Kita Tegur Bukan Maksud Kita Suci !
🌿 JIWA YG SEMAKIN TENAT DAN PARAH 🌿
=============================
Sekadar renungan buat diri,
Yang ingin kembali pada Ilahi,
Kerana hidup kita bukan kekal disini,
Akhirat kediaman kita yang abadi....
🌀"Dijulang dijunjung elgibiti,
Kerana gembira tidak terperi,
Si MATA SATU jangan diikuti,
Bimbang diri sesat dihanyuti"
🌀"Jaga pergaulan perempuan lelaki,
Batas syariat WAJIB dipatuhi,
Takut akan murka Ilahi,
Sukarnya pertimbangan dimahsyar nanti"
🌀"Dosa kecil perlu dihindari,
Dosa besar jangan didekati,
Hidup bahagia di dunia ini,
Bertambah bahagia di sisi Ilahi"
🌀"Betapa sukar menjaga diri,
Maksiat datang kanan dan kiri,
Dengar dan ikut kata PAK MUFTI,
Usah mendabik dada megah diri"
🌀"Menerima kekhilafan diri,
Tanda menginsafi diri,
Menegur bukan bermaksud suci,
Kerana sayang kami teguri"
🌀"Tunduk dan sujud pada Ilahi,
Kenapa masih menyeksa diri,
Gunakan masa yg diberi Ilahi,
Esok belum pasti kita miliki"
🌀 "Dunia kata pergi, kubur kata mari,
Buanglah dosa yg melingkari diri,
Kepada Tuhan kita kembali,
Syurga tempat idaman diri"
🌀"Ingat Tuhan insafi diri,
Nyawa belum disentap Ilahi,
Masa dan waktu masih diberi,
Jangan menyesal kemudian hari"
🌿🌿🌿 Sedarlah Dari Mimpimu, Wahai Hati Yang Keluh Kesah ! 🌿🌿🌿
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan". (Imam Hasan Al- Basri)
_UmmulUwais_
#MenegurBukanBermaksudSuci

Comments
Post a Comment
Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .