muncul hanyalah kecurangan, khianat, hasad dengki, serta perbuatan zalim menzalimi

 Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


"Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu."


Para sahabat bertanya: "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu, wahai Rasulullah?"


Baginda SAW menjawab:

"Iaitu: (1) terlalu banyak berseronok, (2) hidup bermewah-mewahan, (3) suka menghimpun harta sebanyak-banyaknya, (4) saling menipu dalam urusan dunia, (5) sering bermusuhan dan bermarahan, serta (6) hasut-menghasut sehingga berlaku zalim-menzalimi."

(Hadis riwayat al-Hakim)


Keterangan:

Segala penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW ini nyata sekali sedang menular dalam kalangan umat Islam pada hari ini. Di mana-mana sahaja dapat kita lihat, ia merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan begitu ganas.


Umat Islam kini sedang berhadapan dengan krisis rohani yang sangat mendalam. Kekosongan jiwa itu mendorong manusia mengejar dan menimbun harta benda semata-mata demi memuaskan hawa nafsu. Apabila hawa nafsu menjadi panduan hidup, mereka sanggup menggunakan apa jua cara, termasuklah tipu daya dan penipuan.



Akibatnya, nilai-nilai akhlak kian hilang. Yang muncul hanyalah kecurangan, khianat, hasad dengki, serta perbuatan zalim menzalimi antara satu sama lain.


Marilah kita merenung maksud hadis ini dengan penuh keinsafan, dan marilah kita bermuhasabah diri agar dijauhkan daripada penyakit-penyakit tersebut.

Post a Comment

0 Comments