30 April 2013

Interview dan Kisah Temuduga ...

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

25 April 2013

Koleksi Hadith Pendek

Ujian atau Bencana yang menimpa perlu diterima dengan rasa syukur kerana :-

Sabda Rasulullah S.A.W :

" Allah S.W.T pasti akan menguji salah seorang dari kamu dengan
sesuatu kesusahan, seperti halnya salah seorang dari kamu menguji
emasnya dengan api. Sebahagian dari mereka, ada yang berjaya keluar
dari cubaan Allah seperti emas murni dan sebahagian yang lain, ada
yang keluar seperti emas yang hitam.

Hadith Riwayat At-Tabrani.

24 April 2013

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini .
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.

Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar...

Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Jalan 1/5, Fasa 1 Bahagian C, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
http://surau-al-ittihad.blogspot.com

23 April 2013

Boring tak tau apa nak di post hari ini ... Jangan marah tu kawan-kawan

Pada satu hari tersebut ler kisah sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah pondok yang kecik jer. Walau pun kecik mereka hidup aman bahagia. Tapi kan, depa nie ada satu kebiasaan pelik, setiap kali kalau depa nie nak beromen atau nak main malam tu, depa saling bagi tau antara satu sama lain dan berdiskus supaya buleh ler depa buat persediaan aper yang patut.

Pada satu minggu tu, mak bapak si isteri sering plak ler melawat depa nie. Nak dijadikan citer, lamer la plak depa nie menumpang. So, slack ler sikit dan tak dapat ler depa berdiskus. Kalau dapat diskus pun, limited benda-benda yang open jer beb. So depa pun tunggu ler sampai kedua mak bapak si isteri tu balik. Balik jer, si suami pun mendapat satu idea yang bernas gitu dan berbincang ler dengan isteri

suami: Syg,bila mak bapak syg ada sini,kalau kita nk projek,nnti abg kata,mlm ni kena basuh kain tau.. jd syg fahamlah yg mlm tu abg nk main..

isteri: Ok bang..

So,pada 1 hari tu,diorg bdua nie bertengkar la plak,pastu gaduh2 selisih paham la plak.Sbb masing2 merajuk & tensen.diorg pn x bertegur sapa.after 2 hari lepas gaduh tu, si suami tu nak projek le ngan wife dier tu, tapi takut si isteri tak nak layan dier, si suami pun panggil anak dier menyampaikan pesan.

Suami : Atan, pi habaq kat mak, malam ni dia kena basuh kain.

Atan pun pergi ler jumpa mak dier dan cakap.....

Atan : Mak, mak.. abah kata malam ni mak kena basuh kain.

Suami : Pi habak kat bapak, mak kata WASHING MACHINE ROSAK ..kena services bagi dalam dia clean, kalau tak nanti air clorox melimpah keluar..

Atan pun bagi ler tau bapak dier. Si suami pun frust nonggeng le, tapi walau camner pun dier tunggu. Tunggu-punya tunggu, mak bapak si suami plak datang melawat. So si suami pun panggil anak dier untuk menyuruhnyer bagi pesan yang sama.

Suami : Atan, pi habaq kat mak, malam ni dia kena basuh kain, dah banyak dok simpan..

Atan pun gi ler jumper mak dier, pas tu dier datang balik jumper bapak dier dan bagi tau................

Atan : Mak kata, abah ni tak faham ka ..WASHING MACHINE DOK ROSAK LAGI.. simpanlah dulu ...

seminggu kemudian, mak bapak si suami pun balik ler ker rumah. Si isteri pun terfikir yang aper guna-guna gaduh-gaduh, baiklah berbaik semula. Dier pun dah lama tak projek, jadi dier pun panggil ler anak dier untuk mengajak suaminya projek.

Isteri : Atan, pi habaq kat bapak, mak kata WASHING MACHINE DAH BAIK, malam ni boleh basuh kain ..

Atan pun pergi ler jumper bapak dier..... pas tu dier jumpa mak dier balik dengan jawapan dari ayah atan tu..............

Suami : Pi habaq kat mak... Bapak kata tak payahlah nak basuh kain malam ni ..BAPAK DAH BASUH PAKAI TANGAN.

Perihal Tiga Perkara ...

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata
3. Kesempatan

 Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam 😈

 Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

 Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang 👪
2. Cinta 
3. Kebaikan

 Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan  💸
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

 Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

 Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus 👓

 Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki 🏡
2. Umur 
3. Jodoh 

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian.

Ya اللّه , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan &  lancarkan segala pekerjaannya..

