KPTTLUS Malaysia

Komuniti PTT Zello • Lebuhraya Utara-Selatan • Hebahan Trafik Sahih

Portal Rasmi Zello

24/7

Hebahan

PTT

Zello

PLUS

Trafik

MY

Komuniti

Mengenai KPTTLUS

Komuniti sukarelawan menyalurkan maklumat trafik melalui suara menggunakan aplikasi Zello.

Sumber Rasmi

Maklumat berdasarkan agensi kerajaan, pengendali lebuhraya dan sumber yang diperakui.

Mesra Telefon

Reka bentuk pantas, responsif dan sesuai untuk Blogger.

Pendaftaran Ahli Baharu

Kafir | Bisu | Masuk Islam ❤️

 CARA ORANG KAFIR YANG BISU MENGUCAP SYAHADAH



SOALAN :


Jika orang kafir mahu memeluk Islam disyaratkan dia berkata dua kalimah syahadah.


Bagaimana pula kalau orang kafir yang hendak masuk Islam itu bisu?


JAWAPAN :


Jika orang kafir yang hendak memeluk Islam itu seorang yang bisu maka dia disyaratkan menunjukkan isyarat menandakan dia bersetuju dengan makna dua kalimah syahadah maka sah Islamnya.


Berkata Imam Nawawi :


ويصح اسلام الأخرس بالاشارة المفهمة وقيل لا يحكم باسلامه الا اذا صلى بعد الاشارة وهو ظاهر نصه في الام والصحيح المعروف الاول وحمل النص على ما اذا لم تكن الاشارة مفهمة


Artinya : “Dan sah Islam seorang yang bisu dengan isyarat yang memberi faham. Dan kata setengah ulamak tidak dihukumkan dia dengan Islam melainkan apabila dia telah melakukan solat selepas membuat isyarat dan yaitulah pendapat yang zahir yang telah menaskannya di dalam kitab Al-Umm. Dan pendapat yang sahih yang terkenal ialah pendapat yang pertama. Dan ditanggung akan maksud pendapat kedua itu atas barang yang apabila dia membuat isyarat yang tidak memberi faham.” (Kitab Raudhah At-Talibin)


Kesimpulannya orang kafir yang hendak memeluk agama Islam disyaratkan membuat isyarat yang menunjukkan dia menerima arti dua kalimah syahadah dan jika isyaratnya itu tidak  dapat difahami maksudnya maka sah Islamnya selepas dia menunaikan solat.


wallahua’lam 

ustaz azhar idrus

KPTTLUS : Komuniti PTT Zello, Channel : Lebuhraya Utara-Selatan - " Kami Bukan Tak tahu, tapi Kami Bukan Pakar "

Subscribe Us

Ilmu Akhir Zaman

Harga Bitcoin Hari Ini

✓ Kami Lepak Sini

BBNU Biz !

. 🔥 Cara Pantas - Diam², Buat Duit !! . . Bantuan Segera ? Cepat !!! ❤️Whatsapp ✓ 60134500320 .