Kau pernah tengok kereta ni tak?

Aku first time tengok kereta ni pagi tadi. Tengok nama, aku ingat kereta ni dari Terengganu. Xpeng. Tapi tak. Ni kereta dari China.

Based on info yang aku dapat, Xpeng G6 ni sebenarnya SUV elektrik dari China dan dia ni boleh kata adik beradik lain mak , lain bapak kepada Tesla Model Y sebab saiz dia lebih kurang sama.

Tapi harga dia? Murah sikit kot berbanding Tesla. So confirm menarik perhatian sesiapa yang tengah tengok pilihan yang ada untuk kereta EV. Ni memang khas untuk siapa yang sedar diri dia memang berduit ye. Yang tak berapa nak ada macam aku, kita fokus bawa Myvi atau Bezza dulu ye.

Xpeng G6 ni ada dua jenis, satu yang standard range, satu lagi long range. Yang standard tu nama dia G6 580 Pro – ada bateri 66 kWh jenis LFP dan boleh pergi sejauh 435 km. Cukup tak?

Kalau tak cukup, boleh ambil yang G6 755 Pro – bateri dia besar gila, 87.5 kWh jenis NMC, boleh bawa sejauh 570 km! Dua-dua varian ni boleh memecut laju – bawah 7 saat je untuk capai 100 km/j.  

Selain tu, ciri ciri Xpeng G6 ni, kau boleh charge bateri dia dari 10% ke 80% dalam masa 20 minit je dengan DC fast charging. Tak payah la risau nak tunggu lama-lama sampai sempat siap masak rendah.

Pastu, Xpeng G6 ni ada sistem Xpilot 2.5 yang membolehkan dia buat Adaptive Cruise Control, Lane Centering Control, dan segala benda AI yang buat kau rasa macam kereta ni pandai drive sendiri. Tapi kau jangan malas sangat, tetap kena jaga jaga.

Dari segi harga lak, kalau kita ni memang jenis boleh beli setakat Myvi atau Bezza, memang mahal lah harganya.

Yang standard range tu RM165k lebih dan yang long range RM185k lebih. Tapi kalau compare dengan Tesla Model Y harga dia bermula dari RM191k sampai RM280k. Bapok mahal!

Jadi aku rasa, Xpeng G6 ni dah kira good deal dah kalau kau nak pakai EV jenis SUV ni dan kau taknak keluarkan ansuran bulanan yang besarlah.

Dari  segi design, macam aku tengok pagi tadi, dia nampak clean, minimalis dan memang kena dengan style kereta moden zaman sekarang.

Cuma aku tak pasti lagi lah macam mana feel dia kalau bawa Xpeng G6 ni. Yang aku tau, dia memang lawalah. Aku follow kereta ni sampai aku sampai tempat kerja aku kot.  

So, kalau kau memang berduit, memang tengah usha usha kereta EV jenis SUV ni untuk dibeli, mungkin kau boleh test drive Xpeng G6 ni. Kalau kau pernah try, cuba komen sikit perasaang kau drive Xpeng G6 ni. Aku ni boleh bagi experience bawa Myvi je.


Mu rase gane rapah kkasih orang? Sedak okk? Mu curik kebahagiaang orang. Mu dak akang kekal lama. Mu akang rasa mule apa aku rasa. Ingat natang! Eh maaf. Tiba tiba kena sampuk dengan saka Terengganu. Maaf ye. 🤣🤣🤣