Emas Simpanan Fizikal Khusus Untuk Lelaki


“ Takut simpan EMAS ?, biarkan kekayaan kita dalam bentuk duit kertas, sebenarnya LEBIH menakutkan ( bagi siapa yang TAHU )…”

Penyimpan emas berilmu, dia tahu dia bukan sahaja tak akan rugi simpan emas… Bahkan kekayaan dia lebih terjamin…

Mereka faham 3 faktor ni…



1. HARGA EMAS CONFIRM NAIK DALAM JANGKA PANJANG.

Disebabkan inflasi dan risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang, kuasa beli duit kertas confirm makin lama makin menurun !.

Kita terpaksa bayar duit yang lebih banyak untuk dapatkan barang yang sama …

Kalau harga barang keperluan harian pun makin lama makin mahal, apatah lagi aset fizikal macam emas, tanah dan hartanah, kan ?.

Jadi kalau beli emas guna duit simpanan jangka panjang ( sekurang-kurangnya 2 tahun ), dia tak ada risiko rugi … InsyaAllah ❤️

Sejarah SEPANJANG 20 tahun yang lalu, menunjukkan harga emas NAIK SECARA PURATA hampir 10% setahun … LEBIH BAIK dari membiarkan duit dalam ASB atau Tabung Haji 😜



2. EMAS PUN DUIT TUNAI, TAPI IA LEBIH SELAMAT.

Kalau nak pakai duit, dia boleh jual sahaja emas tu atau pajak/gadai jer dulu di ar-rahnu. Boleh dapat duit on-the-spot !.

Itulah sebabnya istilah ini sering diguna :-
Penyimpan EMAS, Tentu Ada DUIT,
& Penyimpan DUIT Belum Tentu ADA Emas.
Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit 🤗

Dan yang penting, kekayaan tu ada di tangan kita sendiri … Tak perlu jaminan sesiapa … selain Allah SWT. Dan tak ada siapa boleh freeze ( bekukan ) kekayaan kita sebagaimana duit dalam akuan bank.



3. EMAS TAK ADA RISIKO JATUH LINGKUP MACAM SAHAM.

Selagi emas tu ada di tangan kita, kita tak ada risiko jatuh lingkup.

Sebab nilai emas terletak pada berat dan ketulenan emas tu sendiri … Tak perlu jaminan daripada sesiapa … Emas satu-satu aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG. Ia tak boleh dicipta dan tak boleh dimusnahkan macam duit kertas…

Belum pernah ada dalam sejarah orang jatuh lingkup sebab simpan emas … Tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap sebab simpan duit kertas ( sebagaimana “ kisah 2 kali miskin ” yang saya tulis dalam #BukuWangEmas ).

Bila faham 3 perkara ni, kita menabung emas dengan “ Peace of Mind " @ Tenang & Santai - Sebab kita tahu apa yang kita buat ... InsyaAllah.

#TipSimpananEmasFizikal
#SimpanBukanSebabNakKaya
#TeknikTakSengajaTersimpanEmas

✓ Daftar Percuma Dahulu.
✓ Mula dengan RM10 !
✓ Isk, tak kan nak tanya bini kot ?


Post a Comment

0 Comments