Taikun MRCB faham ke belum?

Wartawan veteran merangkap bekas taikun MRCB itu nampaknya masih gagal faham.

Hakikatnya, permohonan maaf Tim Leissner kepada rakyat Malaysia sebenarnya semakin mengukuhkan kes Najib untuk dibebaskan.

Saksi utama, iaitu Roger Ng - bekas rakan sekerja Tim Leissner sendiri - sudah memberitahu mahkamah Malaysia bahawa Najib bukan sebahagian daripada konspirasi penyelewengan 1MDB.

Malah, DOJ Amerika Syarikat juga tidak pernah mendakwa Najib bersubahat dengan Tim Leissner atau Roger Ng dalam skandal ini.


Sebaliknya, Tim Leissner merupakan antara individu utama yang terlibat secara langsung - sehingga majikan dia, Goldman Sachs, terpaksa membayar pampasan AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) kepada kerajaan Malaysia serta denda AS$2.9 bilion kepada kerajaan Amerika.

Contohnya, apabila 1MDB mahu meminjam lebih banyak, Najib secara konsisten menolak untuk memberi jaminan kerajaan kedua. 

Perkara tersebut didedahkan Tim sendiri di perbicaraan di Amerika Syarikat.

“Kami telah cuba selama beberapa tahun dan setiap kali, mereka (kerajaan Malaysia) berkata tidak (pada jaminan kedua), jadi jangan berharap.”

Secara logiknya, jika Najib sebahagian konspirasi, kenapa pula dia nafikan peluang untuk 1MDB meminjam lebih dengan tidak memberi jaminan kedua?

Akibatnya, Tim Leissner dan Jho Low terpaksa meminta dengan IPIC di Abu Dhabi untuk mendapatkan jaminan AS$3.5 bilion - tanpa arahan atau kelulusan Najib pun.

Tim Leissner menggunakan dana yang diseleweng termasuk AS$73.4 juta - untuk membeli hartanah mewah dan membuat pelaburan peribadi.

Sebaliknya, sabitan terhadap Najib hanyalah berkaitan dengan dana RM42 juta dari SRC - itupun kerana mahkamah memutuskan dana itu bukan hak dia untuk sedekahkan.

Tidak ada satu sen pun dibuktikan bahawa Najib membeli hartanah, kapal layar, lukisan mahal atau membuat pelaburan peribadi menggunakan dana 1MDB seperti dibuat Tim Leissner.

Sumber : TelegramGroup

.
.
.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Hentian Rehat & Rawat ( RnR ) Yang Dibina Dalam Laluan Arah Utara & Arah Selatan di SepanjangbLebuhraya PLUS

Lirik Lagu : Mari Dengar Cerita Budak-Budak Zaman Sekarang ( Budak2 Zaman Sekarang.mp3 )

Allahumma Alif Baini [ namanya ] Kama Alafta Adam Wa Hawa