Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan


Aturkan dengan kemas proses pengeluaran untuk pekerja berpencen melalui Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan. Baca lebih lanjut di sini.

Pengeluaran Pekerja Berpencen

Pengeluaran Pekerja Berpencen membolehkan ahli KWSP yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan telah diberikan taraf berpencen untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka bermula pada atau selepas tarikh kuat kuasa Pemberian Taraf Berpencen (PTB).


Pengeluaran Persaraan Pilihan

Pengeluaran Persaraan Pilihan pula adalah untuk ahli KWSP yang memilih untuk bersara awal daripada perkhidmatan awam dan telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); atau kakitangan kerajaan yang bersara atas pilihan di bawah penswastaan/ pengkorporatan tetapi masih bekerja di agensi berkenaan.


Apa Yang Boleh Dikeluarkan


Baki Simpanan KWSP selepas pengasingan syer kerajaan


Apa Yang Anda Perlu Tahu


 

Pekerja berpencen ditakrifkan sebagai seorang pekerja yang telah dilantik di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mempengaruhi pelantikan pekerja dalam sebuah perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri, atau oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan.

Mulai 1 Januari 2018, selepas Penjawat Awam membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, tanggungan mencarum bagi beliau adalah tidak terhenti selaras dengan pelaksanaan Skim Kebolehalihan (Portability Scheme).

 

Siapa Yang Boleh Memohon


Syarat-syarat

Pekerja dalam sektor awam


Pekerja dalam Kementerian Pertahanan


Pekerja dalam Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP


Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


*Anggota tentera yang sudah pun bersara secara pilihan tidak layak untuk membuat pengeluaran ini.


Apa Yang Anda Perlukan

Dokumen

Dengan MyKad

MyKad

Lampiran A - Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan/ Pengiraan Awal

Dokumen

Tanpa MyKad

Siapa Yang Boleh Memohon


Bersara dari Perkhidmatan Awam secara pilihan


Telah menerima bukti pengesahan taraf pesara


Berkhidmat dengan agensi Kerajaan dan telah bersara secara pilihan di bawah Penswastaan/Pengkorporatan tetapi masih bekerja dengan agensi berkenaan


*Anggota tentera yang sudah pun bersara secara pilihan tidak layak untuk membuat pengeluaran ini.


Apa Yang Anda Perlukan

Dokumen

Dengan MyKad

Bukti Pengesahan Pesara:


Surat Pengesahan Taraf Pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU

Surat Kelulusan Pencen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pencen, JPA

Dokumen

Tanpa MyKad

Bukti Pengesahan Pesara:


Surat Pengesahan Taraf Pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU

Surat Kelulusan Pencen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pencen, JPA

Pensionable Employee (Payment & Reminder) Accordion

Pilihlah Pre-PEN

Mulai 1 September 2018, anda boleh memilih untuk mengambil Pengiraan Awal Syer Kerajaan (Pre-PEN) jika anda belum pernah membuat pengeluaran Pekerja Berpencen atau Pengeluaran Persaraan Pilihan.


Apa Itu Pre-PEN?


Pre-PEN merupakan proses pengiraan awal syer kerajaan di mana caruman syer kerajaan diasingkan dari caruman syer pekerja untuk mengurangkan risiko ahli terambil caruman syer kerajaan semasa membuat Pengeluaran 55 tahun.


Siapa Yang Boleh Memohon


Syarat-syarat


Umur 55 tahun keatas

Pekerja dalam sektor awam dan mencarum dalam KWSP ATAU Pekerja dalam Kementerian Pertahanan/ Perkhidmatan Tentera

Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

*Anggota tentera yang sudah pun bersara secara pilihan tidak layak untuk memohon Pre-PEN.

Apa Yang Anda Perlukan


Dokumen

Dengan MyKad

Dokumen

Tanpa MyKad

MyKad

Lampiran A - Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan/ Pengiraan Awal

Mohon Untuk Pre-PEN


Cara Pembayaran

Bayaran Dalam Negara

Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda

Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank

Anda akan diberi Cek Jurubank

Jika bayaran ke akaun anda gagal

Bayaran Luar Negara

Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda

Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan

Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar

Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan

Peringatan Penting

1. Sahkan dokumen anda

Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa

(Lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)


Orang Yang Diberi Kuasa


2. Pastikan bank panel anda

Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli


Bank Panel KWSP


3. Hantar ke KWSP

Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.


Cari KWSP Terdekat


Mel ke KWSP:

JABATAN PENGURUSAN TRANSAKSI

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

P.O. Box 00220, Jalan Sultan,

46720, Selangor Darul Ehsan.


Soalan Lazim



Frequently Asked Question


Pensionable Employee FAQ Accordion

Apakah caruman kerajaan (Syer Kerajaan)?

Caruman majikan kerajaan adalah caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat oleh majikan bagi kakitangan awam sepanjang tempoh perkhidmatan percubaan sebelum mereka mendapat Pemberian Taraf Berpencen (PTB). 


Apakah Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB)?

SPPB adalah skim pengeluaran KWSP yang layak dibuat oleh kakitangan awam setelah mendapat Pemberian Taraf Berpencen (PTB). Ahli KWSP hanya layak mengeluarkan caruman pekerja, manakala caruman kerajaan akan dikembalikan ke Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).


Mengapakah caruman kerajaan dikembalikan kepada KWAP?

Caruman kerajaan dikembalikan kepada KWAP bagi tujuan faedah persaraan kakitangan awam.


Bolehkah saya menuntut caruman kerajaan yang telah dikembalikan kepada KWAP?

Tidak. Caruman kerajaan ini tidak boleh dituntut oleh mana-mana kakitangan awam yang mendapat status berpencen.


Siapakah pihak yang boleh dihubungi sekiranya saya mempunyai pertanyaan lanjut mengenai jumlah caruman kerajaan yang dikembalikan kepada KWAP?

Sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan) di Putrajaya  atau Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (CMC).


Post a Comment

0 Comments