Tauliah Fathi Naim telahpun digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

Saya telah menulis tentang isu seorang individu bernama Fathi Naim yang telah didakwa di mahkamah atas tuduhan merogol remaja bawah umur pada 26 April 2024.


Pengarah JAIS, Datuk Ustaz Shahzihan memberitahu The Merdeka Times pada 26 April 2024 bahawa tauliah Fathi Naim telahpun digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.


Tetapi sumber saya telah berlongsi dengan saya bahawa Fathi Naim masih lagi meneruskan ceramah di Selangor & negeri lain.


Nama yang sering digunakan sebelum didakwa adalah Fathi Naim tetapi selepas didakwa di mahkamah, dia meminta pihak surau/masjid untuk meletakkan nama lain seperti Naim Yamani, Fathi Abu Husna & Abu Yamani bagi mengelakkan dikesan.


Sumber yang rapat dengan Fathi juga berkongsi dengan saya bahawa dia membuka & mengajar di Al Haana Islamic Centre di Klang & tidak lagi terlibat secara langsung dalam operasi Maahad Tahfiz Darul Wafa.


Berdasarkan pengakuan Fathi Naim pada ahli keluarga mangsa, dokumen-dokumen pembuktian, Fathi sendiri ada mengakui dia melakukan hubungan dengan gadis bawah umur itu cuma dia mengatakan dia tidak tahu bahawa gadis itu bawah umur ketika kejadian.


Kesnya masih dibicarakan dan dia tidak bersalah di mahkamah dunia sehingga disabitkan oleh mahkamah. Biar mahkamah dunia menentukan samaada dia bersalah atau tidak tetapi sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, tangguh/tunda/batalkan sehingga selesai perbicaraannya nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Hentian Rehat & Rawat ( RnR ) Yang Dibina Dalam Laluan Arah Utara & Arah Selatan di SepanjangbLebuhraya PLUS

Lirik Lagu : Mari Dengar Cerita Budak-Budak Zaman Sekarang ( Budak2 Zaman Sekarang.mp3 )

Allahumma Alif Baini [ namanya ] Kama Alafta Adam Wa Hawa