KPTTLUS Malaysia

Komuniti PTT Zello • Lebuhraya Utara-Selatan • Hebahan Trafik Sahih

Portal Rasmi Zello

24/7

Hebahan

PTT

Zello

PLUS

Trafik

MY

Komuniti

Mengenai KPTTLUS

Komuniti sukarelawan menyalurkan maklumat trafik melalui suara menggunakan aplikasi Zello.

Sumber Rasmi

Maklumat berdasarkan agensi kerajaan, pengendali lebuhraya dan sumber yang diperakui.

Mesra Telefon

Reka bentuk pantas, responsif dan sesuai untuk Blogger.

Pendaftaran Ahli Baharu

Syarikat dan kepakaran tempatan - Orang Terengganu !

 Rakyat Malaysia sedar atau tidak. Kapal nelayan paling moden di negara ini berjaya dibina oleh syarikat local daripada negeri Terengganu. 



Kapal ini merupakan Kapal kategori C2 dibina sepenuhnya daripada besi keluli. Kategori C2 boleh beroperasi sehingga ke laut dalam bermula 30 sehingga 200 batu nautika.

Kapal yang boleh menampung hasil laut sehingga 120 tan. Kelajuan maksimun sehingga 11 knot. Dan boleh berada di lautan selama 10-14 hari. 

Kapal ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada krew.
Buat masa ini, kapal nelayan inilah yg paling canggih dibina oleh syarikat tempatan dan kepakaran tempatan. Orang Terengganu!

Ini bukan import komponen kemudian pasang di Terengganu yer! Ini sepenuhnya daripada zero sehingga finishing. Hanya sahaja mungkin part enjin import daripada luar.

Seharusnya rakyat Malaysia merasa bangga anak melayu tempatan memiliki kepakaran di dalam bidang perkapalan berteknologi tinggi. Malah syarikat ini juga adalah milik Bumiputera.

Syabas buat semua yg terlibat. Dan kapal ni tidak dibuka sewa untuk pergi candat sotong. 
Hehe

Membodohi orang pintar itu sebenarnya lebih mudah ... Lanjut Part II

Mereka merancang dan Allah merancang. 

Dan Allah sebaik-baik Perancang

US tepuk tangan ...



“ Kita sudah berada dalam Perang Dunia III “

Dalam tempoh lima belas tahun yang lalu, Perang Dunia III telahpun berlaku di sana sini, sebuah planet yang penuh dengan konflik bersenjata dan penjualan senjata, gambarajah Venn yang bertindih dengan pembunuhan yang melanda dunia, dan sumber keuntungan yang tidak berkesudahan untuk "pakar" keselamatan negara dan kompleks perindustrian ketenteraan.

Perang Dunia III, tidak seperti Perang Dunia sebelumnya. Tidak, ianya bukan tentang empayar yang mengerahkan tentera ke seluruh negara, menakluk benua. Dan bukan tentang berjuta-juta lelaki muda ( dan kini wanita ) memakai pakaian seragam pada skala sebagaimana 100 tahun yang lalu.

Perang Dunia III adalah tentang perang yang dirahsiakan dari pengetahuan umum. Perang dengan pengendali "khas" bekerja secara rahsia di lapangan. Perang dengan serangan udara dan peluru berpandu jarak jauh ( dan kini dron ). Perang yang Kemuncaknya ialah apabila NATO menekan butang nuklear terhadap Rusia.

WAllahuaklam


Wamakaru wamakarallah wallahukhairul maakirin


Jemput Tekan Sampai Kiamat ☝️

Dalam video ini terdapat klip video lama propaganda menghasut membeci orang Syiah yg digunakan oleh Barat untuk menghasut muslim menentang kerajaan basyar AlAsaad sewaktu arab Spring,

Agenda Barat ingin menjatuhkan sekutu Rusia Basyar Al Asaad pada ketika itu.

Propaganda menghasut muslim membeci Rusia,

Lihat hari ini Rusialah yg menyokong Palastin, sebaliknya Kuasa Barat yang memerangi Basyar  Al-Asaad membantu Israel melakukan Genoside.


Kita bertanggungjawab ke atas apa yang kita kongsikan di hadapan Allah SWT kelak.


Kerje barat @ zionist melaga²kan kuasa negara Islam dahulu & kini ... Yaman, Iraq & Mesir menjadi lemah & bole di kuasai !! ... Termasuk Turki dll ...

Ya, mereka melaga2 umat islam dengan menyebarkan propaganda, namun umat Islam sendiri yang tidak memeriksa kebenaran sesuatu berita membantu menyebarkan propaganda tersebut,

Contoh , dahulu sewaktu Arab Spring umat islam membantu Barat menyebarkan propaganda Muamar Gadafi zalim dan sesat Kafir, maka ramai lah muslim yang mengangkat senjata melawan Muamar Gadafi, akhirnya muamar Gadafi Jatuh, Libya hancur dan Libya  akhirnya jatuh ke Tangan NATO, begitu juga yg berlaku kepada Saddam Hussien & Iraq !.

Itu yang mereka cuba lakukan terhadap Bashar Al Assad tapi tak berjaya sedikitpun !!.


Aku pun hampir tertipu ! ...


Lebih 200 hari bumi plestin dimusnahkan , lebih 34K penduduknya telah dibunuh , hanya dgn serang kedutaan Iran dan Iran balas balik serangan sebagai agenda utk berhentikan perang zionist dgn Hamas dan kewujudan tentera syiah Iran dalam perang lakonan dengan Israel bertujuan menutup peranan sebenar tentera Hamas dalam perang dengan zionist Israel ini ... bijak sungguh zionis dan syiah mengaburi mata antarabangsa ... FIRASAT Ambo la ...

Apa pandangan Dr admin cikgu @~Nik ttg tu 👆

Ini bukan persoalan syiah. Intensiti pengeboman di Semenanjung Gaza telah kembali ke tahap musim sejuk tempoh hari. Kesan utama ialah ke atas Rafah dan persekitarannya di selatan Semenanjung Gaza dan penempatan kediaman yang tinggal di bahagian tengah rantau ini.

“ Saluran TG Israel melaporkan bahawa operasi darat di Rafah akan bermula sejurus selepas cuti, iaitu, pada awal Mei. “
~ Intel Slava ~

Setakat ini tiada pengesahan Israel menyerang wilayah Iran. Memang benar Tiada hubungan diplomatik rasmi antara Israel AS dengan Iran. Namun terdapat saluran belakang ( back channel ) dari CIA kepada Agensi Intel Israel dan Iran. Mereka berhubung melalui saluran ini. AS, Israel, dan Iran berkongsi musuh yang sama iaitu gabungan negara Arab. Jadi segala yang berlaku di rantau tersebut adalah tentang melemahkan negara2 Arab.

TERIMA KASIH INFO CIKGU 👍

Sama2

Pada akhirnya - sedikit demi sedikit - kita pun tersentak dari khayalan dan lamunan mimpi, bahawasanya benarlah yang diperkatakan mereka para bijak cendikiaawan Islam yang meneliti al-Quran itu - sejak dahulu kala, masa kini & akan datang bahawa ...

