LEBIH KURANG CERITA DIA CAMNI JE DIK.

Allahumma solli ala Saiyidina Muhammad
wa ala alihi wa sohbihi wa barik wa sallim

.
.
.

Islam kena bantai bertahun², sampailah genap usia jatuh empayar Islam terakhir 100 tahun lamanya. Lepas tu, rodakan bulat ?. Kebangkitan Islam, berlaku semula. Slow² kayuh, slow² steady !. Tahun 2024 adalah permulaannya menurut perkiraan para ulama' terdahulu. Semakin menghampiri 2024, semakin ianya bergetaran !.

Menuju masa yang panjang inilah, yang tak sebulu & ideologi akan bersengketa dalam skala kecik. Namun, pada skala besar, dah masuk bab² kedaulatan sesebuah negara. Bercakaranlah masing² atas mukabumi Allah. Ada seteru jadi sekutu, ada sekutu jadi seteru. Lanjutannya peperangan berskala besar gila babi !. Ada yg kata Perang Dunia Ke 3. Islam akan bersekutu dengan pakatan yang selari pendapat.


Pemilik iman Islam sejati, akan bertahan dengan akidah & hidayah kurniaan Tuhan Teragung iaitu Allah !. Mereka faham ...

" AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH. "

Allah itu Maha Esa,
Tidak Beranak & Tidak Diperanakkan,
Dia Wujud Walau Tak Nampak,
Dia Ada Walau Sukar Dijelaskan.
Dia Mencipta & Mengatur Semua Perkara.

Para ilmuan Islam yang menyimpan utuh 6 perkara Iman, 5 perkara Islam & 4 perkara Agamnya dengan taruhan nyawa akan Allah lindungi & di uji dengan ujian yang sangat berat. Samada lelaki atau wanita, samada kecil anak² atau sudah tua, semuanya akan diuji pada ujian yang telah pun lebih awal Nabi PESANKAN, " tak akan ada fitnah paling terburuk, melainkan fitnah si DAJJAL !.

Dibabak yang sangat² panjang, entah berapa hari, entah berapa minggu, entah berapa bulan, entah berapa tahun dan sebagainya - hanya Allah yang Maha Mengetahui, peperangan besar tak akan dapat lagi dielakkan !

Akhirnya satu pihak akan DIMENANGKAN, pihak itu ialah pihak yang bersekutu dengan Para Pejuang Islam, para seteru dimusnahkan dengan izin Allah S.W.T. Tak ada yang tertukar pun kisahnya walau telah diulang PERINGATAN dalam AlQuran bertahun² lamanya sejak 1400 tahun dahulu.

Disaat kemuncak yang paling kemuncak, yang bersekutu pula akan bertempur sesama sendiri DAN akhirnya menurut perancangan Allah - ISLAM AKAN ALLAH MENANGKAN !. Kitab Taurat, Kitab Zabur, Kitab Injil & Kitab AlQuran - selalu menceritakannya. Kita tak tahu sebab kita tak kaji. Kita leka sangat kejar yang nampak indah sedangkan jauh terlalu parah. Sejak lama itulah, manusia berkira² ianya satu MITOS, bahawa kehidupan di dunia adalah kehidupan terakhir.

Seperti apa Allah hidupkan rumput selepas mati, begitulah kita yang punya nyawa & roh, semua akan diadili, samada di dunia & di akhirat. Maka berakhirlah kisah cerita karangan Tuhan. Dia yang karang, dia wujudkan watak, dia cipta plot cerita, dia juga akhiri kisahnya.

KITA CUMA WATAK
DALAM KISAH LAKONAN
WATAK KITA ITU DALAM
BUKU CERITA ALLAH
ALLAH MULAKAN
ALLAH AKHIRKAN
KITA CUMA PELAKON !


👇 Cakap Banyak Pun Tak Guna Kita Dik 👇



okBye !.


Post a Comment

0 Comments