Maharaja Rom MELUTUT dihadapan Maharaja Parsi

Hari ini, kita menyaksikan Iran baru sahaja melancarkan peluru berpandu menuju ke arah Israel, antara pertama dalam sejarah negara tersebut. Aku nak gunakan kesempatan ini untuk bercerita tentang seorang Maharaja Rom yang dipaksa melutut dihadapan Maharaja Parsi.

Persembahkan kepada anda, ini ialah ukiran agung di Naqshe Rostam, Iran, di mana sejarah ditorehkan melalui batu, yang memaparkan Maharaja Rom bernama Philip The Arabia, dipaksa melutut depan Maharaja Parsi selepas kalah perang dengan Parsi.


Bahkan bukan sahaja terdapat ukiran Philipp The Arabia, kita ada ukiran Maharaja Valerian yang berada di belakang Maharaja Philip, yang dijadikan tawanan oleh Mahraja Shapur I. Ini adalah simbolik penting yang menunjukkan kekuasaan dan dominasi Shapur I ke atas Rom pada masa itu.

Ada yang mengatakan Valerian menjadi hamba abdi kepada Parsi sampailah ke akhir hayatnya. Dia punya loser tu, sampai Shapur I akan pijak atas badan Valerian untuk naik atas kuda. Tu dia, maharaja jadi kerusi je!

Bangsa Parsi ni adalah salah satu bangsa yang pernah memalukan kuasa dunia seperti Rom. Bukan semua bangsa dalam sejarah, atau tamadun mendapat kesempatan demikian. Bukan sekali, tapi dua kali Maharaja Rom, sebuah maharaja empayar terbesar dalam dunia dipaksa melutut depan maharaja Parsi.

Jadi, tak hairan pada zaman moden, bangsa Parsi memiliki keberanian untuk mencabar hageomoni Israel dan sekutunya, kalau nenek moyang mereka pernah buat dua maharaja Rom melutut kepada mereka.

Sumber : https://shope.ee/604s8iDRBU



Beginilah rupa Malaysia 🇲🇾 sekitar 21,000 tahun dahulu menurut para pengkaji geografi. la dikenali sebagai Pentas Sunda atau Sundaland. Sundaland mempunyai keluasan sehingga 1,800,000 km persegi berbanding keluasan Malaysia sekitar 330,000 km persegi. Kemudian selang beberapa ribu tahun, daratan ini mula ditenggelami air laut dan akhirnya terbentuk beberapa buah negara dan pulau seperti yang kita lihat sekarang.

Post a Comment

0 Comments