" Membodohi orang pintar itu
sebenarnya lebih mudah
daripada meyakinkan orang bodoh
bahawa dirinya sedang ditipu !. "



Maharaja Rom MELUTUT dihadapan Maharaja Parsi

Hari ini, kita menyaksikan Iran baru sahaja melancarkan peluru berpandu menuju ke arah Israel, antara pertama dalam sejarah negara tersebut. Aku nak gunakan kesempatan ini untuk bercerita tentang seorang Maharaja Rom yang dipaksa melutut dihadapan Maharaja Parsi.

Persembahkan kepada anda, ini ialah ukiran agung di Naqshe Rostam, Iran, di mana sejarah ditorehkan melalui batu, yang memaparkan Maharaja Rom bernama Philip The Arabia, dipaksa melutut depan Maharaja Parsi selepas kalah perang dengan Parsi.


Bahkan bukan sahaja terdapat ukiran Philipp The Arabia, kita ada ukiran Maharaja Valerian yang berada di belakang Maharaja Philip, yang dijadikan tawanan oleh Mahraja Shapur I. Ini adalah simbolik penting yang menunjukkan kekuasaan dan dominasi Shapur I ke atas Rom pada masa itu.

Ada yang mengatakan Valerian menjadi hamba abdi kepada Parsi sampailah ke akhir hayatnya. Dia punya loser tu, sampai Shapur I akan pijak atas badan Valerian untuk naik atas kuda. Tu dia, maharaja jadi kerusi je!

Bangsa Parsi ni adalah salah satu bangsa yang pernah memalukan kuasa dunia seperti Rom. Bukan semua bangsa dalam sejarah, atau tamadun mendapat kesempatan demikian. Bukan sekali, tapi dua kali Maharaja Rom, sebuah maharaja empayar terbesar dalam dunia dipaksa melutut depan maharaja Parsi.

Jadi, tak hairan pada zaman moden, bangsa Parsi memiliki keberanian untuk mencabar hageomoni Israel dan sekutunya, kalau nenek moyang mereka pernah buat dua maharaja Rom melutut kepada mereka.

Sumber : https://shope.ee/604s8iDRBU



Beginilah rupa Malaysia 🇲🇾 sekitar 21,000 tahun dahulu menurut para pengkaji geografi. la dikenali sebagai Pentas Sunda atau Sundaland. Sundaland mempunyai keluasan sehingga 1,800,000 km persegi berbanding keluasan Malaysia sekitar 330,000 km persegi. Kemudian selang beberapa ribu tahun, daratan ini mula ditenggelami air laut dan akhirnya terbentuk beberapa buah negara dan pulau seperti yang kita lihat sekarang.

Loan Kereta | Loan Motor ? - Prosedur E-Batal JPJ

Sudah habis bayar loan kereta dan motosikal??

Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Nampak tak ada satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut oleh Bank pinjaman anda??

Soalan:
Apa yang perlu anda lakukan sekarang??

Jawapan:
Anda perlu batalkan nama Bank pinjaman itu dengan E-Batal.

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.

Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.


Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah BAYARAN PINJAMAN HENDAKLAH SUDAH HABIS DIBAYAR SEPENUHNYA.

Cara-caranya:

1) Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan.

2) Pastikan dan dapatkan surat pelepasan dari Bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan ini. Namun, lebih baik lagi jika surat pelepasan tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.

Kerap bertanya kepada Bank peminjam sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.

3) Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan dan/atau membatalkan hak milik Bank peminjam itu. Tujuan ini adalah untuk mengeluarkan nama Bank peminjam daripada geran asal kenderaan tersebut.

4) Di cawangan JPJ tersebut juga, jangan lupa untuk pastikan terdapatnya cop E-Batal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Senang kan??

Kesimpulannya,

Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta.

Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan lagi hak milik itu jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila berbuat sedemikian untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari.

Kredit : Puan Nadia Izzati
Biarlah Keta Lama
Yang Penting Geran Di Tangan 🤣

cadangan rangka agenda yang boleh dicadangkan bagi tempoh 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, dan 10 tahun

Merancang penubuhan pertubuhan NGO di Malaysia, adalah penting untuk menyusun rangka agenda yang komprehensif bagi tempoh masa tertentu.

Berikut adalah cadangan rangka agenda yang boleh dicadangkan bagi tempoh 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, dan 10 tahun:


Perancangan 1 Tahun :

1. Penyediaan rancangan perniagaan dan perancangan strategik pertubuhan NGO.
2. Pendaftaran rasmi pertubuhan dan memperoleh kelulusan dari pihak berkuasa berkaitan.
3. Mengenal pasti dan membangunkan program-program awal yang akan dilaksanakan.
4. Memperoleh dana dan sumber kewangan untuk menjalankan program-program asas.

Perancangan 3 Tahun :

1. Memperluaskan pengaruh dan pengetahuan pertubuhan dalam masyarakat setempat.
2. Meningkatkan kehadiran media sosial dan pengiklanan untuk memperkenalkan pertubuhan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
3. Membangunkan rancangan latihan dan pendidikan kepada komuniti tempatan.
4. Memperluaskan rangkaian kerjasama dengan pertubuhan lain dan badan-badan kerajaan.

Perancangan 5 Tahun :

1. Memperluaskan program-program sedia ada ke peringkat kebangsaan.
2. Membangunkan program-program kesedaran dan pendidikan yang berterusan di kalangan masyarakat sasaran.
3. Memberi tumpuan kepada pembangunan mampan dan pengekalan dalam segala program yang dijalankan.
4. Membangunkan sistem pemerhatian prestasi dan impak terhadap masyarakat.

Perancangan 10 Tahun :

1. Membangunkan pertubuhan sebagai pusat rujukan dan sumber kepakaran dalam bidang yang ditekankan.
2. Memperluaskan jangkauan program-program kepada kumpulan sasaran yang lebih luas.
3. Menjadi agen perubahan dalam isu-isu sosial dan alam sekitar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
4. Memperkukuhkan kelestarian pertubuhan dengan penubuhan dana kekal dan rangkaian sokongan yang mapan.

Rangka agenda ini perlu disesuaikan mengikut sasaran dan matlamat pertubuhan NGO yang diwujudkan serta perubahan semasa dalam masyarakat. Ini juga membantu memastikan pertubuhan itu teratur dan berkesan dalam usahanya untuk memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih baik.

Penulisan Di Atas Adalah Sekadar Lakaran Asas Perjalanan Dan Hala Tuju Pertubuhan Yang Ingin Digerakkan.

Semoga Membantu 💓

Institut Malaysia-China (MCI) | Giat MARA Bagan Datoh

Institut Malaysia-China (MCI) yang terletak di GiatMARA Bagan Datoh telah menarik perhatian ramai dengan pengumuman peningkatan tarafnya untuk melatih tenaga kerja teknikal dan vokasional (TVET) dalam kerjasama dengan China. Pengumuman ini telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa pusat latihan ini akan menjadi lebih terfokus dalam menyediakan tenaga kerja TVET yang berkelayakan dengan kepakaran dari negara China.

