Doa Harian di Bulan Ramadhan ( Ke-21 : Ke-29 )

Doa Hari Ke-21 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan-Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Doa Hari Ke-22 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan-Mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan-Mu dan tempatkan aku dalam syurga-Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Doa Hari Ke-23 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Doa Hari Ke-24 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu perkara yang mendatangkan keredaan-Mu. Aku berlindung dengan-Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan-Mu dan aku bermohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Doa Hari Ke-25 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya-Mu dan memusuhi musuh-Mu. Jadikan aku pengikut sunnah Nabi-Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Doa Hari Ke-26 di Bulan Ramadhan

:"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Doa Hari Ke-27 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Doa Hari Ke-28 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Doa Hari Ke-29 di Bulan Ramadhan

Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai Pengasih kepada hamba yang beriman.

Sumber Asal : www.rizalimasri.com

Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Jalan 1/5, Fasa 1 Bahagian C, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
http://surau-al-ittihad.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments

Ulasan