Kirimlah kpd sahabat-sahabat yg kamu SAYANGI.. 💕

Daripada : Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com

22 April 2013

Selamat Hari Lahir Bro !!! - 22hb. APR 2013.

Terima kasih kerana mengucapkan ...
Yg kedua selepas si-dia semalam
Dan yang terakhir ...

MuahahahahangetttToreyyyy

Komuniti PTT Zello . Channel : Lebuhraya Utara-Selatan
http://kpttlus.blogspot.com

19 April 2013

Hati2 muat turun perisian ...

Wahhh... Wah wah ... Belum pun lagi singgah angka "50% completed" ... Pak sedara dah hantar memo ... Hadehh hadehh hadehhh ... Meluat betol kalau keje x siap lagi ... Ada je anasir yang cuba buat onar ... MuahahahHangetttToreyyy

Hape pun x leyhh cenggini ... Apa boleh buat ... Hidup untuk memberi ...

Hati2 tu rerakan ... Jgn nak sedap je ... Download sana download sini ... Nanti signal keparit ... 'roadtax' tamat tempoh ....

Mujurlah Maybank bukak 24Jam ... Leh le topup topup .... Tambahkan 'power'  signal internet ....

Kalau 'roadtax' nak tamat tempoh ... Memang le line selalu melingkop !!! ... Choiiii ...

Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Jalan 1/5, Fasa 1 Bahagian C, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
http://surau-al-ittihad.blogspot.com

Well Done !!! Walaupun tanpa capaian access internet ... Fungsi masih lagi OK OK ...

" Tak salah mencuba ... Tapi jangan terlalu mengharap ... "

Berani ??? ... Cubalah ...

Tempahan Makanan dan Minuman - Catering / Katering - Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
http://umizacafe.blogspot.com

Joint Management Channel ver. Zello.com

Sent from my Xperia™ smartphone

Muat turun perisian di sini ...

http://www.4shared.com/rar/MnfGlHTL/PapagoM9_SDC.html

Pokok Bunga Kertas / Penjagaan, Jualan, Sewaan dan Kerja Baikpulih termasuk Baja Organik 100% Hasil Tangan.
http://idealanskap.blogspot.com

Wa ma ho laq tul jin na wal ins il la li ya' bu dun ... " Tidak dijadikan akan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-Nya "

Pokok Bunga Kertas / Penjagaan, Jualan, Sewaan dan Kerja Baikpulih termasuk Baja Organik 100% Hasil Tangan.
http://idealanskap.blogspot.com

15 April 2013

Ada Perkara Kita Boleh Berlawak...ADA YANG TIDAK

Dikongsikan secara meluas dilaman media sosial...terkejut la juga...tapi kenapa ?... Diharapkan ada pengajaran ...

Komuniti PTT Zello . Channel : Lebuhraya Utara-Selatan
http://kpttlus.blogspot.com

12 April 2013

KEHILANGAN MOTORSIKAL 12/04/2013 - PULAU PINANG

Check out this conversation from Zello http://zello.me/0X5b

Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com

Callsign Rakan Rasmi - [ PDRM ] / [ AWAM ] ...

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia ...

" Kenapa terdapat perbezaan dalam callsign-callsign rakan rasmi di channel rakan cops pdrm ? dan kenapa ? "

1. RCXXX|[PDRM]|CallSign,
2. RCXXX|[AWAM]|CallSign dan
3. lain-lain callsign.

Anggota PDRM
Orang Awam dan
Pelbagai.

[PDRM], hanya dibenarkan penggunaannya kepada Anggota PDRM Rasmi sahaja, dimana Nombor Keanggotaan akan diminta untuk semakan.

Siapa yang akan membuat semakan ?,
Callsign RC001|[PDRM]|SiLent_DaD akan buat pengesahan Keanggotaan untuk mempastikan keanggotaan.

Kenapa ?,
Aktiviti penyamaran adalah sangat dititikberatkan. Terlalu banyak kemungkinan dirasakan akan wujud apabila penggunaan ptt disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimana ?,
Disebabkan tidak semua rakyat malaysia menggunakan ptt, ditambah pula segelintir sahaja yang menyertai jaluran rakancops versi zello, terdapat kemungkinan penyamaran berlaku terhadap orang awam walau dimana sahaja melalui penggunaan ptt.
( Salah satu kerisauan, namun masih ada pelbagai lagi yang juga difikirkan ).

TAK FAHAM ?
" Mesti wujud manusia poyo, yang berlakon dan berkomunikasi cara radio ( konon2 dia anggota keselamatan kerajaan ) bertindak mengaburi mata mangsa dengan seribu satu niat - dalam kes ini, KAMI RISAUKAN KEMUNGKINAN AKTIVITI PEMANGSA DENGAN NIAT YANG TIDAK BAIK !!!... ". Sebelum berlaku, adalah baik pengenalan diri dikenalpasti terlebih dahulu.

[AWAM], bermaksud orang awam. Termasuklah tentera, rela, sukarelawan polis, orang biasa dan juga anggota polis. PENING ?, tidak semua anggota mahu mempamerkan pengenalan diri maka jadilah sekelian mereka orang awam. Walaubagaimanapun, mereka lebih mengetahui kenapa ?.
ANGGOTA YANG MENJADI AWAM TIDAKLAH KAMI RISAUKAN. TETAPI JIKA ORANG AWAM MENYAMAR ANGGOTA ADALAH AMAT KAMI TIDAK SETUJU.

PELBAGAI, bermaksud callsign-callsign selain yang callsign rasmi rakancops versi zello.
Penggunaan callsign rasmi BUKAN SATU KEWAJIPAN ! dan TIADA PAKSAAN.
Walaupun demikian, andainya anda konsisten di dalam jaluran channel adalah digalakkan guna callsign rasmi sebagai tanda sokongan padu anda  ( lebih-lebih lagi yang rajin "beroger" ).

" JASA BAIK ANDA AMATLAH KAMI ALU-ALUKAN. JANGAN BUAT ONAR DI CHANNEL SENDIRI APATAH LAGI CHANNEL ORANG LAIN SEMASA MENGGUNAKAN CALLSIGN RASMI SEBAGAI TANDA ANDA MENGHORMATI ".

Maklumat dan penjelasan lanjut boleh hubungi mana-mana Rakan Moderator Channel : Rakan COPS PDRM ( lebih-lebih lagi 'Tuan Tanah - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD' ).

Wallahua'lam.

Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com

Kes Pukul Ketua Kelas oleh Pelajar di Pulau Pinang ... Update terkini ...

Check out this message from Zello http://zello.me/wS5b

Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com

Al-Fatihah kepada Koperal Nawi

Sent from my Xperia™ smartphone - 43650|[LUS]|airbort - http://kpttlus.blogspot.com

Rakan Komuniti PTT Zello

Kalau singgah jemput Jejak-Kasih...

Callsign : 16688 a.k.a " Azroy "
Lokasi : Kampar, Perak Darul Ridzuan. http://zello.me/WF5b

Sent from my Xperia™ smartphone - 43650|[LUS]|airbort - http://kpttlus.blogspot.com

THINK BEFORE YOU SPEAK ...

Sent from my Xperia™ smartphone - 43650|[LUS]|airbort - http://kpttlus.blogspot.com

07 April 2013

How to Screen Capture on Xperia Miro.

<br>To capture the image that is on the screen of your xperia miro, possibly Xperia Tipo and Xperia J, simply put pressure on the key &quot;off&quot; button and &quot;volume ( sound ) -&quot; simultaneously.

02 April 2013

Penamatan "Pendaftaran Rakan Rasmi KPTTLUS" - Berkuatkuasa SERTA MERTA.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia ...

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Proses Pendaftaran Rakan Rasmi KPTTLUS sepertimana sebelum ini DITAMATKAN serta merta mulai hari ini - 02 / April / 2013.

Ini kerana memberi laluan kepada proses-proses kerjasama untuk menambahbaikkan jalinan kerjasama antara Channel : Lebuhraya Utara-Selatan dan Channel : Rakan COPS PDRM yang telah sekian lama terjalin.

Sehubungan dengan itu, semua penggunaan CallSign |[LUS]| akan dimansuhkan sepenuhnya. Jasa baik rakan2 terdahulu atau yang akan datang untuk melakukan isian Borang Online terbaharu di laman sesawang Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM ( http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com ).

Bagi rakan2 Moderator Channel : Lebuhraya Utara-Selatan, "pedang" akan diberi kepada setiap 2 signboard. Signboard "asal" dan Signboard RCXXX. ( Diulangi, SEMUA CallSign |[LUS]| ditamatkan SEPENUHNYA ).

Sebarang maklumbalas boleh terus berhubung melalui SEMUA medium pengantaraan, Email, Blog, Facebook dan Twitter.

Sekian, mohon ampun dan maaf sekiranya perubahan ini menambahkan kesusahan semua rakan2 KPTTLUS. Walaubagaimanapun, semoga dengan perubahan ini, pengurusan channel akan lebih bertambah baik dari semasa ke semasa - InsyaAllah.