Pada permulaannya, MCI dijangka akan melatih 2,000 calon TVET dari Malaysia yang akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan di China. Dengan kerjasama ini, para pelajar akan memiliki peluang untuk mendapatkan pendidikan dan latihan yang berkualiti serta kemahiran teknikal yang lebih mendalam melalui pengalaman langsung dengan pakar-pakar dari China.
Sebagai langkah permulaan, telah pun bermula latihan untuk 650 pelajar TVET tempatan di GiatMARA Bagan Datoh sebelum mereka dihantar ke China untuk latihan lanjutan. Para pelajar ini bakal ditaja sepenuhnya oleh organisasi China, yang menyediakan bantuan kewangan bagi kos latihan, serta kos perjalanan ke China. Ini menandakan satu peluang yang berharga bagi mereka yang berminat untuk menimba ilmu dan pengalaman di luar negara.

Dalam usaha untuk menyelaraskan transformasi menjadi MCI, institut ini akan memberi tumpuan kepada penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur yang sedia ada. Rancangan untuk memperluaskan kampus juga telah pun dirancang bagi memastikan institut ini dapat menerima lebih ramai pelajar pada masa akan datang. Ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan MCI menjadi institusi yang cemerlang dalam menyediakan latihan TVET yang terbaik.

Diharapkan dengan adanya MCI, akan dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja TVET yang berkualiti dan kompeten untuk memenuhi permintaan industri tempatan mahupun global. Selain itu, kerjasama dengan China turut membuka peluang kerjasama teknikal dan pendidikan yang lebih luas antara kedua-dua negara.
Secara keseluruhannya, pengumuman peningkatan taraf pusat latihan GiatMARA Bagan Datoh kepada Institut Malaysia-China (MCI) adalah satu langkah yang positif dan memberangsangkan dalam meningkatkan kualiti tenaga kerja TVET di Malaysia. Diharapkan usaha ini akan terus berkembang dan memberi impak yang positif dalam pembangunan tenaga kerja negara.

Semua Sudah Tertulis Sejak Azali - Kita Hanya Menjalani !

Semasa membincangkan potensi tindak balas Israel terhadap serbuan Iran, kami sebelum ini menyebut bahawa IDF ( tentera Israel ) telah secara konsisten melakukan serangan ke atas Syria selama enam bulan. Serangan ini telah memberi tumpuan kepada melumpuhkan sistem pertahanan udara republik itu.


- Skala serbuan ini terbukti dalam jumlah: daripada 51 serangan sejak 7 Oktober 2023, 17 sistem pertahanan udara, radar, dan peralatan peperangan elektronik yang disasarkan. Separuh daripada serangan disahkan secara langsung oleh rakaman kawalan objektif, manakala yang lain disokong oleh bukti tidak langsung, seperti obituari di rangkaian sosial.

- Tidak semua sasaran yang musnah telah beroperasi; Beberapa pelancar lama dan stesen radar telah lama tidak aktif. Walau bagaimanapun, pertahanan udara Syria, yang lemah oleh perang saudara selama 13 tahun dan kekurangan bekalan baru, telah mengalami kerugian dalam sistem yang sedia ada dan, lebih ketara, dalam kakitangan.

- Beberapa serangan juga menyasarkan lapangan terbang Damsyik dan Aleppo. Walaupun objek-objek ini tidak dimusnahkan ( atau bekalan dari Iran dihentikan ), serangan itu menghalang ketibaan pesawat kargo dari Republik Islam. Ini menghalang potensi penghantaran sistem pertahanan udara dan peluru Iran yang cepat dan bijaksana.

❗Apa yang dicapai oleh Israel dengan menyerang sistem pertahanan udara Syria yang sudah usang? Terutamanya, tindakan ini mengurangkan lagi serangan ke atas sasaran yang disokong Iran bukan sahaja berhampiran Damsyik tetapi juga di wilayah yang lebih jauh.

Pada masa yang sama, serangan berkala di bumi Syria, walaupun terhad, mempengaruhi sentimen orang ramai, terutamanya memandangkan keadaan ekonomi negara yang sangat mencabar. Pengaruh ini boleh menjadi leverage ke atas pendirian Iran di Syria.

DD Geopolitics

Israel tanpa henti menyerang sistem pertahanan udara tentera Syria atas alasan memerangi militan pro Iran.

Agenda besar Israel sebelum menjadi negara pemerintah dunia ialah menghapuskan ancaman mereka yang utama iaitu bangsa Arab di sekitar mereka. Arab ancaman sebenar, bukan Iran. Malah Iran di gunakan sebagai kuasa penyeimbang bagi Arab Di Timur tengah. Ancaman sebenar Israel ialah gabungan seluruh negara Arab sebagaimana berlaku pada perang Arab Israel 1948, perang 6 hari 1964, dan perang Yom kipur 1973. Dimana Israel hampir pupus jika bukan kerana campur tangan AS. Ya ramai mengatakan Arab sedang hanyut dengan kemewahan tunduk kepada Israel, namun bagi Israel gabungan Arab masih berpotensi menjadi ancaman dan ianya perlu di hapuskan. Malah AlQuran dan Hadis telah memberi petunjuk bahawa bangsa Arab akan binasa. Selepas ini kemusnahan Arab semakin dahsyat. Masih ada masa, 2 atau 3 tahun  lagi sebelum Mereka melancarkan perang Nuklear terhadap Rusia dan China sekiranya perkiraan ini benar. Saya harap saya salah. 

Bersiap sedia utk perangkan ?.

Ya, perang Taiwan belum bermula, selagi mereka tidak memutuskan Hubungan China dgn Eropah melalui perang Taiwan, mereka tidak akan melancarkannya, kerana perang nuklear mesti mensasarkan kedua2 Rusia dan China. Kini Status perang adalah antara Barat dan Rusia, China masih tiada sekatan ekonomi atau peperangan dengan Barat. Malah Eropah masih memerlukan China.

Microchip dalam tubuh melalui vaksin dan sebagainya adalah hoax. Apa yang mereka perlu hanyalah alat pembayaran digital pelbagai fungsi yang diintegrasikan dengan sistem penyimpanan wang. Untuk itu mereka perlukan digital ID. Ke arah Totally Cashless Society. Sepatutnya ke arah itu. Namun kini setelah kebangkitan Rusia dan BRICS, dunia telah berpecah kepada dua blok, mungkin perancangan mereka telah terganggu. 

Digital ID dibuat untuk digital currency, sepertimana kata Ustaz Norazman. Bulan 12 2024 samada BRICS atau CBDC mmg saya tolak, sebab kita nak Sistem Khalifah je dulu, sebelum tu kita asingkan diri. .Sekarang ni pun belajar kurangkan makan & cut gula ..Itu yang terbaik, tinggal jauh dari sistem, mulakan ekonomi sara diri. Selain totally off grid, Sebagai alternatif, Syeikh Imran pernah beritahu tinggal di kawasan kampung hidup bersama masyarakat setempat. Di kampung walaupun tidak keluar dari sistem seratus peratus, sekurang2nya ia tidak bergantung sepenuhnya kepada sistem. 


🗣 'Empayar AS sedang menuju kemusnahan diri': Aktivis dan ahli perniagaan Jerman Kim Dotcom meramalkan berakhirnya hegemoni AS. Tetapi dalam visinya, dunia akan membayar "harga muktamad" dengan perang nuklear untuk kejatuhan hutang AS dan skim percetakan wang.

Langgan kepada @SputnikInt

Jadi, Kesimpulannya iran dan Israel ni bersahabat kariblah ni ?

Revolusi Iran 1979 dikatakan dipengaruhi oleh Barat. Perancis menyediakan perlindungan kepada Khomeini, manakala sekatan AS ke atas  Iran adalah untuk alih perhatian dunia daripada bantuan rahsia Barat terhadap pertumbuhan Iran. Contohnya termasuk skandal Iran-Contra, di mana AS membekalkan alat ganti untuk peralatan ketenteraan Iran, dan Project Flower, membantu pembangunan peluru berpandu Iran. 

Perang Arab terhadap Israel yang gagal disebabkan bantuan AS terhadap Israel membawa kepada aspirasi Israel untuk pengembangan wilayahnya yang digariskan dalam Pelan Yinon, yang membentang dari Sungai Euphrates ke Sungai Nil. Dua jalur biru pada bendera Israel melambangkan sungai Euphrates dan sungai Nil, menunjukkan aspirasi wilayahnya. Strategi Israel ialah mewujudkan ketidakstabilan negara-negara Arab, yang berpotensi membawa kepada pemecahan mereka sama seperti Yugoslavia. 

Menyedari ancaman ini, Negara-negara Arab mencari perdamaian dengan Israel untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi. Jadi Israel memerlukan musuh baru iaitu Iran, untuk mewajarkan pengembangan wilayahnya. Iran secara strategik mengerahkan pasukan separa tentera di Yaman, Lubnan, Syria, Bahrain, dan Iraq. Dengan mengerahkan pasukan separa tentera di pelbagai negara Arab, memberikan alasan kepada Israel untuk menceroboh wilayah Arab. 

Keengganan Mesir menerima pelarian Palestin dari Gaza adalah disebabkan kebimbangan pencerobohan Israel. Israel boleh menggunakan Hezbollah Iran sebagai alasan untuk menyerang Lubnan Selatan. Konflik Laut Merah antara pasukan maritim NATO dan Houthi Iran mengganggu perdagangan global, terutamanya yang menjejaskan Rusia, China, dan Eropah. Tindakan AS terhadap melaksanakan sekatan perdagangan ke atas Rusia, China, dan Eropah nampaknya memberi manfaat kepada AS dengan memindahkan industri Eropah ke AS.

Ya apa yang saya lihat apa yg berlaku antara Israel dan Iran itu bukan sebuah perang. Sama dengan Gaza, ianya bukan perang , melainkan Sebuah negara tentera moden melakukan genocide terhadap penduduk Gaza yang tidak bersenjata. Contoh peperangan yang sebenar adalah di Ukrain. Antara Rusia melawan Ukrain yang mendapat bantuan senjata, alatan, dari seluruh AS dan NATO.

Tidak ada perang antara Iran dan Israel, hanya pertunjukan perang. 
Saya hentam kedutaan awak !. Awak hentam saya balik !. 
Ok sekarang kita berhenti !. 
Perang apakah ini ?. 

Saya telah pun beri gambaran besar big picture dari aspek ilmu akhir zaman Israel perlu meluaskan wilayahnya dari sungai nil ke sungai Furat persediaan menjadi negara pemerintah dunia menggantikan AS, untuk membolehkan Al Masih Palsu Dajjal muncul memerintah dunia dari baitul Maqdis, saya juga beri detailnya dari aspek geopolitik imbangan kuasa, dan modus operandi Dajjal dengan cara Penipuan (tipikal MOSAD) .Supaya tidak nampak sebagai penceroboh.

Sebagaimana mereka merampas wilayah Gaza menggunakan alasan menghapus ancaman HAMAS.

Begitu jugalah selepas ini mereka akan merampas wilayah Lubnan selatan atas alasan menghapuskan ancaman Iran iaitu Hizbullah. Jadi segala pertunjukan drama perang Israel Iran adalah tentang Israel ingin merampas wilayah Arab untuk meluaskan wilayahnya. Ya, apa yang saya perhatikan Iran hanya menyebabkan kerugian bagi pihak Arab. Dan menguntungkan Israel.


Namun mereka AS tidak akan memulakan perang Taiwan selagi pemberontak Myanmar dukungan mereka belum menjatuhkan Kerajaan tentera Myanmar. Dan selagi Kerajaan Bangladesh belum mengikut telunjuk mereka.


AS terlebih dahulu perlu menutup pelabuhan China di Myanmar dan Bangladesh. Kerana antara tujuan Perang Taiwan ialah AS ingin menyekat/melumpuhkan Ekonomi China. Jadi ases ekonomi China kepada dunia luar perlu di tutup. Dengan apa yang saya berikan di atas, maka memang wajarlah China merasa terancam.

Ketua Turus IDF Berkata Israel Akan Bertindak Balas Terhadap Serangan Iran

Jeneral tertinggi Israel berkata negara itu akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran, tetapi masih tidak jelas apa bentuk tindak balas yang akan diambil dan sama ada ia akan menjadi begitu kuat sehingga ia boleh menyebabkan lingkaran keganasan yang semakin teruk menjadi perang serantau berskala penuh.

Ketua Turus Angkatan Pertahanan Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, memberikan pengesahan yang jelas setakat ini sejak serangan bahawa Israel akan menyerang kembali.

RT News

☝ Israel menggunakan alasan serangan dron dan peluru berpandu Iran sebagai hak mereka yang sah untuk merampas wilayah Arab Selatan Lubanan yang menempatkan Hizbullah Pro Iran. Sekali lagi Iran membantu menyediakan alasan bagi Israel untuk meluaskan wilayahnya dengan merampas wilayah Arab Lubnan Selatan. Sebagaimana Hamas membantu menyediakan alasan bagi Israel untuk meluaskan wilayahnya dengan merampas wilayah Arab Gaza.

Permainan mereka dahsyat !!
" Mereka Pakar dalam Deception dan Game Theory "

.
.
.

#SimpanSiniUntukAnakCucu

Iran serang Israel dengan dron, peluru berpandu - Hizbullah sertai Iran, serang Israel ?

Mari kita imbas kembali, di awal serangan Hamas ke atas Israel pada 10 oktober tahun kepas, di hari pertama serangan saya telah ulas bahawa serangan Hamas ini di ketahui awal oleh Israel, dan serangan skala besar dalam sejarah Hamas ini akan membawa memberi sebab kepada Israel untuk mengambil wilayah Gaza dengan alasan untuk menghapuskan ancaman Hamas. Dan hari ini semua yang saya khuatiri telah berlaku Israel telah membunuh 33000 rakyat Palastin, 74000 tercedera, 80 % bangunan Gaza musnah, Israel telah secara de facto menguasai Wilayah Gaza.

Semua yang menyokong serangan Hamas tempoh hari akhirnya terpaksa menerima kenyataan Israel telah mendapat apa yang di inginkan iaitu wilayah Gaza.

Kalau dulu hype Israel vs Hamas, kini terbaru Israel vs Iran, maka ramailah akan termakan propaganda Iran akan menang Israel akan kalah sebagaimana Hamas tempoh hari. Tanpa mereka sedar ini adalah sebahagian perancangan Israel untuk mencapi agendanya yg lebih besar.

