Nadi Trafik 960KM PLUS - 24/7

Komuniti PTT Zello Lebuhraya Utara-Selatan Menghubungkan Ribuan Pemandu - Bergerak Solo 2026

Di sebalik kesibukan Lebuhraya Utara-Selatan yang membelah Semenanjung Malaysia sejauh 960 kilometer, KPTTLUS bertapak kukuh sebagai nadi maklumat trafik masa nyata. Dengan lebih 15,000 pendengar aktif dan 203,700+ kiriman X, kami kekal menjadi sahabat perjalanan anda - kini bergerak solo dengan fokus semula kepada misi asal: hebahan trafik lebuh raya yang sahih dan boleh dipercayai.

0
Pendengar Aktif 24/7
0
Liputan Lebuhraya PLUS
0
Kiriman X Trafik
0
Tahun Beroperasi (2012-2026)
"Kami Bukan Tak Tahu, Tapi Kami Bukan Pakar"
Moto Rasmi KPTTLUS - "Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah" (Moto Rasmi KPTTRC)

Dari 2012 Hingga 2026 - Episod Kehidupan KPTTLUS

Setiap episod telah membentuk identiti komuniti ini - daripada kegemilangan awal sebagai saluran trafik perintis, kepada pembentukan KPTTRC, hinggalah kehilangan yang meninggalkan kekosongan kepimpinan.

2012
Kelahiran KPTTLUS
Komuniti PTT Zello Channel Lebuhraya Utara-Selatan ditubuhkan sebagai platform hebahan suara trafik pertama di Malaysia, menggunakan Zello sebagai medium komunikasi.
Peralihan Callsign
Dari |[LUS]| ke |[PDRM]| dan |[AWAM]|
Apabila Channel RC diciptakan dan diintegrasikan dengan Rakan Cop PDRM, format callsign |[LUS]| ditamatkan sementara untuk memberi laluan kepada |[PDRM]| (ahli rasmi PDRM) dan |[AWAM]| (ahli awam).
Krisis
Kembalinya Tuan Tanah RC ke Rahmatullah
Kehilangan tuan tanah Channel RC memberi impak besar - tiada pengganti dilantik, komunikasi kurang, dan sambutan komuniti menurun. Portal KPTTRC tidak lagi dikemas kini dengan kerap.
2026
Rangka Baharu - KPTTLUS Bergerak Solo
Moderator aktif yang masih tinggal sedang menilai semula struktur organisasi. KPTTLUS kembali ke pangkal jalan - bergerak solo, fokus kepada misi asal, dan diterajui oleh moderator aktif untuk melaksanakan misi yang belum selesai.

Platform Rasmi KPTTLUS dan KPTTRC

Akses kesemua platform hebahan, rangkaian sosial, serta blog rasmi yang menguasai sistem maklumat komuniti kami.

Format Callsign Rasmi KPTTLUS

Setiap ahli menggunakan callsign sebagai pengenalan diri dalam saluran Zello.

Format Keterangan Status
43650|[LUS]|airbort Format Asal - Poskod lokasi pendaftaran + identiti channel + username pilihan ahli Aktif Semula
RC001|[PDRM]|SiLent_DaD Ahli yang bergabung secara rasmi dengan Rakan Cop PDRM Aktif
|[AWAM]|Username Ahli awam yang menyertai komuniti tanpa penglibatan rasmi PDRM Aktif
DIHIDUPKAN SEMULA

Format Asal Callsign KPTTLUS

Selari dengan semangat bergerak solo 2026, format asal callsign KPTTLUS dihidupkan kembali sebagai identiti rasmi ahli berdaftar komuniti. Format ini merujuk kepada struktur penubuhan asal yang menggabungkan maklumat lokasi geografi, identiti saluran, dan pilihan peribadi ahli.

43650 Poskod Lokasi | [LUS] Identiti Channel | airbort Username Pilihan
  • 43650 - Poskod lokasi semasa pendaftaran ahli. Merujuk kepada lokasi geografi ahli.
  • |[LUS]| - Identiti rasmi channel KPTTLUS. Penanda komuniti Lebuhraya Utara-Selatan.
  • airbort - Username pilihan ahli semasa mendaftar. Digunakan sebagai identiti ahli berdaftar di dalam channel.
Nota Penting: Penggunaan callsign ini adalah sebagai identiti ahli berdaftar sahaja. Tiada peraturan yang mewajibkan penggunaannya semasa berzello - ahli bebas menggunakan mana-mana format callsign. Namun, penggunaan identiti rasmi ini amatlah dihargai sekiranya dituruti.

