Bukan Push To Talk ( PTT ) Kalau Tak Bercakap . Tapi ... Think Then Push ( TTP )

Bercakap Itu Memang Mudah tapi Melaksanakan Apa Yang Kita Telah Cakapkan Itu Agak Susah namun Apa Yang Paling Susah Ialah ISTIQOMAH.

Kita boleh sahaja menasihati seseorang, sama ada adik, abang, kakak, ibu, ayah, kawan atau sesiapa sahaja.

Namun dalam kita tidak menyedari atau saja buat-buat tak sedar, nasihat kita tu sebenarnya sangatlah elok juga untuk diri kita sendiri.

Tak Faham ? Atau buat-buat tak faham. Biasalah, saya sendiri adakalanya GAGAL dalam membentuk sahsiah diri dari yang baik menuju yang terbaik.

Matang Kita Tidak Dinilai Dari Angka Usia tetapi Percayalah ... Lebih Ramai Orang Akan Menilai Kematangan Kita Berdasarkan PERCAKAPAN Kita.

Cara terbaik menilai seseorang bukanlah ketika dia mengetahui dirinya dinilai oleh seseorang, tetapi adalah pada ketika dirinya tidak Langsung menyedarinya.

Bercakaplah bila anda rasa perlu, kerana antara sifat baik itu ialah berdiam diri.

Renung2kan & Selamat Beramal
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Post a Comment

0 Comments