Kalau dahulu mereka menggunakan alasan Hamas kerana mereka ingin mengambil Wilayah Palastin Gaza, kini mereka menggunakan alasan Iran kerana mereka ingin mengambil wilayah di luar Palastin iaitu Lubnan selatan yang terdapat proksi Iran iaitu Hizbullah.

Dan modus operandi ini akan terus di gunakan, dan setiap kali itulah umat islam membantu Israel dengan menjadi ejen propaganda bagi pihak Israel.

Sebab itulah Mesir tidak setuju untuk menerima Rakyat Gaza ke wilayah Israel, Kerana Masir tahu modus operandi Israel, Israel akan menyerang wilayah Mesir menggunakan alasan menghapuskan ancaman Hamas.

Hakikatnya dunia memandang Mesir x perikemanusiaan ? - Ya mereka ada mata tapi tidak dapat melihat, ada telinga tapi tidak dapat mendengar, ada hati tapi tidak memahami, mereka seperti binatang ternak, malah lebih teruk !.

Mengikut ilmu akhir zaman, Israel perlu meluaskan wilayahnya dari sungai nil mesir hingga ke sungai Furat Syria atas faktor strategik dan sumber alam. Sebagai persediaan menjadi negara pemerintah dunia menggantikan AS. Barulah Al Masih mereka boleh muncul kerana tugas Al masih ialah ialah memerintah dunia dari Baitul Maqdis. Tanpa mereka sedari Al Masih tersebut ialah Al Masih Palsu iaitu Dajjal. 



Untuk itu mereka perlu meluaskan wilayah Israel sekarang dengan merampas wilayah negara Arab di sekitar. 

Negara Arab tahu rancangan Yinnon Plan Israel ini, sebab itu mereka memilih berdamai dengan Israel. Jadi Israel memerlukan musuh baru untuk memberi ancaman kepada Israel supaya Israel dapat menyerang wilayah Arab. Maka Israel menjadikan Iran sebagai Ancaman baru. Iran menghantar militan2 nya ke negara2 Arab seperti Hizbullah di Lubanan, Kataib Hizbullah di Iraq, separa militer Iran di Syria, houthi di Yaman. Untuk memberi ancaman kepada Israel. Seterusnya Israel mempunyai sebab untuk menyerang dan merampas wilayah Arab.

Adakah Iran punya misi itu juga ? - Tengok macam random je airstrike yang masuk walapun ditepis. 
Cuma ada yang kena budak Islam 10 tahun tu meninggal. Hit ke atas Aras City ! most populate Muslim !!. - Ia diriwayatkan dalam hadis. Apabila dajjal keluar 70,000 orang Yahudi dari Isfahan Iran akan menjadi pengikut Dajjal.

Cikgu ... adakah ini seperti yang dikatakan "Permulaan Perang Malhamah" oleh Syeikh Imran bila Iran diserang atau menyerang ... ?. - Saya sedikit berbeza pendapat dengan Syeikh Imran berkenaan Iran, kerana saya anggap Syeikh kekurangan ilmu dunia ketenteraan dan perisikan. Lagipun Syeikh pernah beritahu muridnya SUPAYA tidak terima bulat2 apa yang disampaikan kecuali setelah kita yakin ianya benar.


" Mata Memang Suka Tertipu !
Jangan Percaya Apa Mata Kita Lihat,
tapi
Percayalah Apa Hati Kita Yakini ! "


Setiap peluru berpandu dari Iran yang masuk ke Ruang Udara Jordan adalah ancaman buat Jordan, dan Jordan berhak menghapuskan ancaman tersebut.

Begitu juga sistem pertahanan udara Israel melancarkan peluru berpandu melalui ruang udara Syria untuk menangkis serangan Iran, dan sistem pertahanan udara Syria menembak jatuh peluru berpandu Israel tersebut kerana ianya mengancam Syria.

Ini bukan Persoalan Jordan membantu Israel atau Syria membantu Iran.
Ini persoalan Negara Arab terasa terancam dengan permainan Israel Iran.

.

Serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel

Ianya tidak menyebabkan kerosakan kepada Israel tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media selama ini tentang peluru berpandu Iran.


png-transparent-black-and-yellow-background-iranian-revolution-islamic-revolutionary-guard-corps-navy-of-the-army-of-the-guardians-of-the-islamic-revolution-armed-forces-of-the-islamic-republic-of


Peluru berpandu itu tidak mempunyai panduan satelit dan hampir kesemuanya berjaya dipintas. Kapal perang Israel dan NATO dengan kelengakapan pertahanan udara telah diletakkan di laluan penerbangan peluru berpandu Iran sejak sebulan yang lalu. Pengumuman serangan oleh Iran sebelum  serangan bermula menunjukkan bahawa drama hebat itu telah dirancang. Ianya bukan perang sama sekali, mereka sepatutnya berperang apabila Israel menyerang kedutaan Iran di Syria, tetapi kedua-duanya tidak mengisytiharkan perang. Mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan undang-undang antarabangsa akan bertanya mengapa?

Serangan ini sebenarnya menunjukkan bahawa Israel telahpun selesai merampas wilayah Gaza dan Hamas telah berlalu dan sekarang Israel mempunyai alasan yang kukuh untuk merampas wilayah Lubnan Selatan yang dikawal oleh Hezbollah Iran yang semuanya akan disaksikan dalam telefon pintar anda nanti. Itu yang Elit Global mahu dilihat oleh dunia.

Selepas ini drama yang sama akan diulang setiap kali Israel ingin meluaskan wilayahnya di Timur Tengah !!.

.
.
.

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


APA PERSIAPAN KITA JIKA PERANG DUNIA KETIGA ( WW3 ) MELETUS ?

Catatan Dzulkarnain Taib

Pada 15 ogos 1871 Albert Pike iaitu sovereign grand master of freemason telah menulis sepuchok surat kepada rakan seperjuangannya dari Itali, Giuseppe Mazzini pelopor gerakan revolusioner itali...

Dalam surat tersebot Pike telah memperinchikan agenda pengwujudan One World Government atau satu pentadbiran yang menguasai politik semua negara di dunia...

Menurut Pike kepada Mazzini, untuk mencapai ranchangan gerakan freemason perlu mencetuskan tiga perang dunia bagi mengubah lanskap politik, iklim ekonomi dan sistem kewangan serta struktur sosial, perundangan yang mengawal kehidupan dunia penduduk...

WW1 dan WW2 telah terlaksana dengan jayanya yang mendekatkan lagi agenda mencapai kejayaan New World Order (NWO)...



Sekarang masanya sudah cukup matang dan peluang terbuka luas bagi freemadon melaksanakan agenda terakhir mereka iaitu World War 3...

Ranchangan pra WW3 sudah pun dilaksanakan dan sedang berjalan dengan.lanchar iaitu pandemik covid-19, pergolakan sosial dan keadaan huru hara dan kachau bilau seperti yang dilihat dalam media di amerika, negara2 eropah, asia dan asia barat, kemeruduman ekonomi dan sistem kewangan, tahap kehidupan manusia yang sudah terok terjejas akibat kehilangan pekerjaan, penutupan perniagasn dan industri, kemiskinan tegar, terputusnya sumber makanan, tahap hutang negara dan rakyat yang tidak terkawal dan semua gejala2 lain yang memberi impak buruk terhafap kehidupan manusia di dunia...

Agenda seterusnya adalah untuk memburokkan lagi keadaan politik, keeangan dan sosial dunia yang sedia dalam amat tidak stabil ditambah pula benchana alam yang semulajadi atau yang dimanipulasikan melalui teknologi Haarp...

Masanya amat dekat sekali untuk kuasa gelap menchetuskan konflik samada di Laut China Selatan, Asia Tenggara, Amerika, Asia Barat maupun eropah...

Dunia sudah melihat bagaimana perang Azerbaijan-Armenia meletus sechara tiba2 tanpa sebarang tanda2 awal atau persengketan...

Begitulah juga dengan WW3 kuasa luciferian akan mewujudkan satu insiden umpama assasination seorang ketua negara atau pemimpin kerajaan seperti mana dalam hal terchetusnya WW1...

WW3 persis akan berlaku dengan setiap langkah dan strategi tepat mengikut peranchangan Pike pada tahun 1871...

Kita tidak ada kudrat untok menahan, melawan atau mengatasi agenda yang sudah disusun dengan begitu halus dan rapi sejak lebeh seratus tahun lalu...

Dalam kontek malaysia cukup2lah krisis pemimpin politik bodoh merebot jawatan Perdana Menteri kerana akhirnya  negara hanchor sekiranya ia tidak dikawal...

Apakah krisis politik yang tidak reda2 sejak kekalahan BN pada pru14 mempunyai elemen luaran yang tidak mahu melihat malaysia aman dan stabil?

Apa pun WW3 akan meletus pada bila2 masa dari saat ini...

Sekiranya ia berlaku tanyalah pafa diri kita ke mana kita hendak menyelamatkan anak2 dan keluarga kita sekiranya Malaysia terhimpit antara kuasa2 besar...

Adakah food security kita menchukupi untok menampong rakyat jika WW3 meletus?...

Jika laluan Selat Melaka dan Laut China Selatan kena sekatan ekonomi atau embargo di mana import eksport bahan makanan dikawal dan disekat sanggup ke rakyat negara ini balek kampong tanam jagong dan makan ubi kayu seperti zaman tok nenek mak bapak kita zaman WW2 dahulu?...

Semua perkara ini perlu kita fikir dan ambil berat dan jangan pandang enteng apa yang berlaku di sekelilingi kita tambah lagi di negara2 jiran dan di rantau...

Jika ketika seluruh dunia termasok Malaysia rakyat mengeloh dan meratap kerana hilang pekerjaan, bisnes bankrap, moratorium pembayaran mortage rumah, hire purchase tidak lagi boleh diteruskan lagi, bagaimana pula kalau WW3 dalam masa terdekat terjadi...

Buangkan mimpi dan impian bahawa dunia akan kembali normal atau balek kepada keadaan biasa dan sedia kala kerana dunia yang kita ketahui sudah jauh berubah dan di ubah...

Chekalkan hati, buatlah persiapan semampu yang boleh, jagalah kesehatan, kawal perbelanjaan, belilah emas dan akhirnya redholah apa yang bakal berlaku...

.
.
.

Sumber : Facebook

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Jabatan Tangkalan Malaysia (DOSM) dan Unit Pembangunan Tadbiran dan Perancangan Malaysia (MAMPU)

🔔 Notis Amaran


💡 Akses kepada PADU, termasuk semua data yang terkandung dalam PADU dilindungi di bawah undang-undang Malaysia. Sebarang tindakan mengakses, memuat naik, memuat turun, mengimbas, menambah atau mengedar apa-apa data dalam PADU tanpa kebenaran adalah satu kesalahan jenayah dan jika kesalahan itu adalah jenayah, ia boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali.

💡 Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Jabatan Tangkalan Malaysia (DOSM) dan Unit Pembangunan Tadbiran dan Perancangan Malaysia (MAMPU) TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan aplikasi baharu, kemas kini atau menyemak profil individu dalam Pangkalan Data Utama (PADU) melalui ORANG KETIGA.

💡 Kementerian Ekonomi TIDAK MENJEMPUT mana-mana individu untuk menjawab soalan dan pertanyaan berkaitan PADU melalui WhatsApp atau panggilan menggunakan nombor talian peribadi. Laman utama PADU hanyalah https://www.padu.gov.my

💡 Kementerian Ekonomi hanya menggunakan talian pusat panggilan 1800-88-7720. Kementerian Ekonomi menafikan membuat panggilan keluar menggunakan talian panggilan selain daripada talian itu. Sebarang panggilan daripada PADU akan mengumumkan ID aduan/penyiasatan terlebih dahulu semasa panggilan.

💡 TIADA CAJ akan dikenakan untuk permohonan PADU baharu, dikemas kini atau disemak semula. Pemohon dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau 'scam' yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi PADU untuk sebarang kemas kini dan kemas kini.

NOTAM ALERT UNTUK PELANCARAN ROKET DI RUANG UDARA IRAN

TERKINI

Dalam Notice To Air Missions ( NOTAM ) dikeluarkan Pihak Berkuasa Iran. Beberapa pelancaran roket dijadualkan di beberapa tempat di Iran dengan nombor pengenalan A1033/24 pada 8 April 2024 

Pelancaran roket akan bermula dari Jam 3.30 Pagi 10 April 2024 hingga 12 April 2024 Jam 10.30 Pagi

Tempat pelancaran roket adalah dalam koordinat dalam gambar 

Tahap selamat untuk laluan udara termasuk B411, G208/L125, M715, dan R659, telah dinaikkan kepada 16,000 kaki dari paras laut 

Semua pihak trafik udara dan juruterbang perlu dimaklumkan kerana ia akan memberi kesan kepada laluan udara di kawasan berkenaan. NOTAM dikeluarkan untuk memastikan roket dilancarkan dengan selamat dan tidak mengancam mana mana penerbangan. Semua penerbangan harus merancang laluan dan jadual mereka dengan teliti sama ada perlu merubah masa atau laluan mengikut kesesuaian


Click Image for MORE


Israel Berundur !! - Goyang atau Wayang ??

Pengunduran tentera Israel dari kawasan Khan Younis di Semenanjung Gaza adalah "lebih kepada langkah taktikal daripada konsesi perjanjian damai dengan Palestin” kata Dr. Hasan Selim Ozertem, seorang keselamatan dan politik yang berpangkalan di Ankara.


"Langkah-langkah ini kelihatan lebih taktikal, daripada langkah konsesi atau kompromi," kata Dr Ozertem kepada Sputnik, sambil menegaskan bahawa "tiada kemajuan tertentu atau serius berlaku antara Hamas dan wakil Israel" pada rundingan di Kaherah.


Menurutnya, pengunduran Pasukan Pertahanan Israel daripada Khan Younis mungkin untuk serangan Israel ke atas Rafah di mana ratusan ribu rakyat Palestin mencari perlindungan apabila Israel menyerang Semenanjung Gaza.


"Menarik diri daripada Khan Younis boleh membantu sesetengah orang awam untuk kembali ke rumah mereka, mengurangkan bilangan orang awam di sana. Jadi, ini juga boleh membantu mengurangkan korban awam dalam kemungkinan operasi di Rafah," kata Dr Overtem.


Langgan kepada @SputnikInt


☝ Menurut Menteri Pertahanan Israel pengunduran tentera Israel sebagai persediaan misi Rafah. Namun serangan udara terus dilancarkan ke atas Gaza.

Israel telah pun secara de Facto menguasai Gaza, cuma masalah Israel ialah rakyat Gaza yang berkumpul di Rafah. Sekiranya membunuh mereka semua akan kelihatan buruk di mata dunia terutama di mata rakyat Barat. 

Kemungkinan besar mereka akan Melakukan misi Rafah untuk memindahkan rakyat Gaza keluar dari Gaza melaui Jeti Gaza yang sedang dibina oleh Navy AS.

Namun hakikatnya Israel pasti akan dapat apa yang mereka mahukan iaitu merampas Wilayah Gaza. Kerana tiada yang dapat menghalang mereka kerana mereka di lindungi oleh Super Power dunia AS NATO ( yakjuj makjuj )

Melainkan Liga Arab setuju campur tangan ketenteraan dengan jaminan sokongan dari Rusia.

Manakala Iran hanyalah alat Israel untuk melemahkan Liga Arab di Timur tengah untuk menjamin keselamatan Israel dari serangan Gabungan Arab sebagaimana perang Arab Israel 1948, 1967, 1973.



Malam ni LAST Terawih..

Pagi nanti LAST Sahur..

Esok pulak LAST Puasa.. dan

Maghrib esok LAST Berbuka..


Harap Ramadhan Tahun Ni..

Bukan LAST Untuk Kita Semua.. 🤲☝


Dalam GURAU ada terkata,

Dalam BICARA terkasar bahasa,

Dalam TINDAKAN terguris rasa,

Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa..

 

Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,

Sekiranya ada salah dan dosa,

Ampun dipinta dihari mulia..


Ketupat pulut di atas para,

Hendak direbus di tepi perigi,

Whatapps dihantar pengganti kad raya,

Tanda ingatan di Aidil Fitri..


* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •

• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •

•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。

° 。 ° ˛˚˛ * Π*。*˚

˚ ˛ •˛•˚ *//~\。˚ ˚ ˛

˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN....



Macam Kena Tampar kan ? - Dhuha | Tahajjud | Sedekah -

Ada seseorang yang memperlakukan Solat Dhuha seperti Solat Wajib.
Alasannya kerana khuatir tidak mendapatkan rezeki.
Ada lagi pemuda yang tidak lepas Solat Dhuha setiap harinya demi mendapatkan bonus tempat di kerjanya.
Sementara dirinya selalu tertidur disaat Solat Subuh.

Di tempat yang berbeza ada yang mengukur banyaknya Tahajjud yang dilakukan dengan kejayaan.
Ada yang begitu banyak bersedekah tetapi demi mendapatkan cash back di tiap usahanya.

Seorang Tabi'in yang banyak berinteraksi dengan sahabat pernah ditanya, apakah surah didalam Qur'an yang paling sering membuat Para Sahabat menangis ?
Lalu dijawab : "Surah HUD."

Kemudian ditanyakan lagi ayat berapakah dari Surah tersebut yang membuat Para Sahabat menangis ?
Dan dijawab : "Ayat 15 - 16."

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:;

"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan."⁣

"Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan."⁣

( QS. Hud : Ayat 15-16 )
Inilah alasan kenapa Abdurahman bin Auf sering menangis ketika mendapatkan kenikmatan duniawi. Sahabat yang mulia ini khuatir bila kenikmatan di dunia saat ini merupakan nikmat akhirat yang disegerakan. Hingga kelak di akhirat tidak didapatkan lagi nikmat-nikmat itu.

Allahu.... 😭
Nau'zubillahiminzalik
⁣Luruskan lagi niat-niat kita.

Dhuha kita jangan diukur dengan bertambahnya rezeki,
Tahajjud kita jangan diukur dengan majunya bisness kita,
Sedekah kita jangan diukur dengan mewahnya rumah dan kenderaan.
Ukurlah diri kita dengan Para Sahabat Nabi saw yang mulia.
Seberapa bagus Dhuha, Tahajjud, dan Sedekah mereka dibanding kita ?
Sementara mereka banyak juga yang tidak hidup dalam kemewahan.⁣

Seperti AMIRUL MUKMININ UMAR BIN KHATTAB ra.
Kalau ukuran kejayaan semua kerana banyaknya Dhuha, Tahajjud dan Sedekah, maka tentulah orang-orang kafir tak ada yang berjaya.
Luruskan Niat...

Niatkan Dhuha sebagai sedekah untuk 360 ruas sendi kita,
Niatkan Tahajjud sebagai ibadah tambahan menutup yang kekurangan,
Niatkan Sedekah kita untuk memadamkan segala sifat-sifat buruk didalam diri kita.

.
.
.

Pesan Guru saya, Allahyarham Haji Rosli,Siroon;

"Kalau pun kita pandai,
janganlah dicakapkan sangat,

Kalau pun kita berani,
janganlah ditunjukkan sangat,

Kalau pun kita penakut,
janganlah dinampakkan sangat,

Kalau pun kita bodoh,
janganlah diterangkan sangat,

Kalau pun kita kaya,
janganlah dihebohkan sangat,

Kalau pun kita miskin,
janganlah diketarakan sangat,

IKHLASkan hidup hanya Allah swt."

.
.
.

"Salah satu sebab seseorang itu tidak mendapat hidayah daripada Allah swt kerana dia suka memuji dirinya sendiri."

- Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah ta'ala. - 

.
.
.

- Copy from Ukhti Nasyitah Ting -



"MENGAJI BIAR LAMA SIKIT" - Maahad Dirasat Syariah

"Satu jaa nak pesan, mengaji biar lama sikit". Kata Tuan Guru Hj Abu Bakar Hj Ismail, tok guru Pondok Nurul Bakriah, Kubang Semang.

Nak sempurna menuntut ilmu, mesti dalam masa 23 tahun. Menurut Tuan Guru, tempoh itu sempena turunnya Al-Quran dalam masa 23 tahun.

13 tahun pertama tu kena sabar. Macam-macam ujian akan datang yang buat kita mengalah. Kerana Rasulullah SAW pun di uji dengan bermacam ujian ketika fatrah makkah selama 13 tahun. Selepas tu, ujian akan berkurangan.

Tuan Guru Hj Abu Bakar Hj Ismail, tok guru Pondok Nurul Bakriah, Kubang Semang.


Kahwin

Kami tanya tuan guru soal kahwin. Nak mengaji lama, tapi duk fikir pasal kahwin macam mana. Kata Tuan Guru, umur 30 molek lah kahwin. Tapi jangan diatas umur 35 tahun. Nak cari pasangan, cari yang muda dari kita, paling kurang 5 tahun lebih muda. Isteri tok guru sendiri muda 11 tahun berbanding beliau. Tuan guru tanya dua orang dari kami, umur berapa, beliau bagi irsyad suruh mengaji tujuh tahun lagi, biar cukup umur 30 dan 34. Allahurabbi..

Kerja

Kami tanya tuan guru tentang kerja, untuk nafkah dan biaya mengaji.
Pesan tuan guru,
"Allah SWT turunkan 1000 rahmat, 999 untuk ulama dan penuntut ilmu, 1 rahmat untuk selain mereka. Buat apa duk berebut yang satu tu.."

Tuan guru cerita, masa mengaji di pondok dulu, habis 50 sen sahaja untuk satu minggu. Beliau makan hanya satu cawan beras sehari, masak tengahari untuk 2 kali makan. Setiap hari tambah kacang dalam sukatan, sebelum masak, kacang dibuang supaya sukatan beras berkurang. Begitulah seterusnya, agar makannya sedikit.

Allah Taala janji rezeki penuntut ilmu. Beliau tak ada jawatan atau bisnes apa pun,tanah pusaka satu pun tak ambil, serahkan kepada adik beradik, hanya mengajar di pondok, tetapi beliau boleh beli rumah berharga setengah juta dan kereta untuk setiap oran anak. Berkat yakin pada Allah.

Tuan guru cerita lagi, beliau tak makan nasi selama 5 tahun. Hanya minum susu sahaja. Tapi tatkala tuan guru teringin nak makan sangat, beliau bermimpi, makan dalam mimpi. Bila bangkit, rasa kenyang untuk 2 minggu. MasyaAllah.



World War 3 : Tanda terakhir ialah bila Internet telah DIMATIKAN !!

Pangkalan tentera rahsia CIA sedang "bersiap sedia untuk peningkatan" terhadap selatan dan timur Venezuela dari Wilayah Essequibo, yang dipertikaikan dengan Guyana, kata Presiden Venezuela Nicolas Maduro.


Menurut Maduro, Irfaan Ali "tidak mentadbir Guyana" melainkan "Guyana ditadbir oleh Markas Selatan, CIA dan ExxonMobil."

⚠☢ AS bergegas mengerahkan peluru berpandu jarak pertengahan berkemampuan nuklear di Asia

Dalam provokasi langsung China, Panglima Tentera AS, Jeneral Charles Flynn semalam mengulangi rancangan AS untuk mengerahkan 'keupayaan tembakan ketepatan jarak jauh' di rantau Asia Pasifik.

Penempatan itu adalah yang pertama sejak Washington dan Moscow memuktamadkan Perjanjian Angkatan Nuklear Jarak Pertengahan (INF) pada 1987.

Perjanjian itu runtuh pada 2019 apabila AS menarik diri untuk meneruskan Strategi Indo-Pasifiknya, termasuk mendirikan "tembok peluru berpandu" di Rangkaian Pulau Pertama, merangkumi Jepun, Taiwan, dan Filipina.

Jepun dan Guam dalam apungan sebagai tapak hosting yang berpotensi.

Flynn tidak mendedahkan jenis sistem, tetapi dilaporkan sistem Typhon berasaskan darat yang mampu melancarkan Tomahawks dengan jarak antara 1,250 km hingga 2,500 km, dan SM-6 baru, dengan jarak 500 km hingga 2,700 km. 

Sistem ini mungkin berubah menjadi Pelancar tembakan Jarak Jauh, yang tidak mempunyai halangan mobiliti yang dihadapi oleh Typhon.


Tanda-tanda perang nuklear sudah hampir dari perspektif ketenteraan ialah bila berlakunya perkara berikut:

1. Penempatan peluru berpandu AS di Eropah Timur, Jepun dan Korea Selatan.
2. Penempatan pengebom nuklear AS di Eropah; Pengebom B-52, B-1, dan pemgebom B-2.
3. Pemasangan Peluru Berpandu Anti Balistik (ABM) atau Sistem Pertahanan Peluru Berpandu Balistik (BMDS) oleh negara-negara Eropah.
4. Penempatan pengebom pejuang F-35 AS di Eropah atau perolehan F-35 buatan AS oleh negara-negara Eropah. Ini kerana pengebom pejuang ini direka untuk membawa bom nuklear taktikal B61.

" Tanda terakhir ialah bila Internet telah dimatikakan. "

Peringatan Ulangan : Menjelangnya Hari Raya Aidilfitri Setiap Tahun

Dengan peningkatan yang signifikan dalam jumlah kunjungan dan penyertaan pengguna aplikasi komunikasi dua hala digital Zello menjelang musim perayaan, terutama perayaan bagi umat Islam di seluruh negara, adalah penting untuk memastikan kepatuhan terhadap etika komunikasi dan tingkah laku yang baik di dalam Zello apps. Anjuran ini juga merangkumi penggunaan saluran Komuniti PTT Zello Channel Lebuhraya Utara-Selatan dan Komuniti PTT Zello Channel Rakan COPS PDRM, yang mungkin akan mengalami sesak akibat peningkatan pengguna.

Yahya A Rahman
Operation Head Taxi Exora Services


Sebagai langkah proaktif, sekurang-kurangnya 10 moderator akan bertindak dalam memastikan keharmonian dan ketertiban saluran, di mana sekurang-kurangnya 3 daripadanya akan aktif selalu dalam pengawasan saluran tersebut. Untuk memastikan keselamatan dan keamanan para pengguna, perkongsian maklumat berkaitan kerja penguatkuasaan badan-badan kerajaan di lebuhraya tidak dibenarkan di saluran Zello tersebut. Pengguna yang tidak mematuhi peraturan mungkin akan dikeluarkan tanpa sebarang peringatan daripada moderator.


Sambutan penuh kasih dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengguna yang akan menyambut bulan puasa dan hari raya. Ingatlah untuk mematuhi had laju kebangsaan dan memberi tumpuan kepada keselamatan dan kepatuhan. Terima kasih.

 pastikan juga setiap pengguna mengikuti panduan yang telah ditetapkan untuk memastikan pengalaman berkomunikasi yang berkesan dan memberi manfaat kepada semua. Kita perlu memupuk semangat kesepaduan dalam komuniti, tidak kira agama atau kepercayaan yang dianuti.


Selain itu, amalan saling menghormati antara pengguna Zello adalah kunci untuk memastikan persekitaran komunikasi yang positif dan saling mendukung. Setiap interaksi perlu dijalankan dengan penuh hormat dan berhati-hati tanpa menyinggung perasaan individu lain.

Di tempat-tempat ramai seperti saluran Zello yang disebutkan sebelumnya, kehadiran moderator adalah penting untuk mengawasi situasi dan menangani sebarang isu yang mungkin timbul dengan cepat. Mereka perlu bertindak dengan adil dan telus dalam menjaga keamanan dan ketertiban saluran tersebut.



Sebagai pengguna Zello, marilah kita sama-sama menjaga keamanan, keselamatan, dan integriti dalam berkomunikasi, terutama menjelang musim perayaan yang mendatang. Dengan kefahaman yang sama, kita mampu menjalin hubungan yang harmoni dan bermakna antara sesama pengguna. Selamat berkomunikasi dan selamat menyambut hari raya kepada semua pengguna!

KPTTLUS : Komuniti PTT Zello, Channel : Lebuhraya Utara-Selatan - " Kami Bukan Tak tahu, tapi Kami Bukan Pakar "

Subscribe Us

Ilmu Akhir Zaman

Harga Bitcoin Hari Ini

✓ Kami Lepak Sini

BBNU Biz !

. 🔥 Cara Pantas - Diam², Buat Duit !! . . Bantuan Segera ? Cepat !!! ❤️Whatsapp ✓ 60134500320 .