Rumah wanita baru kematian suami musnah terbakar

DEBAK: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, seorang suri rumah yang baru kematian suaminya dua minggu lalu bernasib malang apabila rumahnya di Kampung Bungey, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kebakaran pada sekitar jam 8 malam itu mengakibatkan Dayang Edah Abang Ain, 60, bersama dua anaknya iaitu Dayang Huzaimah Abang Mansor, 24, dan Abang Mohamad Iskandar Abang Mansor, 21, tinggal sehelai sepinggang.
Sebuah rumah milik ibu Dayang Edah yang terletak di belakang rumah itu juga hampir musnah dijilat api namun sempat diselamatkan oleh penduduk.

Edah berkata ketika kejadian, dia sedang berehat di ruang tamu selepas menyuruh kedua-dua anaknya membeli mee goreng di kedai berhampiran dan menyedari kebakaran setelah mendengar jeritan jiran bahawa bahagian atas rumah separuh papan milik mereka itu terbakar.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan