APA PERSIAPAN KITA JIKA PERANG DUNIA KETIGA ( WW3 ) MELETUS ?

Catatan Dzulkarnain Taib

Pada 15 ogos 1871 Albert Pike iaitu sovereign grand master of freemason telah menulis sepuchok surat kepada rakan seperjuangannya dari Itali, Giuseppe Mazzini pelopor gerakan revolusioner itali...

Dalam surat tersebot Pike telah memperinchikan agenda pengwujudan One World Government atau satu pentadbiran yang menguasai politik semua negara di dunia...

Menurut Pike kepada Mazzini, untuk mencapai ranchangan gerakan freemason perlu mencetuskan tiga perang dunia bagi mengubah lanskap politik, iklim ekonomi dan sistem kewangan serta struktur sosial, perundangan yang mengawal kehidupan dunia penduduk...

WW1 dan WW2 telah terlaksana dengan jayanya yang mendekatkan lagi agenda mencapai kejayaan New World Order (NWO)...



Sekarang masanya sudah cukup matang dan peluang terbuka luas bagi freemadon melaksanakan agenda terakhir mereka iaitu World War 3...

Ranchangan pra WW3 sudah pun dilaksanakan dan sedang berjalan dengan.lanchar iaitu pandemik covid-19, pergolakan sosial dan keadaan huru hara dan kachau bilau seperti yang dilihat dalam media di amerika, negara2 eropah, asia dan asia barat, kemeruduman ekonomi dan sistem kewangan, tahap kehidupan manusia yang sudah terok terjejas akibat kehilangan pekerjaan, penutupan perniagasn dan industri, kemiskinan tegar, terputusnya sumber makanan, tahap hutang negara dan rakyat yang tidak terkawal dan semua gejala2 lain yang memberi impak buruk terhafap kehidupan manusia di dunia...

Agenda seterusnya adalah untuk memburokkan lagi keadaan politik, keeangan dan sosial dunia yang sedia dalam amat tidak stabil ditambah pula benchana alam yang semulajadi atau yang dimanipulasikan melalui teknologi Haarp...

Masanya amat dekat sekali untuk kuasa gelap menchetuskan konflik samada di Laut China Selatan, Asia Tenggara, Amerika, Asia Barat maupun eropah...

Dunia sudah melihat bagaimana perang Azerbaijan-Armenia meletus sechara tiba2 tanpa sebarang tanda2 awal atau persengketan...

Begitulah juga dengan WW3 kuasa luciferian akan mewujudkan satu insiden umpama assasination seorang ketua negara atau pemimpin kerajaan seperti mana dalam hal terchetusnya WW1...

WW3 persis akan berlaku dengan setiap langkah dan strategi tepat mengikut peranchangan Pike pada tahun 1871...

Kita tidak ada kudrat untok menahan, melawan atau mengatasi agenda yang sudah disusun dengan begitu halus dan rapi sejak lebeh seratus tahun lalu...

Dalam kontek malaysia cukup2lah krisis pemimpin politik bodoh merebot jawatan Perdana Menteri kerana akhirnya  negara hanchor sekiranya ia tidak dikawal...

Apakah krisis politik yang tidak reda2 sejak kekalahan BN pada pru14 mempunyai elemen luaran yang tidak mahu melihat malaysia aman dan stabil?

Apa pun WW3 akan meletus pada bila2 masa dari saat ini...

Sekiranya ia berlaku tanyalah pafa diri kita ke mana kita hendak menyelamatkan anak2 dan keluarga kita sekiranya Malaysia terhimpit antara kuasa2 besar...

Adakah food security kita menchukupi untok menampong rakyat jika WW3 meletus?...

Jika laluan Selat Melaka dan Laut China Selatan kena sekatan ekonomi atau embargo di mana import eksport bahan makanan dikawal dan disekat sanggup ke rakyat negara ini balek kampong tanam jagong dan makan ubi kayu seperti zaman tok nenek mak bapak kita zaman WW2 dahulu?...

Semua perkara ini perlu kita fikir dan ambil berat dan jangan pandang enteng apa yang berlaku di sekelilingi kita tambah lagi di negara2 jiran dan di rantau...

Jika ketika seluruh dunia termasok Malaysia rakyat mengeloh dan meratap kerana hilang pekerjaan, bisnes bankrap, moratorium pembayaran mortage rumah, hire purchase tidak lagi boleh diteruskan lagi, bagaimana pula kalau WW3 dalam masa terdekat terjadi...

Buangkan mimpi dan impian bahawa dunia akan kembali normal atau balek kepada keadaan biasa dan sedia kala kerana dunia yang kita ketahui sudah jauh berubah dan di ubah...

Chekalkan hati, buatlah persiapan semampu yang boleh, jagalah kesehatan, kawal perbelanjaan, belilah emas dan akhirnya redholah apa yang bakal berlaku...

.
.
.

Sumber : Facebook

Post a Comment

0 Comments