Kenapa nak buang pekerja?

Jujurnya takda masalah kalau takmau boikot . 
Tapi main sentimen macam ni tak timbulkan rasa kasihan cuma rasa pelik. 


Kenapa nak buang pekerja? 
Kenapa tak tingkatkan awareness? 
Kenapa tak double iklan? 

MD bukan company kecil , depa ada banyak budget untuk iklan, tunjuk yg depa tak salah, Ada banyak cara untuk atur kempen supaya boleh membela nasib pekerja depa. 

"Kalau betui depa concern nasib pekerja depa"

Now Isu Global, depa nak salahkan kita yg boikot so cara hanya buang pekerja? Seriously? 

Ada banyak cara untuk exit bila ada cabaran dalam bisnes, majikan ja pilih cara mana paling baik. 


Kalau pilihan pertama adalah kick pekerja bila sales drop sikit bagi kakfel kita tau apa nilai pekerja bagi depa. 

Kakfel jadi majikan 15 tahun, Naik turun bisnes mesti ada. Masalah kewangan tu selalu dah hadap. Buang staff pun boleh berlaku bila dah kritikal. 

Tapi Keutamaan majikan semestinya kebajikan pekerja. Ada isu ada masalah bergolok gadai nak pastikan staff dapat duit walau bertahun sales sendu. 

Ni baru sebulan? 
Bawa sentimen ni, jentik masyarakat punya rasa bersalah untuk tutup kesalahan depa is a BIG NO. 

Satu lagi sebab untuk kakfel kekal boikot. 
Syarikat yg takda rasa tanggunjawab pada pekerja yg terkesan. Seolah jadikan pekerja sebagai shield untuk tempuh "sakit" hadap kontroversi ni. 

Saja terdetik soalan2 ni, kenapa berulang ulang salahkan yg boikot bukan salahkan tempat depa bayar Royalti tu? Buatlah boikot as pemegang jenama atau tunjuk sokongan kat Falestine  kalau betul tak support Israhell. 

Maaf ni tak lawak, tak kesian tapi rasa dipermainkan. 
Yang kesian pekerja2 tu dijadikan bahan untuk org bertekak.

Pekerja2 boleh ja buat satu pakatan minta HQ buat sesuatu nak bela nasib depa , jangan push netizen untuk tak boikot sebab tu hak netizan tapi PUSH HQ untuk selesaikan isu boikot ni baru adil. HQ patut ada rasa tanggungjawab. 

HQ pula dok selindung belakang nama pekerja2 ni and gunakan as human shield. Macam dok fear mongering netizen. Mmg ciri2 ni kita dah tau nak main emosi sebab tau orang Malaysia kalah ngan emosi. 

Kakfel tau ni gambar bukan dr MD Hq tapi sentimen ni dimainkan oleh org2 kita juga. Menyalahkan mereka yg jihad cara depa tak menjadikan pendapat hampa pun betui. 

Kena Yakin ja Demand vs supply. Kalau kat MD  takdak demand Means demand akan berlaku kat fast food lain. Means akan ada peluang kerja tempat lain sbb duit tu akan tetap mengalir. 

Kerja kita bukan salah menyalahkan tapi create demand kat tempat lain pula yg kita tak yah berbalah. 

Yang kita2 ni pun, tak sedar ka dok kena game ja supaya menyalahkan sesama sendiri? Benda kalau hampa nak makan, makan ja lah. 

Takyah nak keluar pelbagai statement menyakitkan siap nak salahkan org boikot ni seperti tak da perasaan kesian kt mereka yg kena resign. 

Kesian kita semua berbeza tempat. Yg boikot pun penuh rasa empati n kesian tapi dengan cara lain. 

Yang salah tu bukan kita semua. Tu syarikat depa, tanggungjawab depa nak hadapi krisis ni. Jangan dimanipulasi

wakeup! 
sedih lah ...

Post a Comment

0 Comments