Membodohi orang pintar itu sebenarnya lebih mudah ... Lanjut Part II

Mereka merancang dan Allah merancang. 

Dan Allah sebaik-baik Perancang

US tepuk tangan ...



“ Kita sudah berada dalam Perang Dunia III “

Dalam tempoh lima belas tahun yang lalu, Perang Dunia III telahpun berlaku di sana sini, sebuah planet yang penuh dengan konflik bersenjata dan penjualan senjata, gambarajah Venn yang bertindih dengan pembunuhan yang melanda dunia, dan sumber keuntungan yang tidak berkesudahan untuk "pakar" keselamatan negara dan kompleks perindustrian ketenteraan.

Perang Dunia III, tidak seperti Perang Dunia sebelumnya. Tidak, ianya bukan tentang empayar yang mengerahkan tentera ke seluruh negara, menakluk benua. Dan bukan tentang berjuta-juta lelaki muda ( dan kini wanita ) memakai pakaian seragam pada skala sebagaimana 100 tahun yang lalu.

Perang Dunia III adalah tentang perang yang dirahsiakan dari pengetahuan umum. Perang dengan pengendali "khas" bekerja secara rahsia di lapangan. Perang dengan serangan udara dan peluru berpandu jarak jauh ( dan kini dron ). Perang yang Kemuncaknya ialah apabila NATO menekan butang nuklear terhadap Rusia.

WAllahuaklam


Wamakaru wamakarallah wallahukhairul maakirin


Jemput Tekan Sampai Kiamat ☝️

Dalam video ini terdapat klip video lama propaganda menghasut membeci orang Syiah yg digunakan oleh Barat untuk menghasut muslim menentang kerajaan basyar AlAsaad sewaktu arab Spring,

Agenda Barat ingin menjatuhkan sekutu Rusia Basyar Al Asaad pada ketika itu.

Propaganda menghasut muslim membeci Rusia,

Lihat hari ini Rusialah yg menyokong Palastin, sebaliknya Kuasa Barat yang memerangi Basyar  Al-Asaad membantu Israel melakukan Genoside.


Kita bertanggungjawab ke atas apa yang kita kongsikan di hadapan Allah SWT kelak.


Kerje barat @ zionist melaga²kan kuasa negara Islam dahulu & kini ... Yaman, Iraq & Mesir menjadi lemah & bole di kuasai !! ... Termasuk Turki dll ...

Ya, mereka melaga2 umat islam dengan menyebarkan propaganda, namun umat Islam sendiri yang tidak memeriksa kebenaran sesuatu berita membantu menyebarkan propaganda tersebut,

Contoh , dahulu sewaktu Arab Spring umat islam membantu Barat menyebarkan propaganda Muamar Gadafi zalim dan sesat Kafir, maka ramai lah muslim yang mengangkat senjata melawan Muamar Gadafi, akhirnya muamar Gadafi Jatuh, Libya hancur dan Libya  akhirnya jatuh ke Tangan NATO, begitu juga yg berlaku kepada Saddam Hussien & Iraq !.

Itu yang mereka cuba lakukan terhadap Bashar Al Assad tapi tak berjaya sedikitpun !!.


Aku pun hampir tertipu ! ...


Lebih 200 hari bumi plestin dimusnahkan , lebih 34K penduduknya telah dibunuh , hanya dgn serang kedutaan Iran dan Iran balas balik serangan sebagai agenda utk berhentikan perang zionist dgn Hamas dan kewujudan tentera syiah Iran dalam perang lakonan dengan Israel bertujuan menutup peranan sebenar tentera Hamas dalam perang dengan zionist Israel ini ... bijak sungguh zionis dan syiah mengaburi mata antarabangsa ... FIRASAT Ambo la ...

Apa pandangan Dr admin cikgu @~Nik ttg tu 👆

Ini bukan persoalan syiah. Intensiti pengeboman di Semenanjung Gaza telah kembali ke tahap musim sejuk tempoh hari. Kesan utama ialah ke atas Rafah dan persekitarannya di selatan Semenanjung Gaza dan penempatan kediaman yang tinggal di bahagian tengah rantau ini.

“ Saluran TG Israel melaporkan bahawa operasi darat di Rafah akan bermula sejurus selepas cuti, iaitu, pada awal Mei. “
~ Intel Slava ~

Setakat ini tiada pengesahan Israel menyerang wilayah Iran. Memang benar Tiada hubungan diplomatik rasmi antara Israel AS dengan Iran. Namun terdapat saluran belakang ( back channel ) dari CIA kepada Agensi Intel Israel dan Iran. Mereka berhubung melalui saluran ini. AS, Israel, dan Iran berkongsi musuh yang sama iaitu gabungan negara Arab. Jadi segala yang berlaku di rantau tersebut adalah tentang melemahkan negara2 Arab.

TERIMA KASIH INFO CIKGU 👍

Sama2

Pada akhirnya - sedikit demi sedikit - kita pun tersentak dari khayalan dan lamunan mimpi, bahawasanya benarlah yang diperkatakan mereka para bijak cendikiaawan Islam yang meneliti al-Quran itu - sejak dahulu kala, masa kini & akan datang bahawa ...

" Membodohi orang pintar itu
sebenarnya lebih mudah
daripada meyakinkan orang bodoh
bahawa dirinya sedang ditipu !. "



Post a Comment

0 Comments