Doa Harian Di Bulan Ramadhan ( Ke-01 : Ke-10 )

Doa Hari Pertama di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang yang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagakanlah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa."

Doa Hari Ke-02 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan-Mu dan jauhkanlah aku daripada kemurkaan-Mu serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Doa Hari Ke-03 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagianku daripada kebaikan yang Kau turunkan., demi kemurahan-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah daripada segala para dermawan."

Doa Hari Ke-04 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah-Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan-Mu dan perlindungan-Mu, wahai Tuhan yang Maha Melihat."

Doa Hari Ke-05 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba-Mu yang soleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya ( orang yang mendapat keutamaan-Mu ) yang hampir di sisi-Mu dengan kelembutan-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala pengasih"

Doa Hari Ke-06 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiatku kepada-Mu dan janganlah menyeksaku dengan balasan-Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Doa Hari Ke-07 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati-Mu secara berterusan, dengan taufik ( petunjuk ) Mu wahai Pemberi Petunjuk kepada orang yang sesat."

Doa Hari Ke-08 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul mulia, dengan kemuliaan-Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Doa Hari Ke-09 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, sediakanlah bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat-Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran-Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Doa Hari Ke-10 di Bulan Ramadhan

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada-Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi-Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi-Mu. Dengan ihsan-Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."


Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Jalan 1/5, Fasa 1 Bahagian C, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
http://surau-al-ittihad.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments

Ulasan