Syarikat dan kepakaran tempatan - Orang Terengganu !

 Rakyat Malaysia sedar atau tidak. Kapal nelayan paling moden di negara ini berjaya dibina oleh syarikat local daripada negeri Terengganu. 



Kapal ini merupakan Kapal kategori C2 dibina sepenuhnya daripada besi keluli. Kategori C2 boleh beroperasi sehingga ke laut dalam bermula 30 sehingga 200 batu nautika.

Kapal yang boleh menampung hasil laut sehingga 120 tan. Kelajuan maksimun sehingga 11 knot. Dan boleh berada di lautan selama 10-14 hari. 

Kapal ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada krew.
Buat masa ini, kapal nelayan inilah yg paling canggih dibina oleh syarikat tempatan dan kepakaran tempatan. Orang Terengganu!

Ini bukan import komponen kemudian pasang di Terengganu yer! Ini sepenuhnya daripada zero sehingga finishing. Hanya sahaja mungkin part enjin import daripada luar.

Seharusnya rakyat Malaysia merasa bangga anak melayu tempatan memiliki kepakaran di dalam bidang perkapalan berteknologi tinggi. Malah syarikat ini juga adalah milik Bumiputera.

Syabas buat semua yg terlibat. Dan kapal ni tidak dibuka sewa untuk pergi candat sotong. 
Hehe

Post a Comment

0 Comments