Islam Itu Mudah & Memudahkan Cuma Tak Semudah Apa Kita Karangkan !

Ramai tanya kenapa parti yang "claim" hanya mereka TERPALING ISLAM tidak dapat menawan negeri-negeri bahagian selatan Semenanjung Malaysia terutama Johor?


Jawapan:

Aku sebagai anak johor, telah diberikan pendidikan agama Islam sejak dari awal bangku sekolah. Kami di Johor ada "sekolah petang" iaitu sekolah pendidikan agama Islam. Sebelum itu lagi pun sudah ada kelas KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain).

Anak-anak Johor walau tidak nampak alim pakai kopiah bagai, mereka ada asas agama yang kuat. Kerajaan Johor sediakan sekolah agama percuma dari KAFA, kemudian darjah 1 sampai darjah 6, boleh sambung darjah khas.

Di sekolah ini kami diajarkan, subjek Tauhid, Fardhu Ain, Tajwid, Feqah, Sirah, Adab, Muamalat, Munakahad, Jenayat, Faraid, Sirah, Musabaqah, berzanzi dan lain-lain.


Sekolah pagi anak-anak johor sudah belajar agama dalam Pendidikan Islam di sekolah, belah petang pula setiap hari belajar pendidikan Islam secara khusus selama 8 tahun.

Oh ya nak kenal murid-murid sekolah agama Johor, biasanya belah petang mereka pakai baju kurung putih dengan samping hitam bagi lelaki, dan kain ikut warna samping pelajar lelaki bagi pelajar perempuan. Kalau pengawas ada samping warna lain, kalau darjah khas pakai samping warna hijau.

Darjah khas ada peperiksaan khusus, penilaian ikut kiraan agregat dan ada pangkat 1, pangkat 2 dan pangkat 3. Lazim orang johor kalau anak ada boyfriend mak ayah akan tanya, boyfreind kau sekolah khas pangkat berapa?

Bukan apa mak ayah nak tahu anak perempuan dia berkawan dengan lelaki yang faham agama atau tidak 🙂




Maka anak-anak Johor tidak mudah termakan dakyah parti yang perasan mereka paling Islam, lebih-lebih lagi bila mereka mudah-mudah mengkafirkan orang yang bukan dari golongan mereka.

Jadi bab asas agama Islam, parti perasan terpaling Islam mungkin boleh "cong" orang-orang kurang pendidikan agama, tetapi tidak kepada anak-anak johor.

Post a Comment

0 Comments