Masih tiada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh Vincent Tan ataupun Berjaya Food sendiri,



B0!k0t besar-besaran telah jejaskan business Tan Sri Vincent Tan dan nak swastakan semula syarikat?

Taikun dan usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, dikatakan berhasrat untuk menswastakan semula syarikat Berjaya Food Bhd, dan mengeluarkan syarikat tersebut daripada Bursa Malaysia.

Menurut sumber daripada mereka yang mempunyai pengetahuan berkenaan perkara ini, Vincent Tan berhasrat untuk melakukan “buy-out” saham Berjaya Food Bhd, dan seterusnya mengeluarkan syarikat itu daripada Bursa Malaysia.

Berjaya Food Bhd merupakan pemilik kepada jenama francais terkenal di Malaysia, seperti Starbucks, Kenny Rogers dan Jollibean.

Apa itu penswastaan? Penswastaan merujuk kepada pertukaran status sebuah syarikat daripada syarikat umum ataupun “public” kepada syarikat swasta atau di Malaysia lebih dikenali sebagai syarikat sdn bhd.

Apabila ini berlaku, maka syarikat itu akan dikeluarkan daripada Bursa atau pasaran saham, juga dipanggil sebagai “delisting”. 

Syarikat yang telah delisted kemudiannya tidak lagi tertakluk kepada kawalselia Bursa, dan sahamnya tidak lagi akan didagangkan.

Mengapa sebuah syarikat umum ataupun public, ingin menukar status kembali kepada syarikat sdn bhd?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan keadaan tersebut, antaranya, 

1. Langkah Strategik,
2. Penjimatan Modal Syarikat 
3. Pematuhan dan Kawalselia

Oleh yang demikian, walaupun kita tak dapat pastikan kesahihannya mengenai kesan boikot cadangan untuk menswastakan semula Berjaya Food Bhd mungkin dibuat bagi tujuan untuk menstrukturkan semula bisnes Berjaya Food Bhd yang terjejas, dan untuk memastikan kelansungan bisnes tersebut. 

Sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh Vincent Tan ataupun Berjaya Food sendiri, namun ianya merupakan sesuatu yang menarik untuk kita tunggu dan lihat.

Kredit Post
AKMAL SK 
CORPORATE LAWYER

Follow AKMAL SK to get updates on corporate legal news to protect your business.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Hentian Rehat & Rawat ( RnR ) Yang Dibina Dalam Laluan Arah Utara & Arah Selatan di SepanjangbLebuhraya PLUS

Lirik Lagu : Mari Dengar Cerita Budak-Budak Zaman Sekarang ( Budak2 Zaman Sekarang.mp3 )

Allahumma Alif Baini [ namanya ] Kama Alafta Adam Wa Hawa