Bukan Doa Siapa Yang Paling Maqbul Untuk Kita Sibukkan, tapi Berapa Banyak Doa Kita Pohonkan. Jadi ?, Doa Siapa Yang Paling Banyak ?

Sumber : http://AbdulWahabArbain.blogspot.com

Dalam kepala berpusing mencari jawapan. Selak sana selak sini. Macam-macam ada. Apa pun ulasan ini juga menjadi pilihan.

Penulis berkata " Ada dua jenis doa. Doa untuk kebaikan dan doa untuk keburukan. Doa biasa dan doa penuh emosi atau perasaan."

Penulis berkata lagi " Dalam sejarah kenabian dan kerasulan, doa kebaikan yang paling maqbul ialah DOA BAPA. Cumanya, bapa jarang berdoa dengan penuh emosi atau perasaan. Justeru bukan semua orang jadi baik kerana doa bapa."

Mmm...manisss, nak kata tak belajar rasanya sudah. Kemana ilmu dikutip dulu ?. Orang selalu sebut ... " Jangan kurang ajar dengan ibu sebab DOA IBU ITU IALAH DOA PALING MAKBUL ". Rupanya, dalam terang aku kena 'lempang', Allah S.W.T itukan Maha Bijaksana ?. Tak pulak perasan, bahawa doa seorang ayah juga merupakan doa yang makbul ( maaflah di atas kecetekan ilmu ini ).

Penulis berkata lagi dalam blognya, dengan yang berikut " Manakala doa keburukan yang paling mustajab ialah DOA IBU. Cumanya, ibu mana yang sanggup mendoakan keburukan untuk anaknya. Justeru bukan semua orang jadi buruk atau jahat kerana doa ibu. "

Betol sesangatlah tu. Manakan ada mak atau ayah yang tak sayangkan anak, walau dalam beberapa kisah lain kita baca / dengar anak-anak ada yang bagai hilang kasih dan sayang ibubapa !!!.

Akhir kalam, penulis mengulas yang berbunyi " Carilah peluang supaya BAPA berdoa sepenuh emosi untuk kebaikan kita dan elakkan dari IBU berdoa sepenuh emosi untuk keburukan kita. "

Sekian, kongsikan kalau benar kitalah ayah dan kitalah ibu sepertimana ulasan Dr. Abdul Wahab Arbain.

Wallahua'lam.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan