Grab !

Semalam, saya telah menggunakan perkhidmatan Grab untuk perjalanan saya.

Saya mempunyai beg yang saya letakkan di dalam kereta. Sayangnya, selepas beberapa minit saya meninggalkan kereta, saya terperasan bahawa beg saya tertinggal di dalamnya. Beg itu mengandungi dokumen yang agak penting bagi saya. Beg pulak warna hitam letak dilantai kereta yang interior pun hitam.

Tanpa membuang masa, saya segera menghubungi pemandu Grab melalui telefon. Namun, sayangnya, pemandu tersebut telah mengambil penumpang lain dan berjanji untuk menghubungi saya semula pada malam itu. Saya menanti panggilan tersebut, tetapi tidak ada sebarang panggilan yang diterima.


Apabila saya mencuba menghubungi semula pada hari berikutnya, panggilan saya tidak mendapat respons. Saya cuba sekali lagi, tetapi pemandu itu masih tidak dapat dihubungi. Saya berasa semakin bimbang kerana dokumen penting masih berada dalam beg tersebut.

Akhirnya, saya memutuskan untuk mencari bantuan melalui aplikasi Help Centre Grab. Saya menghantar laporan tentang kehilangan beg dan situasi yang saya hadapi. Syukurlah, Grab memberikan respons segera. Mereka memberitahu bahawa mereka akan membekukan akaun pemandu tersebut sehingga dia menghubungi mereka semula.

Sebelah petang tadi , saya dapat mengetahui bahawa beg saya telah dihantar ke pejabat Grab yang terletak di PJ. Di sana, beg saya akan dijaga selama 3 bulan dan saya boleh datang untuk mengambilnya semula dalam tempoh tersebut.

Ini memberikan kelegaan, kerana saya tahu beg saya dalam jagaan yang selamat.

Meskipun saya mengalami beberapa ketidakselesaan semasa berhadapan dengan kehilangan beg, keseluruhan pengalaman dengan Grab dan bantuan yang mereka berikan melalui Help Centre mereka memberikan saya keyakinan bahawa saya akan dapat jumpa semula beg dan dokumen saya semula dalam masa terdekat.

Bagaimana anda ada pengalaman barang tertinggal dalam grab?

*gambarhiasan

#naigrab
#naisukagrab

Post a Comment

0 Comments