#tyt #tytsabah #peguam #ugutan #AMARAN

Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah memberi peringatan akan mengambil tindakan undang-undang jika perlu untuk menangani penyebaran fitnah yang disengajakan di media sosial terhadap Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT Sabah).


Tindakan itu adalah antara tiga peringatan yang dijelaskan Peguam Besar Negeri, Datuk Brenndon Keith Soh, menerusi satu kenyataan berhubung penularan hantaran di media sosial yang bersifat menghina, fitnah, palsu dan mengelirukan terhadap TYT Sabah.



Peringatan kedua ialah mengenai kepentingan penggunaan media sosial secara bertanggungjawab untuk mengekalkan ruang awam yang beradab dan berinformasi. 


Manakala satu lagi ialah gesaan kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat melalui sumber rasmi, sahih dan boleh dipercayai sebelum disebarkan.





Post a Comment

0 Comments