Seorang lelaki, Muhammad Farid Esmith bin Dzulkefli, maut dalam satu kemalangan tragis di Lebuhraya BKE berhampiran Flyover Kubang Semang pada pagi Isnin, 30 Jun 2025 sekitar jam 8.00 pagi.
Arwah yang dalam perjalanan ke tempat kerja ditemui sudah tidak bernyawa di lokasi kejadian. Meskipun motosikalnya tidak mengalami kerosakan teruk, hasil bedah siasat mendapati kecederaan dalaman yang serius, menimbulkan persoalan sama ada terdapat unsur langgar lari.
Pihak keluarga merayu simpati orang ramai – jika anda berada di lokasi kejadian atau memiliki rakaman dashcam sekitar waktu tersebut, sila bantu salurkan maklumat.
📞 Hubungi: Mia – 019-9823454
Satu perkongsian anda mungkin mampu menjawab persoalan besar buat keluarga yang ditinggalkan.


0 Comments