Download

Mencari ...
Setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua rakan komuniti yang terus menyokong aktiviti KPTTLUS. terutama sekali buat Rakan Pengurusan Channel LUS & Rakan Moderator Channel LUS selanjutnya SEMUA rakan-rakan yang menggunakan Jaluran / Jaringan PTT Channel Lebuhraya Utara-Selatan. Sekian, Terima Kasih. ( 43650|[LUS]|airbort )
28 July 2013

Doa Harian di Bulan Ramadhan ( Ke-11 : Ke-20 )

Doa Hari Ke-11 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan-Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan-Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Doa Hari Ke-12 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan-Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Doa Hari Ke-13 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan-Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Doa Hari Ke-14 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Doa Hari Ke-15 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu wahai keamanan orang yang takut."

Doa Hari Ke-16 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat-Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan-Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Doa Hari Ke-17 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Doa Hari Ke-18 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran-Mu, dengan cahaya-Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Doa Hari Ke-19 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Doa Hari Ke-20 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Jalan 1/5, Fasa 1 Bahagian C, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
http://surau-al-ittihad.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .