Inilah raut wajah moyang2 kita dahulu. Gambar direkodkan pada tahun 1938. Mereka ini merupakan pasukan polis di Kedah. Direkodkan oleh jurugambar daripada German, Egon Von Eickstedt.
Ini kali pertama saya tengok gambar “Close Up”moyang-moyang kita. Selalunya teknik gambar lama hanya daripada jauh. Khusus untuk gambar ini, Mat saleh ni sengaja ambil gambar secara dekat. Untuk tujuan kajian ras di tanah melayu.
Berkulit gelap. Sawo matang. Zaman ini mungkin belum banyak campuran dengan bangsa asing. Gambar ini amat penting untuk kita melihat raut wajah, betuk gerhang, mata dan sebagainya. Inilah wajah nenek moyang orang- orang melayu dahulu.
Jika dibandingkan sekarang, kulit, raut wajah orang melayu sudah banyak berlaku perubahan
Gambar ini bukan hasil generate ai. Gambar ini adalah gambar pure original.
Tapi ada soalan yang saya ingin tanya. Adakah segaram mereka ini merupakan generasi awal "baju melayu"?. Ada poket di dada sebelah kanan. Tapi butang hanya ada 4. Di leher ada 1 butang sahaja.
Terima kasih tuan Izmal Karim atas perkongsian yang amat penting dan bersejarah ini. Kita adalah melayu!
Cuba tag kawan2 korang yg masih mewarisi raut wajah seperti diorang ni.















