Zakat Emas - 85 Gram & 1 Tahun

" Ramai orang yang takut kehilangan 2.5%, dari asetnya untuk manfaat orang lain - sedangkan sebenarnya dia kehilangan MUNGKIN lebih daripada 25% hartanya dalam keadaan dia sendiri tak menyedarinya. "

😱 Wallahua'lam

JANGAN RUJUK ORANG YANG TAHU,
TETAPI RUJUKLAH MEREKA YANG PAKAR !

𝗔𝗽𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝘄𝗮𝗷𝗯 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝘇𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗲𝗺𝗮𝘀 ?

Syarat wajib zakat EMAS pelaburan (Jongkong, bar dan Dinar EMAS) ada dua iaitu:

1. 85 gram ke atas.
2. Cukup haul setahun.

Selagi mana tak menepati dua syarat wajib ini maka tak dikenakan zakat.

✅ Contoh 1 : Abu beli 50 gram EMAS. Genap setahun, kena zakat tak ?

Jawapan : Tak, kerana kurang dari 85 gram.

✅ Contoh 2 : Ali beli 100 gram EMAS. Kurang dari setahun, harga EMAS naik tinggi. Dia jualkan. Kena zakat tak ?

Jawapan : Tak, kerana kurang dari setahun.

✅ Contoh 3 : Bakar beli 1,000 gram EMAS. Cukup setahun, kena zakat tak ?

Jawapan : Wajib bayar zakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib. Bakar pergi ke Baitulmal dan bayar 2.5% dari nilai semasa 1,000 gram EMAS.

Tak perlu pun bawa EMAS ke Baitulmal, cuma bagitau kaunter berapa kilo EMAS. Nanti mereka akan kira ikut nilaian Baitulmal.

👇 Oh ya satu lagi 👇

Setakat ini belum pernah lagi orang jatuh miskin sebab bayar zakat. Makin kaya tu ada la !. 😎 Jadi berazamlah menyimpan EMAS sehingga dapat membayar zakat tapi jgn lupa tunai yang anda simpan juga kena zakat setelah cukup syarat- syaratnya..


"Saya" dah tanya pekerja yg bekerja di bahagian zakat .. sekiranya suami memang dah bagi emas utk isteri .. dah jadi hak isteri .. zakat dikira asing2 .. Wallahualam.

En suami tak payah nak rasa terbeban sangat nak bayar zakat emas isteri sebab emas itu telah bertukar hakmilik kepada isteri. Maka tanggungjawab juga berpindah. Okey ?.

Semoga bermanfaat In Sha Allah 
Wallahua’lam


.

Post a Comment

0 Comments