"MENGAJI BIAR LAMA SIKIT" - Maahad Dirasat Syariah

"Satu jaa nak pesan, mengaji biar lama sikit". Kata Tuan Guru Hj Abu Bakar Hj Ismail, tok guru Pondok Nurul Bakriah, Kubang Semang.

Nak sempurna menuntut ilmu, mesti dalam masa 23 tahun. Menurut Tuan Guru, tempoh itu sempena turunnya Al-Quran dalam masa 23 tahun.

13 tahun pertama tu kena sabar. Macam-macam ujian akan datang yang buat kita mengalah. Kerana Rasulullah SAW pun di uji dengan bermacam ujian ketika fatrah makkah selama 13 tahun. Selepas tu, ujian akan berkurangan.

Tuan Guru Hj Abu Bakar Hj Ismail, tok guru Pondok Nurul Bakriah, Kubang Semang.


Kahwin

Kami tanya tuan guru soal kahwin. Nak mengaji lama, tapi duk fikir pasal kahwin macam mana. Kata Tuan Guru, umur 30 molek lah kahwin. Tapi jangan diatas umur 35 tahun. Nak cari pasangan, cari yang muda dari kita, paling kurang 5 tahun lebih muda. Isteri tok guru sendiri muda 11 tahun berbanding beliau. Tuan guru tanya dua orang dari kami, umur berapa, beliau bagi irsyad suruh mengaji tujuh tahun lagi, biar cukup umur 30 dan 34. Allahurabbi..

Kerja

Kami tanya tuan guru tentang kerja, untuk nafkah dan biaya mengaji.
Pesan tuan guru,
"Allah SWT turunkan 1000 rahmat, 999 untuk ulama dan penuntut ilmu, 1 rahmat untuk selain mereka. Buat apa duk berebut yang satu tu.."

Tuan guru cerita, masa mengaji di pondok dulu, habis 50 sen sahaja untuk satu minggu. Beliau makan hanya satu cawan beras sehari, masak tengahari untuk 2 kali makan. Setiap hari tambah kacang dalam sukatan, sebelum masak, kacang dibuang supaya sukatan beras berkurang. Begitulah seterusnya, agar makannya sedikit.

Allah Taala janji rezeki penuntut ilmu. Beliau tak ada jawatan atau bisnes apa pun,tanah pusaka satu pun tak ambil, serahkan kepada adik beradik, hanya mengajar di pondok, tetapi beliau boleh beli rumah berharga setengah juta dan kereta untuk setiap oran anak. Berkat yakin pada Allah.

Tuan guru cerita lagi, beliau tak makan nasi selama 5 tahun. Hanya minum susu sahaja. Tapi tatkala tuan guru teringin nak makan sangat, beliau bermimpi, makan dalam mimpi. Bila bangkit, rasa kenyang untuk 2 minggu. MasyaAllah.



Post a Comment

0 Comments