PENGUMUMAN TABUNG HAJI 2024
**
Surat Panggilan Haji 2024 akan keluar pada hari ini 19 Januari 2024 (Jumaat).
Seramai 31,600 orang akan dapat surat Tawaran Haji bermula hari ini.
Trivia dari Pengumuman TH tadi.
1. Kos Haji tahun ini adalah RM33,300. Meningkat 11% (RM2,500) dari tahun lepas.
2. Bayaran Harga Haji Muassasah
B40 (first time pergi haji) : RM12,356
M40 : RM14,148
T20 : full RM33,300
Kerajaan tanggung RM1k seorang untuk B40. Manakala TH tanggung baki kos haji bagi B40 dan M40
Bantuan Haji B40 : RM20,944 (63% dari kos haji)
Bantuan Haji M40 : RM19,152 (42% dari kos haji)
3. Jemaah yang dapat tawaran haji perlu jawab surat tawaran segera melalui Aplikasi THiJARI. Sebelum Rayuan dibuka
4. Kos Rayuan Haji luar giliran?
Jemaah yang MERAYU perlu bayar full kos haji RM33,300.
Kecuali:
• Rayuan Mahram
• Rayuan Pembantu Jemaah Usia Lanjut
• Rayuan bawa jemaah OKU
5. RAYUAN HAJI 2024 akan dibuka pada 26/1/2024 (Jumaat minggu depan) secara ONLINE melalui Apps THiJARI
6. Panggilan Haji tahun 2024 ini akan utamakan bakal haji yang masih lagi berbaki (Covid) sehingga tahun 2023 dan sebahagian giliran haji 2024. TH maklumkan ada 4 juta pendeposit TH dan yang telah berdaftar untuk tunaikan haji yang masih menunggu giliran haji.

Comments
Post a Comment
Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .