Mangsa Tikaman Meninggal Dunia

MIRI: Selepas lebih 12 jam bertarung nyawa akibat cedera ditikam di perut dalam satu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki warga Indonesia di gerai makan berdekatan kawasan Perindustrian Kuala Baram, di sini, Ahad lalu, Jinmorris Jenggot, 20, menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi.

Mangsa yang bekerja sebagai buruh dari Sungai Katibas, Song, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri, akibat kesan tikaman di perut yang turut mengenai ususnya, pada jam 2 pagi.
Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner, Mun Kock Keong berkata kes yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Kanun Keseksaan kini diklasifikasikan pada Seksyen 302 kanun sama.

Kesemua 10 lelaki warga Indonesia yang ditahan kelmarin kerana dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan, katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan