Download

Mencari ...
Setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua rakan komuniti yang terus menyokong aktiviti KPTTLUS. terutama sekali buat Rakan Pengurusan Channel LUS & Rakan Moderator Channel LUS selanjutnya SEMUA rakan-rakan yang menggunakan Jaluran / Jaringan PTT Channel Lebuhraya Utara-Selatan. Sekian, Terima Kasih. ( 43650|[LUS]|airbort )
06 February 2013

50 Pelajar Keracunan Makanan

TASEK GELUGOR: Kira-kira 50 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Tok Jaya dekat sini, mengalami muntah dan cirit-birit akibat keracunan, malam semalam.

Kejadian berlaku jam 7.30 malam selepas kumpulan pelajar lelaki terbabit dari tingkatan satu hingga tiga yang menghuni asrama sekolah menikmati nasi goreng disediakan asrama sebelum mengadu sakit perut.

Tiga pelajar dimasukkan ke wad Hospital Kepala Batas (HKB) selepas mengalami muntah dan sakit perut yang serius manakala baki 47 pelajar sudah dibenarkan pulang ke asrama selepas diberi ubat.

Seorang pelajar enggan dikenali berkata, dia mengalami sakit perut yang amat sangat tidak lama selepas makan nasi goreng disediakan pihak asrama sebelum muntah beberapa kali.


"Kira-kira 30 minit selepas makan, saya rasa pening dan loya sebelum termuntah. Bukan saya saja malah, rakan lain yang makan nasi goreng turut mengalami keadaan sama sebelum memaklumkan kepada pihak sekolah.


"Tidak lama kemudian, doktor dan jururawat dari HKB tiba dan memberi ubat. Setahu saya, tiga pelajar dimasukkan ke wad kerana keadaan mereka dikatakan serius," katanya di sini, hari ini.

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .