Bagaimana pula ???

Assalamualaikum WBT. Hai admin, saya cuma nak berkongsi kepada sesiapa yang sudi membaca sedikit nukilan daripada kisah hidup saya.

Guys, saya cuma nak pesan, kalau nak memilih pasangan wanita, carilah yang betul-betul penyabar, yang ada hati dan motivasi diri yang kuat. Maksudnya, bila dia diuji dengan apa jua kesulitan, permasalahan atau musibah besar, tengok bagaimana sikap dia mengendalikan masalah tersebut. Kalau jenis mudah maki, carut, salahkan orang lain, meninggikan suara dan marah-marah, itu bahaya sebenarnya.

Dan di zaman sekarang ini, sangat susah nak jumpa wanita yang betul-betul pegang prinsip “bercantik dan melawa itu hanya untuk suami”. Kalau nak pergi kerja atau majlis, bersiap lama bukan main. Tapi berhias untuk suami sendiri di rumah, bagaimana pula?

Dalam perkahwinan, memang tak akan lari daripada masalah. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar ujian. Tapi kalau seseorang itu bukan jenis penyabar dan bukan jenis mudah memaafkan, memang susah untuk selesaikan masalah.

Antara ayat yang selalu digunakan ialah, “Awak tak rasa apa yang saya rasa, hanya Tuhan tahu apa yang saya rasa.” Lepas itu, minta cerai. Apa dia ingat perkahwinan ini mainan? Kita dah pegang akad nikah dengan tanggungjawab yang besar, setia hingga hujung nyawa walau apa pun yang berlaku.

Tapi senang-senang saja minta cerai. Mula tambah ayat tawar hati, tak ada rasa, selama bersama rasa tersiksa, dan yang paling menyakitkan bila sampai berkata “menyesal kahwin”. Sedangkan selama ini, insya-Allah keperluan diberi, apa yang diminta cuba ditunaikan, sanggup berkorban demi sayang. Kadang-kadang sampai kita sendiri rasa menyesal kerana terlalu banyak berkorban untuk pasangan, lebih daripada apa yang kita korbankan untuk keluarga sendiri. Akhirnya, ditinggalkan begitu saja. Diminta cerai. Sedih sangat.


Jadi guys, seriuslah carilah pasangan yang penyabar, berhati lembut, kuat motivasi diri, mudah memaafkan tak kira siapa pun, dan sentiasa bersyukur walaupun dengan nikmat yang kecil. Sebab daripada syukur itulah akan lahir rasa penghargaan.

Nota: Sekadar pesanan daripada seorang insan dan hamba Allah yang lemah. Saya juga manusia biasa, ada baik dan buruk, ada dosa dan pahala. Marilah kita sama-sama berusaha menjadi yang terbaik hingga ke akhir hayat.

.
.
.

Post a Comment

0 Comments