"Setiap hari itu adalah tempoh pembelajaran, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Kita tidak dilahirkan dengan terus pandai berlari ... sebaliknya dilatih dengan mengesot, merangkak, bertatih, berjalan dan barulah berlari ... walau kini kita pandai berlari ... tiada jaminan kita tak akan jatuh ... ".

Semoga pembelajaran kita ini dirahmati dan diterima semua golongan dan lapisan masyarakat yang menggunakan Jaluran2 Komuniti PTT Zello ( Channel : Lebuhraya Utara-Selatan dan Channel : Rakan COPS PDRM ) khasnya.

Akhirkalam, harap ampun dan maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki andaikata tindakan ini menyusahkan. terima kasih berjuta2 lemon, andai menyokong perkembangan terbaru ini. Segala yang baik itu dari DIA, dan kekurangan itu dari kita2 semua.

Wallahua'lam. Sekian.




Update Terkini - Channel kerjasama KPTTLUS

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia ...

Berikut merupakan channel2 yang bergerak rapat seiring KPTTLUS, 

Rakan COPS PDRM | Status : Channel Info ++ Borak / Sembang

PLUS IUS | Status : Channel Info ++ Borak / Sembang

BenangBiruGroup | Status : Channel Info ++ Borak / Sembang

DriftKing 69 | Status : Channel Info ++ Borak / Sembang

Bandar Melaka | Status : Channel Info ++ Borak / Sembang

R&R PLUS | Status : Channel Info ++ Borak / Sembang

Masuk Ikut Pintu - Jangan Ikut Tingkap ( Terma dan Syarat Channel LUS )

Channel : Lebuhraya Utara-Selatan

Channel Status :-
00:30 tghmlm - 6:30 pg ( OPEN Channel )
6:31 pg - 00:29 tghmlm ( Info Sepenuhnya )

PENDAFTARAN RAKAN RASMI KPTTLUS
250 Pertama adalah SANGAT DIPERLUKAN.
Sokongan anda diucapkan Terima Kasih.

Format :-

"*****|[LUS]|CallSign" adalah pengenalan diri Rakan Rasmi KPTTLUS dan sebilangan yang TERPILIH merupakan Skuad Pemantau ( Channel's Moderator ).

Tujuan :-

Pusat Perkongsian Informasi Trafik ( Kesesakan, Kemalangan, Lencongan, Penutupan Jalan, Tanah Runtuh, Banjir ) & Cuaca Sepanjang Lokasi Lebuhraya Utara-Selatan. Termasuk Perkongsian Informasi Trafik Bandar-Bandar Utama Seluruh Semenanjung Malaysia.

Peringatan !!! :-

24 Jam Perkongsian Hebahan Lokasi Sekatan Jalan ( Roadblock ), Perangkap Had Laju ( Speedtrap ), Sistem Penguatkuasaan Automatik ( AES ) dan Seangkatan Dengannya adalah DILARANG !!! atau ANDA akan DISINGKIRKAN !!!.

Daripada :-

" Rakan Pengurusan + Moderator KPTTLUS ".

" Kami Bukan Tak Tahu, tapi Kami Bukan Pakar "

Rakan Rasmi KPTTLUS sebagai "Pengarang" di http://kpttlus.blogspot.com

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia ...

Sila ambil perhatian kepada semua Rakan Rasmi KPTTLUS yang menerima email jemputan sebagai Rakan Pengarang di http://kpttlus.blogspot.com. Anda adalah dicadangkan untuk menghantar apa juga hebahan ke Blog Komuniti sekurang2 satu hebahan ( satu entri ).

Sebaliknya, keistimewaan tersebut akan diberikan kepada Rakan Rasmi KPTTLUS yang lain sekiranya anda didapati TIDAK BERMINAT untuk berbuat demikian. Harap maklum dan kesudian anda adalah diucapkan jutaan terima kasih daripada Rakan Pengurusan Komuniti PTT Zello, Channel : Lebuhraya Utara-Selatan ( KPTTLUS ).

Sekian.

Dua jam mengerang sakit, terbabas masuk gaung

KUALA KETIL - Seorang pemandu lori terpaksa menahan sakit selama dua jam akibat tersepit dalam kejadian kemalangan di kilometer 7 Jalan Malau- Batu 7 kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.

Mangsa, Mazlan Abas, 53, dari Kampung Charuk Gorok, Mukim Pulai berhadapan situasi itu setelah lori yang dipandunya masuk ke dalam gaung sedalam hampir tiga meter.
Pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa dalam kejadian itu.

Keadaan sekeliling yang dipenuhi semak selain permukaan tanah yang tidak rata turut memberikan kesan kepada operasi menyelamat itu.
Bagaimanapun, ayah kepada lima anak itu berjaya dikeluarkan dan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan tangan.
Mazlan berkata, kejadian berlaku setelah dia cuba mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Keadaan itu mengakibatkan lori muatan getah sekerap itu terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung tersebut.

