Iran serang Israel dengan dron, peluru berpandu - Hizbullah sertai Iran, serang Israel ?

Mari kita imbas kembali, di awal serangan Hamas ke atas Israel pada 10 oktober tahun kepas, di hari pertama serangan saya telah ulas bahawa serangan Hamas ini di ketahui awal oleh Israel, dan serangan skala besar dalam sejarah Hamas ini akan membawa memberi sebab kepada Israel untuk mengambil wilayah Gaza dengan alasan untuk menghapuskan ancaman Hamas. Dan hari ini semua yang saya khuatiri telah berlaku Israel telah membunuh 33000 rakyat Palastin, 74000 tercedera, 80 % bangunan Gaza musnah, Israel telah secara de facto menguasai Wilayah Gaza.

Semua yang menyokong serangan Hamas tempoh hari akhirnya terpaksa menerima kenyataan Israel telah mendapat apa yang di inginkan iaitu wilayah Gaza.

Kalau dulu hype Israel vs Hamas, kini terbaru Israel vs Iran, maka ramailah akan termakan propaganda Iran akan menang Israel akan kalah sebagaimana Hamas tempoh hari. Tanpa mereka sedar ini adalah sebahagian perancangan Israel untuk mencapi agendanya yg lebih besar.

Kalau dahulu mereka menggunakan alasan Hamas kerana mereka ingin mengambil Wilayah Palastin Gaza, kini mereka menggunakan alasan Iran kerana mereka ingin mengambil wilayah di luar Palastin iaitu Lubnan selatan yang terdapat proksi Iran iaitu Hizbullah.

Dan modus operandi ini akan terus di gunakan, dan setiap kali itulah umat islam membantu Israel dengan menjadi ejen propaganda bagi pihak Israel.

Sebab itulah Mesir tidak setuju untuk menerima Rakyat Gaza ke wilayah Israel, Kerana Masir tahu modus operandi Israel, Israel akan menyerang wilayah Mesir menggunakan alasan menghapuskan ancaman Hamas.

Hakikatnya dunia memandang Mesir x perikemanusiaan ? - Ya mereka ada mata tapi tidak dapat melihat, ada telinga tapi tidak dapat mendengar, ada hati tapi tidak memahami, mereka seperti binatang ternak, malah lebih teruk !.

Mengikut ilmu akhir zaman, Israel perlu meluaskan wilayahnya dari sungai nil mesir hingga ke sungai Furat Syria atas faktor strategik dan sumber alam. Sebagai persediaan menjadi negara pemerintah dunia menggantikan AS. Barulah Al Masih mereka boleh muncul kerana tugas Al masih ialah ialah memerintah dunia dari Baitul Maqdis. Tanpa mereka sedari Al Masih tersebut ialah Al Masih Palsu iaitu Dajjal. 



Untuk itu mereka perlu meluaskan wilayah Israel sekarang dengan merampas wilayah negara Arab di sekitar. 

Negara Arab tahu rancangan Yinnon Plan Israel ini, sebab itu mereka memilih berdamai dengan Israel. Jadi Israel memerlukan musuh baru untuk memberi ancaman kepada Israel supaya Israel dapat menyerang wilayah Arab. Maka Israel menjadikan Iran sebagai Ancaman baru. Iran menghantar militan2 nya ke negara2 Arab seperti Hizbullah di Lubanan, Kataib Hizbullah di Iraq, separa militer Iran di Syria, houthi di Yaman. Untuk memberi ancaman kepada Israel. Seterusnya Israel mempunyai sebab untuk menyerang dan merampas wilayah Arab.

Adakah Iran punya misi itu juga ? - Tengok macam random je airstrike yang masuk walapun ditepis. 
Cuma ada yang kena budak Islam 10 tahun tu meninggal. Hit ke atas Aras City ! most populate Muslim !!. - Ia diriwayatkan dalam hadis. Apabila dajjal keluar 70,000 orang Yahudi dari Isfahan Iran akan menjadi pengikut Dajjal.

Cikgu ... adakah ini seperti yang dikatakan "Permulaan Perang Malhamah" oleh Syeikh Imran bila Iran diserang atau menyerang ... ?. - Saya sedikit berbeza pendapat dengan Syeikh Imran berkenaan Iran, kerana saya anggap Syeikh kekurangan ilmu dunia ketenteraan dan perisikan. Lagipun Syeikh pernah beritahu muridnya SUPAYA tidak terima bulat2 apa yang disampaikan kecuali setelah kita yakin ianya benar.


" Mata Memang Suka Tertipu !
Jangan Percaya Apa Mata Kita Lihat,
tapi
Percayalah Apa Hati Kita Yakini ! "


Setiap peluru berpandu dari Iran yang masuk ke Ruang Udara Jordan adalah ancaman buat Jordan, dan Jordan berhak menghapuskan ancaman tersebut.

Begitu juga sistem pertahanan udara Israel melancarkan peluru berpandu melalui ruang udara Syria untuk menangkis serangan Iran, dan sistem pertahanan udara Syria menembak jatuh peluru berpandu Israel tersebut kerana ianya mengancam Syria.

Ini bukan Persoalan Jordan membantu Israel atau Syria membantu Iran.
Ini persoalan Negara Arab terasa terancam dengan permainan Israel Iran.

.

Serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel

Ianya tidak menyebabkan kerosakan kepada Israel tidak sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media selama ini tentang peluru berpandu Iran.


png-transparent-black-and-yellow-background-iranian-revolution-islamic-revolutionary-guard-corps-navy-of-the-army-of-the-guardians-of-the-islamic-revolution-armed-forces-of-the-islamic-republic-of


Peluru berpandu itu tidak mempunyai panduan satelit dan hampir kesemuanya berjaya dipintas. Kapal perang Israel dan NATO dengan kelengakapan pertahanan udara telah diletakkan di laluan penerbangan peluru berpandu Iran sejak sebulan yang lalu. Pengumuman serangan oleh Iran sebelum  serangan bermula menunjukkan bahawa drama hebat itu telah dirancang. Ianya bukan perang sama sekali, mereka sepatutnya berperang apabila Israel menyerang kedutaan Iran di Syria, tetapi kedua-duanya tidak mengisytiharkan perang. Mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan undang-undang antarabangsa akan bertanya mengapa?

Serangan ini sebenarnya menunjukkan bahawa Israel telahpun selesai merampas wilayah Gaza dan Hamas telah berlalu dan sekarang Israel mempunyai alasan yang kukuh untuk merampas wilayah Lubnan Selatan yang dikawal oleh Hezbollah Iran yang semuanya akan disaksikan dalam telefon pintar anda nanti. Itu yang Elit Global mahu dilihat oleh dunia.

Selepas ini drama yang sama akan diulang setiap kali Israel ingin meluaskan wilayahnya di Timur Tengah !!.

.
.
.

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


Post a Comment

0 Comments