Azizul Farhan | AirAsia | Tony Fernandes | Kamarudin bin Meranun

"Datuk Kamarudin Meranun, Pengasas Bersama AirAsia Yang Kurang Dikenali Ramai."

Oleh: Azizul Farhan


Biasanya kalau cerita pasal AirAsia, mesti nama Tony Fernandes akan disebut. Tapi nama pengasas bersama AirAsia yang satu ini seaakan kurang dikenali ramai.

Memperkenalkan, Datuk Kamarudin Meranun.

Beliau termasuk dalam senarai 50 orang terkaya di Malaysia pada 2020 menurut Forbes.

Dato' Kamarudin bin Meranun dilahirkan di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney.


Di atas kejayaan yang cemerlang pada peringkat sekolah rendah, beliau ditawarkan ke Maktab Rendah Sains MARA, Kuantan Pahang.

Selepas menamatkan persekolahan peringkat menengah, beliau meneruskan perjuangan dalam bidang Aktuari di Institut Teknologi MARA (ITM) yang sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau berjaya menggenggam Diploma dalam Sains Aktuari dengan jayanya. Beliau terus mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menerima Bachelor of Science in Finance pada tahun 1986.

Kemuncaknya dalam pencarian ilmu, beliau telah terbang ke Amerika untuk mendapat Master in Business Administration dari Central Michigan University pada tahun 1987.


Sebelum menyertai AirAsia, beliau bertugas di Arab-Malaysian Merchant Bank dari 1988 hingga 1993 sebagai Pengurus Portfolio, menguruskan kedua-dua institusi dan dana pelaburan pelanggan individu bernilai tinggi.

Pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Innosabah Capital Management Sdn Bhd.

Beliau merupakan teman karib dan rakan niaga Tan Sri Tony Fernandes, yang sama-sama mengambil alih pengurusan AirAsia pada Disember 2001 dengan harga RM1.

Misi dua sahabat itu jelas. Mereka sama-sama mahu menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah sekaligus merintis tagline ‘Now Everyone Can Fly’.


Pada awal permulaan AirAsia, ramai yang beranggapan bahawa model perniagaan mereka takkan berjaya dan hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja. Namun mereka berjaya membuktikan dan masih bertahan hingga ke hari ini.

Mana taknya, banyak cabaran mereka ni kena hadap. Hutang bertimbun, takde pengalaman dan lagi gila bila tragedi 9/11 baru sahaja berlaku masa AirAsia baru nak beroperasi.

Kebijaksanaan Datuk Kamarudin dan Tony Fernandes inilah membuatkan AirAsia sampai dapat anugerah satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di dunia selama 12 tahun berturut-turut bermula dari 2009-2021, di samping pelbagai anugerah global lain.

Walaupun beliau kaya, Datuk Kamarudin juga amat dikenali dengan sifatnya yang merendah diri. Orangnya warak dan senang menghadiri majlis-majlis ilmu kerana kecintaannya terhadap agama.


Datuk Kamarudin mementingkan ilmu dan keikhlasan untuk berjaya di dalam kehidupan dan kerjaya.

"The more you seek knowledge, the more you will find something that you don’t know. Carilah ilmu dan beri ilmu secara ikhlas."

___


Comments

Popular posts from this blog

Senarai Hentian Rehat & Rawat ( RnR ) Yang Dibina Dalam Laluan Arah Utara & Arah Selatan di SepanjangbLebuhraya PLUS

Lirik Lagu : Mari Dengar Cerita Budak-Budak Zaman Sekarang ( Budak2 Zaman Sekarang.mp3 )

Allahumma Alif Baini [ namanya ] Kama Alafta Adam Wa Hawa