Menurutnya, dia hanya mampu beristighfar dan mengucap panjang setelah lori yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung itu.

“Saya hanya berserah kepada tuhan. Kemudian, saya sedar saya telah berada di bawah gaung. Saya cuba keluar. Tapi, kaki dan tangan saya tersepit,” katanya.

Katanya, dia menjerit meminta pertolongan, tetapi tiada siapa yang tampil berikutan tiada siapa yang melihat kejadian itu.
“Tambahan pula, kawasan ini jauh dari kawasan kampung dan jalan raya. Pengguna jalan tidak akan dapat lihat sekiranya mereka tidak berhenti dan melihat dalam gaung ini.

“Selama dua jam saya mengerang kesakitan dalam lori itu. Selepas itu, barulah  saya dengar bunyi riuh-rendah orang ramai.

Difahamkan, kejadian itu disedari setelah terdapat seorang penduduk yang melalui kawasan itu setelah terbau getah sekerap yang bertaburan.
Mazlan yang dalam keadaan lemah itu telah dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan mengesahkan kejadian berkenaan.

Warga emas maut dilanggar ketika lintas jalan bersama isteri

1 April 2013
KUANTAN - Seorang warga emas maut manakala isterinya cedera selepas dilanggar sebuah kereta jenis Proton Waja di Km 330 Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu, dekat Kampung Jeruas, Raub semalam.
Mangsa, Yusof Buruk, 81, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Jeruas, Raub manakala isterinya, 75, cedera di kepala kini dirawat di Hospital Raub.
Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Shamsudin Wan Osman berkata dalam nahas 6.45 petang itu kereta terbabit dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Benta, Lipis.
"Dipercayai di tempat kejadian, pemandu (lelaki) kereta berkenaan, 49, telah membunyikan hon dan cuba membrek kenderaannya namun gagal sebelum melanggar pasangan suami isteri warga emas terbabit yang sedang melintas jalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya pasangan suami isteri yang berasal dari Kampung Jeruas Sega, Raub itu dipercayai melintas dari kanan ke kiri jalan secara tiba-tiba sebelum dilanggar kereta terbabit.
Wan Shamsudin berkata semasa kejadian cuaca baik namun keadaan gelap berikutan tiada lampu jalan di situ dan jalan lurus bergarisan kembar. - Bernama

Jariah itu Adalakanya TIDAK Perlu Minta Izin ...

Berkongsilah ... dengan berkongsi kita dapat membantu orang lain dalam cara tak langsung. Adalah amat digalakkan kepada semua pengguna Jaluran Komuniti PTT Zello, Channel : Lebuhraya Utara-Selatan untuk berkongsi apa sahaja yang baik.

Sehubungan dengan itu seluruh rakan taulan juga digalakkan untuk "share" mana2 audio di Jaluran ke Facebook atau ke Twitter ... setiap yang baik kita kongsikan ke Facebook atau Twitter akan kekal di alam maya selagi mana server Facebook dan Twitter masih aktif. Setiap yang kita kongsikan akan terus digunapakai oleh orang2 berlainan sekalipun kita sudah dipanggil pulang ke Rahmatullah ( MATI ). Ini bermaksud, sekiranya kita kongsikan apayang baik, digunapakai pula oleh orang lain ... ini bermakna Jariah Tanpa Sempadan. Sehubungan itu ... kami sebagai warga Pengurusan Komuniti PTT Zello, Channel : Lebuhraya Utara-Selatan menjemput anda kongsikan ( share ) ... mana2 audio yang baik untuk orang lain. Terima kasih ...

Pendaftaran Rakan Rasmi KPTTLUS anda DIBATALKAN ...

Pendaftaran Rakan Rasmi KPTTLUS anda terpaksa kami batalkan. Ini kerana maklumat yang anda isikan tidak lengkap. Sila buat isian semula Borang On-Line untuk pendaftaran baru. Maklumat diminta mestilah maklumat lengkap dan betul. Sebarang permasalahan sila hantarkan pertanyaan anda melalui medium disediakan ... Blog, Email, Facebook, Twitter

Untuk Perhatian :

810804-11-5255, 850620-01-5555

Buktikan Pernyataan Berikut - Gaji Mula, Gaji Pencen, Potongan KWSP, Tunai vs Emas

kalaulah para menteri berminda emas, wang kwsp kita boleh je diasetkan kepada jumlah gram emas dah setiap tahun beranak pinak,  p malangnya,...