Terlepas takbir dalam solat sunnat hari raya ?



Selain dari 13 rukun-rukun solat, penambahan dan perbezaan dalam solat sunat hari raya hanyalah pada 2 perkara:-


*1. Lafaz niat*

‎أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

*2. Takbir*

Selepas membaca doa iftitah, bertakbirlah sebanyak *7 kali* pada rakaat pertama dan *5 kali* pada rakaat kedua.

Lafaz takbir diselang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar

*Manakala jika terlewat mengikuti solat sunnat hari raya bersama imam, terdapat 2 situasi:-*

 *1) Terlepas Takbir*

Seseorang yang terlambat ke masjid semasa solat sunnat hari raya sehinggakan imam telah selesai bertakbir samada selesai keseluruhan 7x takbir atau sebahagian takbir pada rakaat pertama, maka dia hanya perlu mengikut imam seperti biasa tanpa menggantikan/menambah/meng-qada-kan takbirnya yang terlepas itu kerana takbir itu bersifat sunat dan tempat untuk melakukannya telah selesai, maka tidak perlu untuk dilakukan takbir itu.

*2) Masbuk / Terlepas Rakaat*

Sekiranya seseorang itu terlepas satu rakaat solat sunnat hari raya, hendaklah dia menyempurnakan 1 lagi rakaat yang telah tertinggal.

Gambarannya:- Seseorang yang sampai di masjid ketika solat hari raya dalam keadaan Imam telah membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua. 

Maka, apa yang perlu dilakukannya adalah dengan mengikuti imam pada rakaat kedua tersebut tanpa melakukan takbir. Apabila imam memberi salam, maka dia hendaklah bangun untuk menyempurnakan satu lagi rakaatnya dan melakukan seperti rakaat kedua solat hari raya iaitu *bertakbir lima kali*, kerana ia merupakan rakaat kedua baginya, dan takbir untuk rakaat kedua hanyalah 5 kali sahaja.

Namun begitu, jika dia tidak sempat juga dua rakaat bersama imam dan hanya sempat bertasyahhud akhir, maka selepas imam memberi salam, hendaklah dia bangun dan menyempurnakan 2 rakaat solat hari raya dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama, dan 5 kali pada rakaat kedua bersendirian.

Wallahu A’lam

*Imam 1 Masjid Subang Bestari: Imam Maulana Mohd Taufik bin Che Age*