Siapa dan Kenapa "airbort" berada di KPTTLUS + KPTTBBG ? . Rancang Perjalanan Anda, Pandu Dengan Cermat, Ingatlah Orang Tersayang ...

"Bukan Buka Pekung Di Dada ,, Tapi Ucapan Terima Kasih Buat Semua"

Kemalangan Yang Berlaku Di Dalam Waktu Bertugas.

( Sambung tugas selepas Solat Jumaat - Laluan Ke Pejabat Operasi )

Tarikh : 04 Mac 2010

Laluan : Jalan Permatang Rawa, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
( Persimpangan Taman Ria )

Kenderaan : Motosikal ( Motor Enjin Belakang a.k.a Kenderaan Paling Menyusahkan 'Yang Pernah Aku Tunggang' ) dan Lori ( Entah Ape Dia Bawak Aku Tak Tahu ).

Turut Terlibat Menjayakan Majlis :-

1. Aku ( Mangsa Keadaan | Ujian vs Musibah )

2. Dia ( Penyebab | Kata 'aku', DIA kata ? )

3. Penonton Jemputan ( Meramaikan Majlis...Buat Semak...Buat Jem Jalan...Tolong Tengok + Terima kasih yang menolong )

4. Stunt Actor ( Ko rembat keping " $$$ " aku dlm wallet...haram jadah...sekeping pon x ko tinggalkan...)

5. Pelakon Pembantu ( Yang Tolong Telefon Bini Aku... Yang Telefon Pasukan Kecemasan ...Terima Kaseh )

6. Anggota dan Van Jabatan Pertahanan Awam ( Laju Betol Korang Bawak...Seronok Aku Dengar..."Beri Laluan...Beri Laluan"...Terima Kasih Hantar Aku Hospital...Bulatan Seberang Jaya Aku Terlena Sat...Sorry...) - Tq : JPAMPP.

7. Unit Kecemasan ( Doktor Pakar . Doktor Pelatih . Pegawai dan Semua Yg Bertugas Pada Hari Tersebut...Terima Kasih ).

8. Tuan/Puan Pihak Guaman ( Wakil Bg Pihak Aku - Tuntutan Kemalangan ...termasuk Kakitangan Yang Service Aku Dalam 365 Hari Ni...terutama...Bro Zaini + Bro Lee Chin Lye aka FB : John Lee...terbaekkk dalam pasaran )

9. Tokey + Kakitangan Kedai Motor - Beli dan Jual Semula ( BrightWill, Butterworth )

10. Tokey + Mekanik - Repair Motor Yang Dah Aku Jahanamkan ( Bann Motor, Bkt Mertajam )

11. Farmasi-Farmasi Daerah SPT & SPU Pulau Pinang ( termasuk Agen Jualan Produk Suppliment ... IG6 + TransferFactor )

12. Ahli Keluarga Seluruhnya... ( Bandar Baru Perda + Bandar Baru Bangi + Bandar Baru Beris Jaya )...Terima Kasih Banyak2...

13. Pelajar2 Praktikal Kolej2 Kejururawatan ( Yang Ditugas di HSJPP + HBMPP )

14. Unit Fisioterapi HSJPP ( Dr. Mary dll ).

15. SOCSO "terutamanya Daerah SPT" dan Para Pegawainya Yang Bersusah Payah Melayan Kerenah Aku. ( Terbaiklah...xde plak diorg ni marah2...senyum je...Pn Siti Juwairiah & Tuan Saiful Buhari...).

16. Semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung tapi x disebutkan di sini ...cth..Rakan-Rakan airbort@facebook.com Etc. ).
.
Ulangtahun : 04-03-2011
( Genap Se-tahun Aku Makan Gaji Buta )
.
Ulangtahun : 04-03-2012
( Genap Se + Se-tahun Aku Makan Gaji Buta )
.
Ulangtahun : 04-03-2013
( Genap Se + Se + Se-tahun Aku Makan Gaji Buta )
.
10x Operation ( OP ) Separuh Badan Sudah Aku Sambut.
.
( 10x Jugaklah Belakang Aku Di'tembak' Ubat Bius )
.
Op-01 : Pasang Besi Pertama + Simen
Op-02 : Wire Tertinggal Plak
Op-03 : Salah Pasang Skru Plak
Op-04 : Lupa Pasang Skru Plak
Op-05 : ( x hinggat ) Plak
Op-06 : Nanah
Op-07 : Nanah
Op-08 : Nanah
Op-09 : Nanah
Op-10 : Buang 3 Skru ( Pertama )
.
( Pengalaman mematangkan kita ... )
2 atau 3 lg op menanti...jumpa lagi..kalau aku rajin nak update...

( Malangnya 2 hari lagi aku nak dibenarkan keluar hospital, depa kata x-ray aku hilang - atiee shennanggg ).

Pada hari ini, ( post ini dibuat ) aku bersyukur kerana aku masih lagi aku ... Terima Kasih pada semua terutama ketika aku senang dan ketika aku 'susah'.

17hb Januari 2013 , aku terima 'Berita Gembira'. Tetap gembira walau mungkin cuma 90% ( aku berharap kegembiraan 100% akan menjelma ). " Sila buka laluanku ke Putrajaya Ya ALLAH - Doakan aku yer rerakan sekelian ".

Op-11 : Buang Besi Sepenuhnya
( Postpone 3 Kali Dah - Masih Dalam Badan )
Op-12 : TOTAL HIPS REPLACEMENT !!!

" RoboCop in Action " aka (O)rang(K)uat(U)mno !!!.
DiorangCakapMacamtuAkuSampaikanJer...

Sekian...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan