Kisah Suami Penyabar…
Tak akan ada yang serupa dengan apa yg Allah titipkan untuk kita selama ini…
Andai suami kita sekarang ini kita rasakan buruk perangai dan tabiatnya,mungkin itu adalah cerminan diri kita..
Andai suami kita sekarang bagi kita tidak baik,mungkin itu adalah teguran untuk kita perbaiki apa yg rosak dalam diri kita…
Sebelum kita dinikahkan,kita sudah melalui detik manis saat jatuh cinta kepada suami kita,indah dan harumnya di saat itu…pernikahan bukan kerana paksaan tetapi lebih kepada kehendak diri sendiri yang sama2 jatuh cinta…
Alam rumahtangga yang dibina di atas niat kerana Allah Taala pasti akan ada hari yg menyakitkan kerana hubungan yg halal disisi Allah tidak akan pernah mendapat restu dari iblis laknatullah..
Pancaroba dan ujian akan hadir bertalu2,diketika itulah kita akan merasakan kita tersalah pilih jodoh walhal yg menentukan jodoh kita adalah Allah Taala,akan sampai satu saat Allah akan pisahkan kita andai jodoh itu bukan milik kita…
Disaat dugaan melanda,pernahkah kita terfikir utk kembali kepada Allah Taala dan muhasabah diri kita dgn melihat cermin diri??mencari kesilapan pasangan itu mudah tetapi mencari kesilapan diri sendiri itu susah,oleh kerana itulah kita perlu kembali kepada Allah Taala…
Suami yang baik tidak akan pernah membentak isteri apabila isteri sedang lagha…suami yg baik,paling tidak akan menggunakan teknik gurauan utk menegur isteri kerana menjaga hati dan perasaan isteri..
Bukan di waktu yg sama juga suami menasihati dgn kata2 yg keras,malahan berpura2 menutup mata isteri yg asyik dgn nyanyian di media sosial,dan isteri yang sgt memahami agama tidak akan pernah melenting malahan akan tunduk dan sedar dgn kesilapannya ,berhibur boleh tetapi wajib faham dan pilih waktu sesuai kerana contoh di depan anak2 adalah yang baik2 shj…
Para isteri yg sedang diuji dgn fitnah dunia,kita sebenarnya punya suami yang baik,suami yang penyabar,suami yang tidak pernah jentik kita ,suami yang sentiasa membantu kita dalam menguruskan keperluan hidup kita,fitnah yg melanda sekarang adalah salah dalam diri kita sendiri,cuba kita cari dan cuba kita muhasabah ..
Kita masak setiap hari untuk suami,kita siapkan keperluan suami,kita sediakan baju yg bersih,kita buat segala2nya untuk suami,namun apabila suami yang baik asyik marah2 dan berkira dgn kita,pernahkah kita check keperluan biologisnya?memalukan bercakap hal begini tetapi ada di kalangan kita terlepas bab ini dan kita mula merasa suami dah berubah ..keperluan biologis suami seperti makanan yg perlu diambil…minimum kita tidak makan&tidak minum 3hari..jika 1tahun terabai?😔saya gantung setakat di sini shj bab ini..
Ini adalah dinding mukabuku saya,saya menulis utk diri saya…andai ada yg mendapat ilmu dr penulisan ini,saya sedekahkan pahala ini utk semua yg sedang diuji,ilmu yang bermanfaat sahaja yg ingin saya sampaikan tapi saya bukan tinggi ilmunya..ada sedikit pun dah memadai utk saya sampaikan kepada yg membaca…
Jazakumullahu khairan jaza…semoga sampai mesej ini kepada semua,yg baik2 adalah dr Allah Taala…
0 Comments