Tiada Sebarang Hebahan Roadblock & Speedtrap DIBENARKAN Di Dalam Channel. Terima Kasih.

Kenapa kami ( warga pengurusan Channel : Lebuhraya Utara-Selatan ), melarang sebarang sebaran informasi sekatan jalanraya ( roadblock ) dan tembakan had laju ( speedtrap ) ?

Ini adalah kerana kami tidak mahu medium yang kami mulakan ini menjadi sumber informasi kepada perlakuan jenayah.

Bayangkan pada hari ini, keluarga anda diSAMUN!!!. dengan bangganya anda memberitahu maklumat sekatan jalanraya kepada 'Si Dia'.

Apa yang boleh kami katakan hanyalah "terima kasih, kerana anda sudah berjaya membantu si dia dengan menyusahkan keluarga sendiri".

Elakkan gangguan kepada penjawat awam untuk bertugas. andai kata kita seorang tukang mesen rumput, kemudian datang satu kutu rembat mesin rumput kita. apa perasaan anda pada ketika itu ?.

Cuba balikkan cerita ini kepada perilaku kita terhadap penjawat awam yang bertugas.

Kita kalau x buat salah. diorang pon bukan rajin sangat nak tahan. tapi kalau kita bersalah apalah sangat susahnya kalau kita menerima hukumannya.

BERANI BUAT KENALAH BERANI TANGGUNG !!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Post a Comment

0 Comments