAL SK to get updates on corporate legal news to protect your business.

14 May 2024

Senarai lokasi terkini Dsara Fried Chicken

Bangsa kita bukan tak ada kemampuan tetapi kurang sokongan dan kepercayaan bangsa sendiri. Jom ubah minda. Kalau bukan hari ini bila lagi?

DFC. D Sara Fried Chicken HQ. Jangan tertukar yer. yang ini rasenya kita boleh nobatkan sebagai otai untuk kategori outlet Ayam Goreng Bumiputera. Bermula sejak tahun 2008.  Melepasi tempoh 10 tahun sehingga berjaya membuka 19 cawangan restoran dan 40 unit kiosk.

http://www.dsarafriedchicken.com/

Owner bernama en Syarifudin. Berasal daripada Perak. 21 tahun pengalaman bekerja di KFC. Muka hampir sama macam artis terkenal. Gambar owner boleh tengok gambar terakhir yer.

Saya dipahamkan syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera pertama memiliki lesen francaisor di bidang ayam goreng.

Restorannya Bermula di Negeri Kedah, naik ke Penang, turun merebak ke Kelantan, Turun ke Terengganu sehingga turun ke Pahang. Dan terkini masuk ke Selangor. Paling banyak di Kedah sudah pastinya

Pada saya, harga combo dan ala carte D'Sara sangat mampu milik. 

Cara setup Restoran, ada skrin LED dan juga penghawa dingin. Part ni selesai.

Cuma satu sahaja, untuk minuman soft drink harap dapat guna jenama tempatan juga.

Cuma untuk info tambahan, 3 cawangan di Terengganu sudah tamat kontrak dengan hq, dan sudah rebranding dengan jenama baru iaitu, Famous Fried Chicken Dungun dan Famous Fried Chicken HQ Kuala Terengganu. Di Ajil, tukar nama ajil fried chicken. Hanya tinggal kiosk di Kuala Berang.

Sebenarnya jenama bumiputra dalam bidang Ayam goreng sudah banyak, cuma mereka muncul dengan berbagai nama. Tak mengapalah, asalkan semuanya bumiputra, dan pastinya hasil zakat mereka akan kembali kepada umat Islam.

Insyallah kami akan support. Bangkitlah seiring dan seirama wahai anak bangsa.

==================================




Senarai lokasi terkini Dsara Fried Chicken

Kedah 👇🏻

D Sara Fried Chicken HQ 
Dsara Fried Chicken Baling Kedah
+6016-6402552
+016-6402992
+016-6402242

Restaurant DSara Fried Chicken Baling 
Resoran Dsara Fried Chicken Baling Kedah
+6016-5003519
+6016-6402992
+6016-6402242

D Sara Fried Chicken Sungai Kob 
Dsara Fried Chicken Sungai Kob Kulim kedah
+6013-4300051

D Sara Fried Chicken Padang Serai 
Dsara Fried Chicken Padang Serai Kulim Kedah
+6013-4300051

D'sara Fried Chicken Petron Cawangan Kulim 
Dsara Fried Chicken Pekan Kulim Kedah
019-4273466

Dsara Fried Chicken Sungai Ular 
 Dsara Fried Chicken Sg Ular Kulim Kedah
+6018-9442443

D'sara Fried Chicken - DFC KEDA MALL , Taman Selasih. 
Dsara Fried Chicken Taman Selasih Kulim Kedah
+60 11-5588 7938

Dsara Fried Chicken fried Chicken Sik Kedah
+6011-24785944

D Sara Fried Taman Ria Jaya Sungai Petani 
Dsara Fried Chicken Taman Ria Jaya Sg Petani Kedah
+6013-4010861

Dsara Fried Chicken Changlun 
Dsara Fried Chicken Changlun Kedah
+6017-5433252

Dsara Fried Chicken Langkawi 
Dsara Fried Chicken Ulu Melaka Langkawi Kedah
+6014-3024403

D Sara Fried Chicken Langkawi 
Dsara Fried Chicken Kuah Langkawi Kedah
+6014-3024403

Pulau Pinang👇🏻

Dsara Fried Chicken Bukit Indra Muda Bukit Mertajam Pulau Pinang
+6011-21406029

D Sara Fried Chicken Tasek Gelugor  
Dsara Fried Chicken Tasek Gelugur Pulau Pinang
019-5722285

Selangor 👇🏻

Dsara Fried Chicken Bukit Beruntung Selangor
+6013-5812413

DSara Fried Chicken Medan Selera Taman Kosas 
DSara Fried Chicken Medan Selera Taman Kosas 
Dsara Fried Chicken Ampang Selangor
019-6692236

Terengganu👇🏻

Dsara Fried Chicken Kuala Berang Terengganu
+6019-4034930

Pahang 👇🏻

D Sara Fried Chicken Taman Tas Kuantan 
Restoran Dsara Fried Chicken Taman Tas Kuantan Pahang
+6019-9356716

DSara Fried Chicken Temerloh 
Dsara Fried Chickens Temerloh 
Restoran Dsara Fried Chicken Temerloh Pahang
+6019-2868494

Sumber Asal : FB Sabri Mamat.
https://www.facebook.com/sabrimamatkangenwater?mibextid=ZbWKwL

13 May 2024

Guilherme Gnipper Trevisan/Hutukara & G. Miranda/FUNAI/Survival

Sumber : Telegram



Gambar yang ditangkap menggunakan drone mendedahkan puak yang tidak pernah diganggu jauh di dalam Amazon.

Dirakam di atas hutan Amazon, fotoGambar yang ditangkap menggunakan drone mendedahkan puak yang tidak pernah diganggu jauh di dalam Amazon.

Dirakam di atas hutan Amazon, foto udara yang luar biasa ini menunjukkan komuniti puak yang tidak dibenarkan untuk dihubungi yang terdiri daripada hanya 100 orang.

Imej-imej ini menggambarkan rumah komunal yang besar di dalam kampung, terletak di wilayah Orang Asli Yanomami di utara Brazil.

Mereka menunjukkan beberapa lelaki dan wanita berdiri di dalam rumah besar itu, dikenali sebagai Yanomami yano, yang menempatkan beberapa keluarga puak.

Sesetengah daripada mereka kelihatan mendongak ke langit, sama ada dalam pakaian yang sedikit atau tanpa pakaian, seolah-olah mereka telah perasan bahawa mereka sedang diambil gambar.

Kredit : Facebook

📸: Guilherme Gnipper Trevisan/Hutukara & G. Miranda/FUNAI/Survival

#majoriti udara yang luar biasa ini menunjukkan komuniti puak yang tidak dibenarkan untuk dihubungi yang terdiri daripada hanya 100 orang.


Imej-imej ini menggambarkan rumah komunal yang besar di dalam kampung, terletak di wilayah Orang Asli Yanomami di utara Brazil.

Mereka menunjukkan beberapa lelaki dan wanita berdiri di dalam rumah besar itu, dikenali sebagai Yanomami yano, yang menempatkan beberapa keluarga puak.


Sesetengah daripada mereka kelihatan mendongak ke langit, sama ada dalam pakaian yang sedikit atau tanpa pakaian, seolah-olah mereka telah perasan bahawa mereka sedang diambil gambar.

Kredit : Facebook

📸: Guilherme Gnipper Trevisan/Hutukara & G. Miranda/FUNAI/Survival

12 May 2024

Tauliah Fathi Naim telahpun digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

Saya telah menulis tentang isu seorang individu bernama Fathi Naim yang telah didakwa di mahkamah atas tuduhan merogol remaja bawah umur pada 26 April 2024.


Pengarah JAIS, Datuk Ustaz Shahzihan memberitahu The Merdeka Times pada 26 April 2024 bahawa tauliah Fathi Naim telahpun digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.


Tetapi sumber saya telah berlongsi dengan saya bahawa Fathi Naim masih lagi meneruskan ceramah di Selangor & negeri lain.


Nama yang sering digunakan sebelum didakwa adalah Fathi Naim tetapi selepas didakwa di mahkamah, dia meminta pihak surau/masjid untuk meletakkan nama lain seperti Naim Yamani, Fathi Abu Husna & Abu Yamani bagi mengelakkan dikesan.


Sumber yang rapat dengan Fathi juga berkongsi dengan saya bahawa dia membuka & mengajar di Al Haana Islamic Centre di Klang & tidak lagi terlibat secara langsung dalam operasi Maahad Tahfiz Darul Wafa.


Berdasarkan pengakuan Fathi Naim pada ahli keluarga mangsa, dokumen-dokumen pembuktian, Fathi sendiri ada mengakui dia melakukan hubungan dengan gadis bawah umur itu cuma dia mengatakan dia tidak tahu bahawa gadis itu bawah umur ketika kejadian.


Kesnya masih dibicarakan dan dia tidak bersalah di mahkamah dunia sehingga disabitkan oleh mahkamah. Biar mahkamah dunia menentukan samaada dia bersalah atau tidak tetapi sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, tangguh/tunda/batalkan sehingga selesai perbicaraannya nanti.

11 May 2024

Gambar ini bukan hasil generate ai. Gambar ini adalah gambar pure original.

Inilah raut wajah  moyang2 kita dahulu. Gambar direkodkan pada tahun 1938. Mereka ini merupakan pasukan polis di Kedah. Direkodkan oleh jurugambar daripada German, Egon Von Eickstedt.

Ini kali pertama saya tengok gambar “Close Up”moyang-moyang kita. Selalunya teknik gambar lama hanya daripada jauh. Khusus untuk gambar ini, Mat saleh ni sengaja ambil gambar secara dekat. Untuk tujuan kajian ras di tanah melayu.

Berkulit gelap. Sawo matang. Zaman ini mungkin belum banyak campuran dengan bangsa asing. Gambar ini amat penting untuk kita melihat raut wajah, betuk gerhang, mata dan sebagainya. Inilah wajah nenek moyang orang- orang melayu dahulu. 

Jika dibandingkan sekarang, kulit, raut wajah orang melayu sudah banyak berlaku perubahan

Gambar ini bukan hasil generate ai. Gambar ini adalah gambar pure original.

Tapi ada soalan yang saya ingin tanya. Adakah segaram mereka ini merupakan generasi awal "baju melayu"?. Ada poket di dada sebelah kanan. Tapi butang hanya ada 4. Di leher ada 1 butang sahaja.

Terima kasih tuan Izmal Karim atas perkongsian yang amat penting dan bersejarah ini. Kita adalah melayu!

Cuba tag kawan2 korang yg masih mewarisi raut wajah seperti diorang ni.

Kalau Tak Mampu Bahagiakan | Jangan Susahkan !

Semalam kebetulan nak beli makanan sebelum masuk jam 8.00pm, nampak jarum temperature kereta dah mula slow-slow naik. Jadi, tindakan yang aku ambil pagi tadi adalah bawa kereta ke bengkel untuk cek apa-apa masalah yang berlaku.

Nak dipendekan cerita, brother kat bengkel tu lepas cek dia bagitahu kemungkinan problem pada thermostat, waterpump atau enjin. So, dia sambung cek, sambil cek tu dia bagitahu kalau tukar thermostat dalam RM 120-150 camtu (aku tak berapa ingat) termasuk pemasangan. So dalam bajet lagi tu. Bersyukur la risau melayang lebih. 

Cek punya cek dia kata okay je takde masalah so kemungkinan waterpump. Aduh, aku garu kepala. Kalau waterpump berapa pulak harga? Brother tu cakap waterpump sekali pasang (upah) RM 250. Dalam hati aku ni alamak bertambah pulak. Tapi apa pilihan yang ada selain tukar juga part tu. Kalau tak overheat lagi pening mat. 

Aku tanya brother tu boleh siap awal ke? Member tu cakap eh tenghari or petang juga ni bang sebab banyak part nak buka kalau tukar waterpump. Ah..sudah! Aku pulak terkejar nak bertugas zohor ni. So aku decide untuk tinggal kereta dan bagitahu brother tu aku ambil petang. Dia pon ambil nombor telefon aku dan bagitahu apa-apa dia roger. 

Dalam jam 1.22 pm brother tu mesej. Macam tak sangka. Tak ramai orang yang jujur dalam perniagaan. Lagi-lagi dalam perniagaan automatif khususnya macam bengkel kereta atau motor. Sebab aku sendiri pernah kena 'kapak' betulkan motor or kereta dekat tempat yang aku tak biasa. Sebab ada part yang kau tak perlu tukar pon tapi disebabkan sifat tamak dan tak jujur so semua part dia nak tukar. Hasilnya beribu jugak habis. 

So, point of view status aku ni. Berniagalah dalam bidang apa pon, yang penting jujur. Tak semua manusia kuasai bidang yang kau ceburi sehingga kau sanggup nak 'kapak' orang tu dengan harga yang tak masuk akal. Hidupkan kejujuran walaupun brother ni boleh je nak tukar semua benda asalkan dia dapat keuntungan. Tapi dia tetap mesej dan bagitahu part ni takde masalah, hanya tukar beberapa benda sahaja walaupun harga tu murah.

Simple guys! Kau mungkin tak kaya. Tapi sifat kejujuran kau tu lagi kaya. Mungkin ni asbab kebaikan dia untuk masuk syurga. Sorry, post aku ni simple tapi terkesan dalam hidup aku. So aku abadikan status ni untuk semua belajar.

Kredit : Fahmi Nahrawi


UPDATE***

Nama Kedai : NARA AUTO GARAGE

Alamat : No 47, Salak Perdana Business Park, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

CALL No brader tu

05 May 2024

Biar KALAH, asalkan kita TAK RUGI !!

TIPS BELI RUMAH LELONG.

1. Semak kelayakan loan betul betul sebelum bida. Kalau kita menang dan loan tak lulus jenuh nak cari duit untuk settlekn harga keseluruhan. Kalau tak boleh bayar, deposit burn.

2. Pastikan tahu apa nak buat dengan rumah tu. Jangan beli dan biar rumah tu hidup sendiri. Boleh plan siap siap nak jual (flip), nak buat sewa atau nak duduk sendiri.

3. Pergi tengok secara depan depan. Jangan percaya dengan gambar rumah dalam website. Takut tu gambar beberapa tahun yang lalu.


Kami pernah pergi view satu rumah yang bakal dilelong. Dalam gambar nampak macam okay, pergi tengok depan depan bumbung pon dah tak ada 😩

Ahh. Patah hati betul tengok realiti.

Tengok juga rumah masih ada orang duduk atau tak.

4. Buat kiraan berapa wang yang diperlukan untuk baikpulih rumah jika rumah perlu dibaiki. Minta quotation atau nasihat dari orang yang betul.

5. Sediakan wang untuk lawyer fee, valuation fee, bayaran tunggakan bil bil dan cukai.

6. Kalau rumah yang ada jmb, kena semak siap siap berapa tunggakan management fee owner. Yang ni pembeli yang kena bayar. Kena get ready siap siap sebab biasanya tinggi tunggakan tu.

7. Cek market value terkini rumah tersebut. Kemudian buat kira kira maksimum amount untuk bida. Jangan bida sampai terlebih market value selepas tambah semua kos. Rugi.

Beli rumah lelong ni guna banyak duit. Jadi buat kira kira tu sangat penting.

Jangan teruja nak menang sampai salah buat percaturan. Kalah menang itu adat dalam lelongan.

Biar kalah, asalkan kita tak rugi.


02 May 2024

Innalillahiwainnailaihirojiun | AlFatihah | Sarjan Hassan !

www.tiktok.com /@501awani/photo/7363465711663975698

Hassan bin Othman lahir pada 15 Februari 1927 di Kg. Pantai, Seremban, N. Sembilan. Di usia 17 tahun, beliau mengahwini gadis sekampungnya, Siti Zabedah Ali. Menyara hidup dengan kerja kampung, sambil itu beliau terlibat dalam aktiviti menentang komunis.

Namun kegiatannya diketahui komunis, lalu isterinya yang sarat hamil bersama ibu mentua & anak saudaranya dibunuh serta rumah mereka dibakar. Tragedi itu yang mendorong Hassan untuk menyertai Rejimen Askar Melayu (RAM) pada 1946. 

Tamat rekrut di Port Dickson pada 1947, Hassan diserap masuk ke Batalion Pertama RAM. Tahun berikutnya beliau dilantik sebagai Lans Koperal, kemudian dipindahkan ke Batalion Ke-4 pada 1949 & dinaikkan pangkat menjadi Koperal pada 1950.

2 tahun kemudian, beliau meraih pangkat Sarjan & melapor diri ke pangkalan Batalion Ke-4 RAM di Mentakab, Pahang. Di situ, beliau ditugaskan untuk mengetuai pasukan rondaan berkekuatan 9 anggota mengawal kawasan sekitar Triang.

Kecemerlangan & keberaniannya mendepani komunis dianugerahkan Military Medal (MM) daripada Ratu Elizabeth II melalui London Gazette pada 1954. Beliau turut dikurniakan General Services Medal & Mention in Despatches daripada British.

Hassan ditauliah pangkat Leftenan Muda Batalion Ke-5 RAM pada 1957. Tahun itu juga, beliau terlibat dalam gerakan mematahkan cubaan lebih 400 komunis di WaterFall Estate, Rawang, Selangor untuk mensabotaj pengisytiharan kemerdekaan negara.

Beliau bersara pada 1967 dengan pangkat terakhir sebagai Kapten. Pada 30 April 1991, Hassan menghembuskan nafas terakhir di usia 63 tahun akibat sakit jantung di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban & disemadikan di Makam Haji Said, Seremban.

Kisah keperwiraan Hassan dipercayai menjadi inspirasi kepada filem "Sergeant Hassan" (1958) yang dibintangi Tan Sri P. Ramlee.

Sumber : Arkib Negara Malaysia, The Patriots, ABIM, MyMetro


Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Yang Hebat
Suhaimi@Pakmi
4-5 minutes 8/31/2023


Pada 31 Julai 2013 TV2 telah menyiarkan dokumentari khas Sarjan Hassan. Rupa-rupanya Sarjan Hassan ini ialah pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana sikapnya yang begitu merendah diri, warak serta tawaduk maka keperwiraannya tidak begitu diketahui umum.

P. Ramlee juga hebat, dibuatnya filem Sarjan Hassan waktu negara dalam era darurat. P Ramlee ubahsuai filem Sarjan Hassan berkisarkan menentang Jepun, bukan menentang komunis untuk mengelakkan filemnya daripada disabotaj atau diancam komunis kerana pada waktu filem tersebut diterbitkan negara masih dalam keadaan darurat akibat keganasan Parti Komunis Malaya.  

Sarjan Hassan berasal dari N.Sembilan. Mendapat pendidikan pondok di Rantau, N.Sembilan. Berguru dengan ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika dalam tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.

Dia tidak berdendam dengan komunis, tetapi telah berjaya membunuh lebih 100 orang komunis seorang diri dalam pertempuran. Dia tidak mengamalkan ilmu kebal atau ilmu kebatinan yang sesat. Dia hanya berkata Allah sebagai pelindung. Pernah dalam satu pertempuran ketika rakan yang lain sedang merancang untuk menyerang, tiba-tiba Sarjan Hassan lesap dan terus dengar tembakan. Dengan izin Allah dia telah berjaya membunuh 14 pengganas komunis seorang diri pada ketika itu.

Pengganas komunis amat berdendam dengan Sarjan Hassan. Sentiasa mencari peluang untuk membunuhnya atau keluarganya. Satu hari seorang pengganas komunis wanita yang cantik menyerah diri cuba menggoda Sarjan Hassan. Namun begitu, atas sifat kewarakan Sarjan Hassan, pengganas komunis wanita itu pula yang belot dan memberi maklumat kepada Sarjan Hassan sehingga tertangkapnya 27 orang pengganas komunis.

Jasa besar Sarjan Hassan yang tidak tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan ( pada ketika itu berpangkat Leftenan ) menggagalkan cubaan komunis untuk sabotaj sambutan kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Leftenan Hassan dengan 10 anggota telah berjaya menjejaki tempat pertemuan ketua-ketua pengganas komunis seluruh Tanah Melayu di Rawang. Leftenan Hassan berjaya membunuh komunis dan menjumpai dokumen serta senjata yang akan digunakan untuk menggagalkan sambutan kemerdekaan negara yang berkemungkinan untuk membunuh Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pembesar Melayu lain.

Sarjan Hassan adalah satu-satunya orang Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang berjaya menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan.

Kubur Sarjan Hassan seperti kubur kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh Hj Mohd Said di Seremban.  Sesungguhnya Sarjan Hassan adalah merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di Rantau, N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia.

Saya terkenang kembali kata-kata arwah ayah saya yang pernah berjumpa Sarjan Hassan, memang benarlah ayah saya kata Sarjan Hassan ini pendiam, gempal sikit.

Tidak sia-sialah perjuangan nenda saya salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu iaitu Dato Abdullah Hj Dahan, Undang Rembau, yang telah melahirkan pahlawan Melayu Islam yang begitu hebat, merendah diri, warak, tidak tinggal solat yang perlu dicontohi oleh semua perwira negara.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Kapten Hassan bin Othman, ayah saya Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin, nenda saya Dato Abdullah bin Hj Dahan dan seluruh perwira negara yang telah gugur.

Mungkin selepas ini kapal TLDM yang baru boleh diberi nama KD Sarjan Hassan seperti KRI Imam Bonjol di Indonesia, atau Kereta Perisai yang baru diberi nama Sarjan Hassan atau Hassan. (Penulis artikel ialah anak Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin)

Buktikan Pernyataan Berikut - Gaji Mula, Gaji Pencen, Potongan KWSP, Tunai vs Emas

kalaulah para menteri berminda emas, wang kwsp kita boleh je diasetkan kepada jumlah gram emas dah setiap tahun beranak pinak,  p malangnya,...