Download

Mencari ...
Setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua rakan komuniti yang terus menyokong aktiviti KPTTLUS. terutama sekali buat Rakan Pengurusan Channel LUS & Rakan Moderator Channel LUS selanjutnya SEMUA rakan-rakan yang menggunakan Jaluran / Jaringan PTT Channel Lebuhraya Utara-Selatan. Sekian, Terima Kasih. ( 43650|[LUS]|airbort )
28 June 2013

ISU PENULISAN PERKATAAN "INSYAALLAH" @ "IN SYA ALLAH" DALAM TULISAN RUMI ... ( Islam Itu Mudah )


Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya.

Soalan:

Salam ust. Saya jawab msg dari seorg kawan, dlm msg tersebut saya ada tulis INSYAALLAH. Kawan saya kata tak boleh tulis mcm tu sebaliknya kena tulis IN SYAA ALLAH (ditulis secara berasingan). Kerana INSYAALLAH membawa maksud menciptakan Allah, sedangkan IN SYAA ALLAH maksudnya Jika Dikehendaki Allah? Mohon penjelasan dari ust.

Jawapan:

Tiada apa-apa kesalahan menulis ﺇِﻥ ْ ﺷﹷﺎءُ َ ﷲdalam ejaan rumi dengan INSYAALLAH. Orang yang menulis INSYAALLAH sudah tentu memaksudkan: "Jika Diizinkan Allah". Tak boleh memberat-beratk an umat Islam, atau membimbangkan mereka dalam perkara-perkara remeh temeh seperti ini, apatah lagi kalimah itu ditulis dalam ejaan rumi yang tak boleh dijadikan ukuran betul ataupun salah dalam bab seumpama ini. Tidak boleh sama-sekali mengatakan sesiapa yang menulis INSYAALLAH bermakna orang itu telah menyatakan dia yang menciptakan Allah, dakwaan ini amat-amat longgar. Ringkasnya mana-mana kalimah atau ayat arab yang ditulis dalam ejaan rumi dikembalikan kepada maksud yang telah sedia difahami umum.

Wallahu a'lam.

Sumber : Ex-SAMTTAR XX/XX

Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .