NOTAM ALERT UNTUK PELANCARAN ROKET DI RUANG UDARA IRAN

TERKINI

Dalam Notice To Air Missions ( NOTAM ) dikeluarkan Pihak Berkuasa Iran. Beberapa pelancaran roket dijadualkan di beberapa tempat di Iran dengan nombor pengenalan A1033/24 pada 8 April 2024 

Pelancaran roket akan bermula dari Jam 3.30 Pagi 10 April 2024 hingga 12 April 2024 Jam 10.30 Pagi

Tempat pelancaran roket adalah dalam koordinat dalam gambar 

Tahap selamat untuk laluan udara termasuk B411, G208/L125, M715, dan R659, telah dinaikkan kepada 16,000 kaki dari paras laut 

Semua pihak trafik udara dan juruterbang perlu dimaklumkan kerana ia akan memberi kesan kepada laluan udara di kawasan berkenaan. NOTAM dikeluarkan untuk memastikan roket dilancarkan dengan selamat dan tidak mengancam mana mana penerbangan. Semua penerbangan harus merancang laluan dan jadual mereka dengan teliti sama ada perlu merubah masa atau laluan mengikut kesesuaian


Click Image for MORE


Post a Comment

0 Comments