Sertai Kami Sebagai Rakan Moderator.

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia.

Berikut adalah senarai moderator channel Lebuhraya Utara-Selatan yang dikemaskini sehingga hari ini.

Rakan moderator mewakili negeri masing-masing adalah sangat-sangat dialu-alukan.

Perkara yang amat dititikberat dalam pemilihan ini adalah merujuk kepada beberapa perkara, sama ada tersurat mahupun tersirat.

Antaranya :-

Peka terhadap keadaan yang berlaku kepada channel yang diamanahkan.

Mahir menggunakan Sumber-Sumber Informasi yang disedikan oleh pihak berkuasa ( mana yang berkenaan ).

Mampu berinteraksi dengan pengguna lain tanpa menimbulkan suasana huru-hara.

Memahami motif utama dan motif sampingan kenapa jaluran ini diwujudkan.

Mampu mengendali situasi huru-hara di dalam channel dengan pelbagai cara dan kaedah walaupun berada sendirian di dalam channel.

Tiada sebarang bayaran akan diterima buat semua moderator termasuk Tuan Tanah !!!. ( Jariah Adakalanya Tak Perlu Mintak Izin ).

Keikhlasan bekerjasama di dalam mengelak medium-jaluran ini menjadi pemudah-cara kepada sebarang perilaku jenayah amatlah dititikberatkan.

Mampu menasihati pengguna lain agar mematuhi Etika Ber-PTT semasa di dalam channel. Seterusnya mampu "memblock" sekiranya didapati sah mengganggu pengguna channel yang lain.

Mahir adalah sebaiknya, tahu adalah sekurang-kurangnya. Penukaran Huruf kepada Perkataan ( Kod Alpha ) dalam Penggunaan PTT / Walkie-Talkie / Radio.

Masa beraksi dan berinteraksi adalah bebas. Tiada sebarang syarat khas setakat ini diwajibkan, apa pun diharapkan setiap Moderator mempamerkan CallSign setiap hari di channel.

Sekiranya anda berminat menyertai kami. Mohon kerjasama menghubungi rakan-rakan moderator channel yang terawal iaitu :-

1. DVT Kechubong,
2. 8888 JJ dan
3. SPT.Penang.MY



Dihantar oleh Komuniti Kariah Surau Al-Ittihad, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. www.surau-al-ittihad.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments