Semua Sudah Tertulis Sejak Azali - Kita Hanya Menjalani !

Semasa membincangkan potensi tindak balas Israel terhadap serbuan Iran, kami sebelum ini menyebut bahawa IDF ( tentera Israel ) telah secara konsisten melakukan serangan ke atas Syria selama enam bulan. Serangan ini telah memberi tumpuan kepada melumpuhkan sistem pertahanan udara republik itu.


- Skala serbuan ini terbukti dalam jumlah: daripada 51 serangan sejak 7 Oktober 2023, 17 sistem pertahanan udara, radar, dan peralatan peperangan elektronik yang disasarkan. Separuh daripada serangan disahkan secara langsung oleh rakaman kawalan objektif, manakala yang lain disokong oleh bukti tidak langsung, seperti obituari di rangkaian sosial.

- Tidak semua sasaran yang musnah telah beroperasi; Beberapa pelancar lama dan stesen radar telah lama tidak aktif. Walau bagaimanapun, pertahanan udara Syria, yang lemah oleh perang saudara selama 13 tahun dan kekurangan bekalan baru, telah mengalami kerugian dalam sistem yang sedia ada dan, lebih ketara, dalam kakitangan.

- Beberapa serangan juga menyasarkan lapangan terbang Damsyik dan Aleppo. Walaupun objek-objek ini tidak dimusnahkan ( atau bekalan dari Iran dihentikan ), serangan itu menghalang ketibaan pesawat kargo dari Republik Islam. Ini menghalang potensi penghantaran sistem pertahanan udara dan peluru Iran yang cepat dan bijaksana.

❗Apa yang dicapai oleh Israel dengan menyerang sistem pertahanan udara Syria yang sudah usang? Terutamanya, tindakan ini mengurangkan lagi serangan ke atas sasaran yang disokong Iran bukan sahaja berhampiran Damsyik tetapi juga di wilayah yang lebih jauh.

Pada masa yang sama, serangan berkala di bumi Syria, walaupun terhad, mempengaruhi sentimen orang ramai, terutamanya memandangkan keadaan ekonomi negara yang sangat mencabar. Pengaruh ini boleh menjadi leverage ke atas pendirian Iran di Syria.

DD Geopolitics

Israel tanpa henti menyerang sistem pertahanan udara tentera Syria atas alasan memerangi militan pro Iran.

Agenda besar Israel sebelum menjadi negara pemerintah dunia ialah menghapuskan ancaman mereka yang utama iaitu bangsa Arab di sekitar mereka. Arab ancaman sebenar, bukan Iran. Malah Iran di gunakan sebagai kuasa penyeimbang bagi Arab Di Timur tengah. Ancaman sebenar Israel ialah gabungan seluruh negara Arab sebagaimana berlaku pada perang Arab Israel 1948, perang 6 hari 1964, dan perang Yom kipur 1973. Dimana Israel hampir pupus jika bukan kerana campur tangan AS. Ya ramai mengatakan Arab sedang hanyut dengan kemewahan tunduk kepada Israel, namun bagi Israel gabungan Arab masih berpotensi menjadi ancaman dan ianya perlu di hapuskan. Malah AlQuran dan Hadis telah memberi petunjuk bahawa bangsa Arab akan binasa. Selepas ini kemusnahan Arab semakin dahsyat. Masih ada masa, 2 atau 3 tahun  lagi sebelum Mereka melancarkan perang Nuklear terhadap Rusia dan China sekiranya perkiraan ini benar. Saya harap saya salah. 

Bersiap sedia utk perangkan ?.

Ya, perang Taiwan belum bermula, selagi mereka tidak memutuskan Hubungan China dgn Eropah melalui perang Taiwan, mereka tidak akan melancarkannya, kerana perang nuklear mesti mensasarkan kedua2 Rusia dan China. Kini Status perang adalah antara Barat dan Rusia, China masih tiada sekatan ekonomi atau peperangan dengan Barat. Malah Eropah masih memerlukan China.

Microchip dalam tubuh melalui vaksin dan sebagainya adalah hoax. Apa yang mereka perlu hanyalah alat pembayaran digital pelbagai fungsi yang diintegrasikan dengan sistem penyimpanan wang. Untuk itu mereka perlukan digital ID. Ke arah Totally Cashless Society. Sepatutnya ke arah itu. Namun kini setelah kebangkitan Rusia dan BRICS, dunia telah berpecah kepada dua blok, mungkin perancangan mereka telah terganggu. 

Digital ID dibuat untuk digital currency, sepertimana kata Ustaz Norazman. Bulan 12 2024 samada BRICS atau CBDC mmg saya tolak, sebab kita nak Sistem Khalifah je dulu, sebelum tu kita asingkan diri. .Sekarang ni pun belajar kurangkan makan & cut gula ..Itu yang terbaik, tinggal jauh dari sistem, mulakan ekonomi sara diri. Selain totally off grid, Sebagai alternatif, Syeikh Imran pernah beritahu tinggal di kawasan kampung hidup bersama masyarakat setempat. Di kampung walaupun tidak keluar dari sistem seratus peratus, sekurang2nya ia tidak bergantung sepenuhnya kepada sistem. 


🗣 'Empayar AS sedang menuju kemusnahan diri': Aktivis dan ahli perniagaan Jerman Kim Dotcom meramalkan berakhirnya hegemoni AS. Tetapi dalam visinya, dunia akan membayar "harga muktamad" dengan perang nuklear untuk kejatuhan hutang AS dan skim percetakan wang.

Langgan kepada @SputnikInt

Jadi, Kesimpulannya iran dan Israel ni bersahabat kariblah ni ?

Revolusi Iran 1979 dikatakan dipengaruhi oleh Barat. Perancis menyediakan perlindungan kepada Khomeini, manakala sekatan AS ke atas  Iran adalah untuk alih perhatian dunia daripada bantuan rahsia Barat terhadap pertumbuhan Iran. Contohnya termasuk skandal Iran-Contra, di mana AS membekalkan alat ganti untuk peralatan ketenteraan Iran, dan Project Flower, membantu pembangunan peluru berpandu Iran. 

Perang Arab terhadap Israel yang gagal disebabkan bantuan AS terhadap Israel membawa kepada aspirasi Israel untuk pengembangan wilayahnya yang digariskan dalam Pelan Yinon, yang membentang dari Sungai Euphrates ke Sungai Nil. Dua jalur biru pada bendera Israel melambangkan sungai Euphrates dan sungai Nil, menunjukkan aspirasi wilayahnya. Strategi Israel ialah mewujudkan ketidakstabilan negara-negara Arab, yang berpotensi membawa kepada pemecahan mereka sama seperti Yugoslavia. 

Menyedari ancaman ini, Negara-negara Arab mencari perdamaian dengan Israel untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi. Jadi Israel memerlukan musuh baru iaitu Iran, untuk mewajarkan pengembangan wilayahnya. Iran secara strategik mengerahkan pasukan separa tentera di Yaman, Lubnan, Syria, Bahrain, dan Iraq. Dengan mengerahkan pasukan separa tentera di pelbagai negara Arab, memberikan alasan kepada Israel untuk menceroboh wilayah Arab. 

Keengganan Mesir menerima pelarian Palestin dari Gaza adalah disebabkan kebimbangan pencerobohan Israel. Israel boleh menggunakan Hezbollah Iran sebagai alasan untuk menyerang Lubnan Selatan. Konflik Laut Merah antara pasukan maritim NATO dan Houthi Iran mengganggu perdagangan global, terutamanya yang menjejaskan Rusia, China, dan Eropah. Tindakan AS terhadap melaksanakan sekatan perdagangan ke atas Rusia, China, dan Eropah nampaknya memberi manfaat kepada AS dengan memindahkan industri Eropah ke AS.

Ya apa yang saya lihat apa yg berlaku antara Israel dan Iran itu bukan sebuah perang. Sama dengan Gaza, ianya bukan perang , melainkan Sebuah negara tentera moden melakukan genocide terhadap penduduk Gaza yang tidak bersenjata. Contoh peperangan yang sebenar adalah di Ukrain. Antara Rusia melawan Ukrain yang mendapat bantuan senjata, alatan, dari seluruh AS dan NATO.

Tidak ada perang antara Iran dan Israel, hanya pertunjukan perang. 
Saya hentam kedutaan awak !. Awak hentam saya balik !. 
Ok sekarang kita berhenti !. 
Perang apakah ini ?. 

Saya telah pun beri gambaran besar big picture dari aspek ilmu akhir zaman Israel perlu meluaskan wilayahnya dari sungai nil ke sungai Furat persediaan menjadi negara pemerintah dunia menggantikan AS, untuk membolehkan Al Masih Palsu Dajjal muncul memerintah dunia dari baitul Maqdis, saya juga beri detailnya dari aspek geopolitik imbangan kuasa, dan modus operandi Dajjal dengan cara Penipuan (tipikal MOSAD) .Supaya tidak nampak sebagai penceroboh.

Sebagaimana mereka merampas wilayah Gaza menggunakan alasan menghapus ancaman HAMAS.

Begitu jugalah selepas ini mereka akan merampas wilayah Lubnan selatan atas alasan menghapuskan ancaman Iran iaitu Hizbullah. Jadi segala pertunjukan drama perang Israel Iran adalah tentang Israel ingin merampas wilayah Arab untuk meluaskan wilayahnya. Ya, apa yang saya perhatikan Iran hanya menyebabkan kerugian bagi pihak Arab. Dan menguntungkan Israel.


Namun mereka AS tidak akan memulakan perang Taiwan selagi pemberontak Myanmar dukungan mereka belum menjatuhkan Kerajaan tentera Myanmar. Dan selagi Kerajaan Bangladesh belum mengikut telunjuk mereka.


AS terlebih dahulu perlu menutup pelabuhan China di Myanmar dan Bangladesh. Kerana antara tujuan Perang Taiwan ialah AS ingin menyekat/melumpuhkan Ekonomi China. Jadi ases ekonomi China kepada dunia luar perlu di tutup. Dengan apa yang saya berikan di atas, maka memang wajarlah China merasa terancam.

Ketua Turus IDF Berkata Israel Akan Bertindak Balas Terhadap Serangan Iran

Jeneral tertinggi Israel berkata negara itu akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran, tetapi masih tidak jelas apa bentuk tindak balas yang akan diambil dan sama ada ia akan menjadi begitu kuat sehingga ia boleh menyebabkan lingkaran keganasan yang semakin teruk menjadi perang serantau berskala penuh.

Ketua Turus Angkatan Pertahanan Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, memberikan pengesahan yang jelas setakat ini sejak serangan bahawa Israel akan menyerang kembali.

RT News

☝ Israel menggunakan alasan serangan dron dan peluru berpandu Iran sebagai hak mereka yang sah untuk merampas wilayah Arab Selatan Lubanan yang menempatkan Hizbullah Pro Iran. Sekali lagi Iran membantu menyediakan alasan bagi Israel untuk meluaskan wilayahnya dengan merampas wilayah Arab Lubnan Selatan. Sebagaimana Hamas membantu menyediakan alasan bagi Israel untuk meluaskan wilayahnya dengan merampas wilayah Arab Gaza.

Permainan mereka dahsyat !!
" Mereka Pakar dalam Deception dan Game Theory "

.
.
.

#SimpanSiniUntukAnakCucu

Post a Comment

0 Comments