Pentadbiran dan Moderator KPTTLUS

Modul pentadbiran komuniti - data akan dikemas kini dari semasa ke semasa selari dengan pelantikan rasmi.

Kemas Kini Sedang Berjalan - Maklumat pegawai pentadbiran dan moderator akan dikemas kini oleh pihak pengurusan KPTTLUS selepas proses pelantikan rasmi selesai.
P
Pengerusi
- Belum Dilantik -
Dalam Proses
T
Timbalan Pengerusi
- Belum Dilantik -
Dalam Proses
S
Setiausaha
- Belum Dilantik -
Dalam Proses
B
Bendahari
- Belum Dilantik -
Dalam Proses
M
Ketua Moderator
- Belum Dilantik -
Dalam Proses
A
Admin Trafik
- Belum Dilantik -
Dalam Proses

Ahli Berdaftar KPTTLUS Mengikut Negeri

Statistik keahlian mengikut lokasi geografi seluruh Malaysia - data akan dikemas kini secara berperingkat.

JH
Johor
- ahli berdaftar
KD
Kedah
- ahli berdaftar
KN
Kelantan
- ahli berdaftar
MK
Melaka
- ahli berdaftar
NS
Negeri Sembilan
- ahli berdaftar
PH
Pahang
- ahli berdaftar
PR
Perak
- ahli berdaftar
PS
Perlis
- ahli berdaftar
PP
Pulau Pinang
- ahli berdaftar
SB
Sabah
- ahli berdaftar
SW
Sarawak
- ahli berdaftar
SL
Selangor
- ahli berdaftar
TR
Terengganu
- ahli berdaftar
KL
WP Kuala Lumpur
- ahli berdaftar
LB
WP Labuan
- ahli berdaftar
PJ
WP Putrajaya
- ahli berdaftar

Mengapa Zello Walkie-Talkie?

🔊

Suara Jernih dan Bebas Gangguan

Tidak seperti radio VHF/UHF, Zello tidak terjejas oleh gangguan frekuensi atau had jarak.

⏪

Audio History Replay

Hebahan suara boleh diputar semula - pendengar yang terlepas maklumat penting boleh mendengarnya kembali.

🚗

Sokongan Butang PTT Bluetooth

Pemandu boleh menekan butang fizikal pada stereng atau kit kereta untuk bercakap, mengurangkan gangguan semasa memandu.

📴

Tanpa Perlu Lihat Skrin

Komunikasi suara real-time tanpa memerlukan pengguna memandang skrin telefon - satu ciri kritikal untuk pemandu.

Tatatertib Komuniti KPTTLUS

Kepatuhan kepada peraturan adalah kunci kelestarian komuniti yang beretika dan dihormati.

🚫

Borak Kosong DILARANG

Saluran InfoChannel dikhaskan hanya untuk hebahan trafik dan maklumat berkaitan perjalanan. Sebarang perbualan tidak berkaitan akan disingkirkan.

⛔

Larangan Roadblock dan Speedtrap

TIADA sebarang informasi sekatan jalan raya (roadblock), perangkap had laju (speedtrap) atau seumpama dengannya. Pelanggar akan disingkirkan tanpa notis.

✅

Etika Penyampaian Maklumat

Ahli digalakkan menyampaikan maklumat trafik dengan tepat, ringkas, dan sahih. Prinsip ini selari dengan moto komuniti.

Berita dan Artikel Komuniti

💬 LUS ChatBot Online
Salam! Saya LUS ChatBot, pembantu maya rasmi komuniti KPTTLUS. Saya hanya boleh menjawab soalan berkaitan KPTTLUS, Zello PTT, trafik Lebuhraya Utara-Selatan, callsign, KPTTRC, Rakan Cop PDRM, dan platform sokongan rasmi komuniti ini.
Contoh soalan: "Macam mana nak join Zello?", "Apa itu format callsign?", "Siapa founder KPTTLUS?", "Apa peraturan komuniti?"