Video BARU Azan TV3

Video Azan TV3 baharu yang menggunakan teknologi AI disiarkan di laman Facebook TV3 telah mendapat sambutan luar biasa. Setakat hari ini, tontonan sudah melebihi 200k! Kami langsung tidak jangka ia boleh tular sebegitu cepat.


Kenapa menggunakan AI?
Langkah menggunakan teknologi AI dalam video ini bukanlah semata-mata untuk mencipta kelainan, tetapi membawa beberapa kelebihan:

- Hasil yang Cantik: Visual yang dihasilkan lebih halus dan menarik, memberikan impak yang mendalam kepada penonton.
- Kos Lebih Rendah: Tidak memerlukan pelaburan besar seperti CGI, yang sering memerlukan pakar khusus.
- Penjimatan Masa: AI mempercepatkan proses penghasilan tanpa mengorbankan kualiti, menjadikannya lebih efisien.

Penggunaan AI dalam projek ini juga dilihat sebagai langkah awal ke arah pengiktirafan teknologi ini dalam dunia produksi tempatan. Kami tidak menolak kemungkinan teknologi ini akan dipraktikkan pula dalam penghasilan drama dan filem, sekaligus menaikkan lagi mutu dan kualiti industri seni kita.

Kami percaya bahawa teknologi hanyalah alat. Apabila digunakan dengan niat yang baik, ia mampu memperkayakan seni tradisional tanpa menjejaskan nilai asalnya.

Terima kasih atas sokongan dan kritikan yang membina. Semoga usaha ini menjadi inspirasi untuk perkembangan seni kreatif tempatan! Majulah AI untuk negara.

Rahimi Zailanni
Geliga Studios