Pakcik Ethopia tak pakai kotinos ( crown daun olive tu ) di kepala

Kontroversi b0lk0t Zus Coffee!?

Baru2 ni, syarikat coffee Zus, produk buatan Malaysia dilanda kontroversi pula kerana berkolaborasi dengan Adidas. Yang juga antara jenama tersenarai b0lk0t.

Ramailah yang marah dan kata nak b0lk0t!

Jujurnya, saya tak pernah pun mencuba Zus sebab kat Dubai tak ada. Kalau Starbucks tu dah memang tersenarai dalam senarai b0lk0t.

Sebabkan ramai b0lk0t Starbucks la, Zus Coffee meningkat keuntungan sebab dilihat sebagai alternatif kedai coffee. Dan keuntungan mereka berlipatkali ganda meningkat! 

Dengan pantas pengurusan Zus meminta maaf kerana terlepas pandang isu ini dan berjanji tak akan buat lagi. Ada yang kata mereka takut kena b0lk0t. Sebab tu cepat2 minta maaf.

Apa pendapat anda?

Penangan b0lk0t hari ini memang membuatkan pemilik syarikat dan jenama lebih berhati-hati. Perniagaan yang untung berjuta, boleh ranap jatuh mendadak penangan b0lk0t.

Oleh kerana b0lk0t...

Keuntungan Starbucks telah jatuh 15% sejak beberapa bulan lalu. Beratus juta juga tu! Tapi Starbucks (US) tak mengaku sebab b0lk0t. Kata mereka sebab "perubahan cuaca" dan kurang orang melawat kedai...

Manakala big boss Starbucks Malaysia Tan Sri Vincent Tan juga minta orang ramai tidak b0lk0t Starbucks. Maklumlah mengalami kerugian berpuluh juta ringgit.

McDonalds juga mencatat kejatuhan keuntungan. Sehingga syarikat utama (US) membeli cawangan-cawangan di Israhell. Yang ni saya tak berapa jelas. Kenapa depa beli ya? Ada yang kata sebab nak bail-out dan bantu cawangan Israhell. Hmmm... kalau betul...

Dulu2 usaha b0lk0t orang acah2 je tak serious sejak saya menulis mengenai ini lebih 10 tahun lalu. Tapi kali ini impaknya sehingga pemilik perniagaan pun lebih takut pada impaknya. Betul tak? 

Anda sudah b0lk0t/tak beli jenama apa sejak beberapa bulan lepas? Cuba share!

Betul la apa orang kata "Hit them where it hurts most - their pockets!". Bila mereka nampak keuntungan akan jatuh, mereka akan lebih berhati-hati.

=======

Hari ini saya akan kendalikan kelas online percuma untuk mereka yang nak mulakan perniagaan online dari rumah, tapi tak tahu langkah pertama dan tak tahu nak jual apa.

Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan online dari rumah, jom sertai kelas percuma "Nak Jual Apa? Mulakan Perniagaan dari ZERO!". Saya kongsikan langkah pertama untuk anda mulakan perniagaan dari rumah! 

Jommm daftar di : 
👉 www.NakJualApa.com

-ik
dubai


Satu yang saya tak berkenan sangat dengan Zus Coffee ni adalah masa depa spin kata logo mereka BUKAN berdasarkan dewa "Zues" dan come up dengan alasan itu Pakcik Kaldi yang jumpa coffee di Ethiopia.

Come on la, Pakcik Ethopia tak pakai kotinos ( crown daun olive tu ) di kepala ya. Tu dah memang terang2 dewa Zeus.

Tapi, kalau sebab logo je, bukanlah sebab untuk di boikot atau tak minum... cuma saya tak berkenan sebab depa spin! Pendapat peribadi je... apa pun, moga apa sahaja perniagaan buatan Malaysia bertambah maju!

Post a Comment

0 Comments