Antara Teknik Scammer Membodohi Orang Ramai
Kecoh sana sini, katanya scammer rembat akaun bukan setakat akaun bank, termasuklah duit dalam akaun bank dan lain² akaun bukan bank ðŸ˜. Selagi boleh rembat, scammer akan rembat.
SEBENARNYA SCAMMER BUKAN BIJAK MANA PUN, TETAPI KITA MUNGKIN TAK CUKUP BIJAK.
Diberitahu kita tak nak percaya dan gigih kata orang itu sembang kencanglah, kaki kelentonglah dan macam² lagi SEDANGKAN orang cerita kisah nyata !.
Antara skill paling sedap nak mengenching orang kebanyakan selain panggilan telefon, penghantaran SMS, whatsapp, telegram & segala macam medium komunikasi digital akan digunakan bagi menjayakan satu² misi.
1. Menyapa target dengan ucapan² semanis gula tebu 😆.
2. Selepas anda dengan gigihnya melayan, akan ada pula tindakan susulan untuk mempengaruhi & membuat anda percaya.
3. Trick² Paling Tersohor adalah seperti meminta KOD, berdasarkan aplikasi yang telah dirancang.
✓ Kod sms ( TAC Akaun Bank )
✓ Kod Whatsapp
✓ Kode Telegram
✓ Dan Lain²
INGAT KOD ADALAH PERIBADI, MAKA JANGAN SUKA² KONGSI SELAIN LINGKUNGANN
Ketika KOD yang asli, telah diberikan oleh tuan punya peranti, maka mudahlah kendali seterusnya.
Hilang kendali ke pada akaun
Hilang duit dalam bank
Hilang kendali telefon.
Pendek kata, segala macam hal² pelik akan mula berlaku, selepas akaun² target @ mangsa berada dalam penguasaan penyerang ( scammer ).
JADI HATI²LAH SELEPAS INI.

Comments
Post a Comment
Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .