ada mata tapi tidak dapat melihat, ada telinga tapi tidak dapat mendengar

Dari analisis ketenteraan dan peperangan :  

Israel telah menghapuskan jalur bekalan Hizbullah di Yaman dan sempadan Lubnan-Syria. Garis pertahanan Hizbullah di Lubnan Selatan tidak akan mempunyai bekalan semula untuk pertempuran yang akan datang ( anda tidak dapat berperang di zaman moden tanpa Industrial Millitary Complex dalam kes Hizbullah ialah Iran ). Pejuang berada dalam keadaan kucar-kacir kerana kematian kepimpinan mereka, dan komander lapangan mereka berada di hospital kerana letupan bom pager. Maksudnya serang darat Israel akan berlaku.




⚡️Iran tidak akan mengerahkan tentera ke Lubnan untuk membantu Hizbullah — Kementerian Luar Iran

Iran tidak akan menghantar tentera ke Lubnan dan Gaza untuk berhadapan dengan Israel kerana ia berusaha untuk mengelakkan konflik yang lebih luas di Timur Tengah.

RT News

☝️ told you

Hakikatnya tujuan Israel bukan ingin menghapuskan Hizbullah, Tujuan Israeli ialah ingin merampas wilayah Lubnan Selatan yang di batasi dengan Sungai Litani untuk menjadikannya wilayah Israel yang khusus untuk orang yahudi. Dalam hal ini, Hizbullah hanyalah sebagai justifikasi sahaja. Kesimpulannya Anda menyokong Hizbullah bermakna anda membantu Israel itu sendiri. Sama dengan Hamas di Gaza.

Kenapa mengetahui kebenaran ini penting, kerana tindakan sokongan kita terhadap pihak yang salah disebabkan tidak menggunakan akal untuk berfikir akan dipertanggung jawabkan di akhirat nanti. Kita menjadi reaksionarist, ejen propaganda bagi pihak puak Mufsidun seperti binatang ternak, yang ada mata tapi tidak dapat melihat, ada telinga tapi tidak dapat mendengar. Buta sebutanya. Bukan buta mata tapi buta hati.





Post a Comment

0 Comments